Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi menyamar sebagai pengemis untuk mendengar ilmu dari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
Ini
adalah kisah lain, termasuk kisah yang unik lagi menarik, yang terjadi
pada diri seorang alim daerah Maghribi, dari kalangan ulama yang
melakukan perjalanan dari Maghribi Aqsha ke arah timur.
Seorang alim
daerah Maghribi ini merantau ke timur untuk menemui salah seorang Imam
dan mengambil ilmu darinya. Namun, semasa ia sampai kepadanya, ia
mendapatinya sedang di isolasi dan di halang , tidak boleh menemui
manusia.
Maka, dia mencari taktik dan cara unik, sehingga dia boleh
bertemu dengannya dan mengambil ilmu darinya. Cara yang mungkin tak
pernah dibayangkan, kalau seandainya itu tidak terjadi. Dan, sejarah
adalah bapanya keajaiban dan keunikan.
Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi.
Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi.
Dia adalah Abu Abdurrahman Baqi bin Makhlad Al-Andalusi
Al-Hafidz, lahir tahun 201 H. Dia melakukan perjalanan ke Baghdad dengan
kedua kakinya. Keinginan besarnya adalah bertemu dengan imam Ahmad bin
Hanbal dan mengambil ilmu darinya.
Dikisahkan darinya, bahawa ia
berkata, ‘Ketika aku hampir tiba di Baghdad, aku mendengar berita ujian
yang menimpa Ahmad bin Hanbal. Dan, ia pun dilarang berkumpul dan
mendengarkan ilmu dari beliau.
Aku sangat sedih kerananya, lalu aku pun
memilih tempat untuk singgah. Setelah aku letakkan barang aku bawa di bilik yang aku sewa di sebuah penginapan, maka aku tidak melakukan
apapun selain pergi ke masjid jami’ yang besar. Aku ingin duduk
bersama halaqah-halaqah yang ada, dan mendengarkan apa yang mereka
bicarakan.
Aku masuk ke sebuah halaqah yang mulia, ternyata ada seorang lelaki yang menghuraikan keadaan para perawi, dia men-dha’if-kannya
dan menguatkan mereka.
Aku bertanya kepada orang yang berada hampir denganku, ‘Siapa dia?’ Dia menjawab, ‘Yahya bin Ma’in.’ Maka, aku melihat
celah yang terbuka berhampirannya.
Aku bergegas dekat kepadanya, lalu
berkata, ‘Wahai Abu Zakariya, semoga Allah merahmatimu. Aku adalah
seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Aku ingin bertanya,
mohon jangan menghampakanku.’
Dia berkata kepadaku, ‘Katakanlah.’ Maka,
aku bertanya kepadanya tentang sebaagian ahli hadits yang aku temui. Dia
mengesahkan baik sebahagian dari mereka, dan mengesahkann cacat
sebahagian yang lainnya.
Di akhir pertanyaan, aku bertanya
kepadanya tentang Hisyam bin Ammar, aku sendiri banyak mengambil ilmu
darinya. Yahya berkata, ‘Abul Walid Hisyam bin Ammar, ahli solat dari
Damaskus, tsiqah bahakan di atas tsiqah. Dan, kalau pun di balik
pakaiannya terdapat kesombongan atau dia membawa kesombongan, maka itu
tidak berpengaruh apa pun terhadapnya, kerana kebaikan dan
kemuliannya.’
Maka, orang-orang yang berada di halaqah berteriak, ‘Cukup
bagimu, semoga Allah merahmatimu, yang lainnya juga ada pertanyaan.’
Akupun berkata sambil berdiri, ‘ Aku bertanya
kepadamu tentang seorang lelaki, Ahmad bin Hanbal?’ Maka, Yahya bin
Ma’in memandangku hairan, dia berkata kepadaku, ‘Orang seperti kita
menceritakan Ahmad bin Hanbal? Dia adalah Imam kaum muslimin, orang
terbaik dan termulia dari mereka.’
Aku pun keluar mencari
rumah Ahmad bin Hanbal. Kemudian,ada orang menunjukkan padaku. Aku
mengetuk pintu rumahnya. Dia pun keluar dan membuka pintu. Dia melihat
lelaki yang belum dikenalinya.
Aku berkata, ‘Wahai Abu Abdillah,
inilah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Ini adalah
pertama kali kedatanganku di negeri ini. Aku pencari hadits dan
pengumpul sunnah. Aku tidak melakukan perjalanan, kecuali hanya
kepadamu.’
Dia berkata kepadaku, ‘Masuklah lorong itu, dan jangan sampai
dilihat oleh seorang pun.’
Dia bertanya kepadaku, ‘Di mana
negerimu?’ Aku menjawab, ‘Daerah Maghribi yang jauh.’ Dia bertanya
kepadaku, ‘Afrika?’ Aku menjawab, ‘Lebih jauh lagi. Aku menyeberangi
lautan untuk tiba di Afrika. Negeriku Andalusia.’ Dia berkata, ‘Negerimu
benar-benar jauh.
