Wednesday, August 15, 2012

Kamus Ramadhan 7 : Ghaflah , Fithru , Qira’atul Qur’an

غ
غَفْلَةُ

Ghaflah (Lalai)

Fenomena yang kontras dari umat Islam sekarang ini, mereka lalai untuk berzikir kepada Allah, padahal Ramadhan musim kebaikan, ampunan dan pembebasan dari api neraka.

Di antara fenomena lalai tersebut ada yang berakibat pada kerasnya hati:

-        Melewati malam hari dengan berlalu tanpa dzikir dan tilawah qur’an dan tidur pada siang harinya, sehingga mengabaikan waktu solat dan tidak tepat waktu dalam menunaikannya.

-        Mengabaikan waktu-waktu penting dengan mengikuti program-program tidak bermanfaat, seperti menonton drama TV, malam dan siang hari, dan enggan mencari kerja yang bermanfaat dan amal yang baik.

-        Banyak melakukan pertemuan-pertemuan dan kunjungan-kunjungan ke tempat-tempat yang melalaikan, tempat senda gurau dan mungkar.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Kewajiban bagi orang yang berpuasa dan yang lainnya adalah bertaqwa kepada Allah terhadap apa yang datang dan pergi dari seluruh waktu-waktunya, berhati-hati terhadap perbuatan yang diharamkan Allah, seperti menyaksikan filem-filem lucah yang menampakkan sesuatu yang diharamkan untuk dilihat, nyanyian-nyanyian, alat-alat pembuat lalai, seruan atau ajakan-ajakan yang menyesatkan… Kerana perbuatan itu sebahagian dari yang mungkar dan perbuatan mungkar, menyebabkan keras dan sakitnya hati, menganggap remeh syariat Allah, dan merasa berat terhadap kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah.” (Majmu fatawa Abdul Aziz bin Baz; 4/158)

ف

فِطْرُ

Fithru (Berbuka)

Ketika mendengar azan Maghrib, maka ingatlah wahai saudaraku beberapa sunah berbuka;
  1. Menyegerakan berbuka.
لاَ يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ. إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ
“Agama ini akan terus tampak di muka bumi selama manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nasrani selalu mengakhirkannya.” (Abu Daud, dan Al-Albani berkata; Isnadnya shahih)
  1. Berbuka dengan ruthab (kurma basah) atau tamar (kurma kering).
 كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ الرُّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى الرُّطَبِ، وَإِذَا لَمْ يَكُنْ الرَّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى التَّمْرِ
“Bahawa Nabi saw. jika ada ruthab maka beliau tidak berbuka kecuali dengan ruthab, dan jika tidak ada ruthab beliau tidak berbuka kecuali dengan tamar.” (Shahih al-jami’ as-shagir lil Albani).
  1. 3.     Berdoa semasa berbuka dengan doa yang ma’tsur,
 ذَهَبَ الظَّمأُ ، وابْتَلَّتِ العُرُوقُ ، وثَبَتَ الأجرُ إِن شاءَ اللهُ
“Telah pergi rasa haus dan basah kerongkong serta telah ditetapkan ganjarannya insya Allah.” (Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Albani).
  1. Mendoakan orang yang berbuka bersamanya
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ
“Telah berbuka di sisi kalian orang-orang yang berpuasa, sedangkan Malaikat bershalawat atas kalian.” (Thabrani dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Tuesday, August 14, 2012

Tulahan : Berjuang bukan hanya kerana pilihanraya

Salam,

Malam ini baru ada masa untuk menulis , ada banyak yang nak ditulis tapi selalu terbantut dek masa terluang yang pendek. Hidup di negara orang putih ini, siang pendek malamnya panjang. 

Sesetengah orang suka sebab puasa pun pendek. Tak sempat buat apa-apa dah nak buka puasa.

Masa yang pendek ini menghadkan aktiviti penulis. Malam kerja, siang kena tidur jadi masa siang tak banyak yang boleh dibuat. Masa cuti diisi dengan aktiviti jamaah dan persatuan.

Setiap minggu ada iftar jamaei di rumah anak-anak usrah. Aktiviti yang berkesan untuk kuatkan ukhuwwah dan tautan hati sayangkan jamaah. Anak usrah bersaing menyediakan makanan Melayu yang biasa sangat di dalam negara tapi payah nak dapat di luar negara. Selepas tarawih ada tazkirah untuk anak-anak usrah.

Teringat semasa dalam negara, masa Ramadhan banyak diisi dengan aktiviti mencari dana Ramadhan untuk jamaah kawasan sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim, pesakit hospital, surau dan masjid serta guru al Quran.

Penulis dapat berita, jamaah kawasan dapat kumpul dana Ramadhan lebih RM 100 K lebih cepat dari tahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya Ahli Parlimen, jawatankuasa kawasan, pemuda, muslimat , Unit Amal dan Nisa' adalah tenaga penting yang bergerak mengumpul dana.

Dana cepat dikumpul bila calon Dun yang juga Pesuruhjaya Negeri juga turut menjadi tenaga penting mengumpul dana Ramadhan. Sebelum ini, hanya Ahli Parlimen yang turun ke masjid dan surau di luar kawasan terutama di kawasan kota mengumpul dana. Kali ini, calon Dun turut lakukan aktiviti yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...