Ramadan (bahasa arab: رمضان Ramaḍān, pengucapan bahasa arab: [rɑmɑˈdˤɑːn])
(juga dikenali dengan sebutan Ramadhan, Ramadan, Ramazan) adalah bulan
kesembilan dari kalendar Islam, yang berlangsung 29 sehingga 30 hari. Ini
adalah bulan puasa umat Islam, di mana umat Islam menahan
diri dari makan dan minum sepanjang siang hari dan dimaksudkan untuk
mengajarkan umat Islam tentang kesabaran, kerendahan hati, dan
ketundukan kepada Allah.
Umat Islam berpuasa kerana Allah dan berdoa lebih
banyak dari biasanya. Dibandingkan dengan kalendar matahari, awal
Ramadhan bervariasi, bergerak ke belakang kira-kira sebelas hari setiap tahun, bergantung pada pergerakan bulan. Umat Islam percaya Ramadhan merupakan
bulan penuh berkah, juga bulan di mana ayat-ayat pertama dari Al-Qur'an
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Asal Ramadhan
Kata Ramadhan berasal dari akar bahasa arab ر م ﺿ, seperti dalam kata-kata "ramiḍa" atau "ar-ramaḍ"
yang bererti panas yang membahang. Sebelum Islam, nama untuk bulan
Ramadhan adalah Natiq dan jatuh pada musim yang panas. Kata demikian
dipilih, baik kerana mewakili iklim asal pada bulan tersebut dan atau
juga kerana keadaan fisiologi yang dialami semasa berpuasa.
Dalam Al
Qur'an, Allah berfirman bahawa "Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat
sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)
Awal Ramadhan
|
pergerakan bulan |
Hilal adalah proses menampakkan bulan dengan mata terbuka yang paling awal kelihatan menghadap bumi setelah bulan mengalami konjungsi (conjunction). Hilal
merupakan kriteria pengiraan awal bulan. Setelah nampak Hilal, umat
Islam biasanya dapat dengan yakin menentukan awal Ramadhan.
Ada perbezaan pendapat mengenai hilal bulan Ramadhan setiap tahunnya.
Ini kerana penggunaan dua kaedah yang berbeza yakni melalui Rukyah
(melalui pandangan mata) dan Hisab (melalui perkiraan astronomi).
Aktiviti Sepanjang Ramadhan
Solat Tarawih
Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam memperbanyak ibadah. Selain mendirikan
solat wajib juga dianjurkan untuk melakukan solat tarawih. Solat
tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadhan
saja. Solat tarawih boleh dilakukan sendiri-sendiri atau juga
berjamaah di masjid. Ada fakta menarik tentang solat tarawih ini,
Rasulullah SAW hanya pernah melakukan secara berjamaah sebanyak 3 kali
saja. Rasul kemudian tidak meneruskan pada malam-malam berikutnya
kerana khuatir umat Islam akan berfikir solat ini (solat tarawih)
diwajibkan.