Bulan puasa adalah
bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan
janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala
yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa.
Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan
kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan
manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi
mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik
untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan
puasa adalah :
Membaca Al-Qur’an
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril
datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan
membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an.
Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna
yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi
Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca
Alqur’an.
Segera berbuka dan mengakhirkan waktu sahur
Islam tidak akan menyiksa umatnya dengan perintah puasa
menahan lapar dan dahaga. Salah satu contohnya adalah sunat bagi yang
puasa untuk segera berbuka jika sudah sampai waktunya ( azan maghrib).
Juga sunat hukumnya untuk mengakhirkan waktu makan sahur. Dari segi
kesihatan tentu hal ini sangat bermanfaat sekali. Di waktu sahur
akhirkan waktunya supaya esok siangnya tidak begitu letih
kita menahan lapar. Sedangkan bila azan maghrib tiba segerakan makan /
berbuka puasa agar perut yang telah menahan lapar seharian
segera terubat.
Bangun di tengah Malam Untuk Solat Sunat (Qiamulail)
Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi
Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu
dan kerap bangun malam terutama di 10 hari terakhir bulan
ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30. Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu
malam yang sangat istimewa untuk umatnya yang berpuasa malam turunnya
Lailatul Qodar hingga terbit fajar. Lailatul Qodar hanya diturunkan
kepada Nabi Muhammad dan umatnya dan tidak diturunkan pada nabi dan
umat sebelum Nabi Muhammad.
I’tikaf Di Masjid
I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di
masjid untuk berzikir kepada Allah. Kegiatan Nabi pada malam 10
terakhir adalah I’tikaf di masjid dan membangunkan seluruh keluarganya
untuk I’tikaf di masjid.
Mungkin masih banyak amalan yang lain seperti bersedekah kepada fakir
miskin, membantu yang lemah yang sangat memerlukan bantuan kita,
memakmurkan masjid dan lain-lain. Semua kegiatan dan amalan baik kita
akan dipahalakan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Marilah
banyak-banyak beramal. Semoga ibadah puasa kita akan tahan dan kuat serta diterima oleh Allah SWT. Amin
No comments:
Post a Comment