Tidak ada sesuatu yang lebih aku sukai daripada
membantu orang sepertimu dengan baik, untuk mewujudkan keinginannya. Walaubagaimanapun, semasa ini aku sedang menghadapi ujian dengan sesuatu yang
mungkin kamu telah mendengarkannya.’
Aku berkata, ‘Benar, aku telah
mendengarkannya, semasa aku berjalan ingin menemuimu dan hampir tiba di
sini.’
Aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Abdillah, ini adalah
kedatanganku yang pertama kali. Aku adalah orang yang tidak di kenali di
kalangan kamu semua. Jika anda berkenan, aku akan datang setiap hari dengan
menyamar sebagai pengemis.
Di depan pintu, aku akan mengucapkan apa
yang sering diucapkan para pengemis. Lalu, anda keluar ke tempat ini.
Seandainya anda tidak menyampaikan setiap hari kecuali hanya satu hadits
saja, maka itu sudah cukup bagiku.’
Dia menjawab, ‘Ya, dengan syarat
kamu jangan muncul di halaqah-halaqah, dan tidak pula kepada para ahli
hadits.’ Aku menjawab, ‘Aku janji.’
Pada hari berikutnya, aku
mengambil ranting pohon dengan tanganku, kemudian mengikat kepalaku
dengan kain. Kertas dan tinta aku sembunyikan di balik lengan bajuku.
Lalu, aku mendatanginya pintunya sambil teriak, ‘Pahala, semoga Allah
merahmati kalian.’
Begitulah yang diteriakkan oleh para pengemis di
sana. Maka, dia keluar kepadaku dan menutup pintu. Dia menyampaikan dua,
tiga hadits atau lebih kepadaku.
Aku terus melakukan perkara itu
sehingga orang yang menimpakan ujian kepadanya telah mati. Setelah itu,
kepemimpinan di ambil alih oleh orang yang berpegang kepada madzhab
ahlus sunnah.
Maka, Ahmad bin Hanbal kembali muncul, namanya naik harum.
Dia dihormati di mata manusia, ketokohannya terkenal, orang-orang
berduyun-duyun mendatanginya. Dan, dia semakin mengetahui kesabaranku
yang sebenarnya.
Jika aku mendatangi halaqahnya, dia melapangkannya
untukku dan mendekatkanku kepada dirinya. Dia berkata kepada para ahli
hadits, ‘Orang ini berhak lulus sebagai pencari ilmu.’
Kemudian, dia menceritakan kisahku bersamanya. Dia menyampaikan hadits
kepadaku, membacakannya untukku, dan aku membacakannya kepadanya.
Suatu
ketika, aku jatuh sakit. Aku berusaha untuk segera sembuh. Imam Ahmad
bin Hanbal mencariku, kerana aku tidak hadir di majlisnya. Dia bertanya
tentang diriku, dan ada yang memberi tahu perihal sakitku kepadanya.
Maka, dia terus berdiri, berjalan untuk menjengukku bersama orang ramai. Semasa itu, aku terlentang di bilik yang aku sewa, beralaskan
tikar, berselimut kain dan buku-buku yang ada di kepalaku.
Aku
mendengar suara orang ramai di penginapanku. Aku mendengar mereka berkata,
‘Dia di sana. Lihatlah ini imam kaum muslimin datang.’ Pemilik
penginapan pun datang kepadaku dengan tergopoh-gopoh. Dia berkata
kepadaku, ‘Wahai Abu Abdirrahman, ini Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal,
imam kaum muslimin datang menjengukmu.’
Imam Ahmad segera masuk.
Dia duduk di sisi kepalaku. Bilik tersebut penuh sesak dengan
orang-orang sampai tidak muat. Sebahagian dari mereka berada di luar bilik dengan berdiri, sementara tergenggam pena di tangan mereka. Imam Ahmad
tidak mengatakan kepadaku melebihi dari kata-kata ini.
Dia berkata,
‘Wahai Abu Abdirrahman, berbahagialah dengan pahala Allah. Engkau telah
menjalani hari-hari sihat, yang tidak ada sakit padanya. Dan, engkau
sekarang sedang menjalani hari-hari sakit, yang tidak ada sihat padanya.
Semoga Allah meninggikanmu kepada keselamatan, dan mengusapkan
kesembuhan kepadamu dengan tangan kanan-Nya.’ Aku melihat pena-pena
menulis lafaz yang Imam Ahmad ucapkan.
Kemudian, dia keluar
meninggalkanku. Maka, penghuni penginapan berbondong-bondong
mndatangiku, mengasihiku, dan melayaniku kerana kepentingan agama dan ingin
mendapatkan pahala dari Allah.
Ada yang membawakan alas tidur, ada yang
membawakan selimut dan makanan-makanan yang lazat. Dalam merawat diriku
yang sedang sakit, mereka lebih perhatian daripada keluargaku,
seandainya kau berada di tengah-tengah mereka. Hal itu kerana aku telah
di jenguk oleh seorang lelaki solih.
Baqi bin Makhlad wafat pada yahun 276 H. di Andalusia. Semoga Allah merahamatinya.Kisah Muslim
No comments:
Post a Comment