Saturday, February 26, 2011

Kisah seorang daripada 6 00 000 orang diterima hajinya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_V4R4dC_3IoQImpCp4O7mLeweUhQrtZMmPRCl3bL-1BBJcyWQIvWjdRJJ24NJHNUM3GNmQtRyW9IuU-j6Sr7Zqw92Rf5tIbXH5nW3ohyZKlweEDbs4OTPOk86MbAhJJ3_-tUgG3hz0ck/s1600/dua2.jpg

Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit.

Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”

“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua,

“Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,”

Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Dulu pemain gitar terkenal, kini pendakwah Islam bercakap tentang muzik

Mualaf Bilal Philips, Mantan

Dulu, Bilal Philips pernah dikenali "Dewa Gitar" di negerinya, Kanada. Kini, ia telah menyerukan agar umat Islam sesedikit mungkin mendengar petikan gitar, kerana "terlalu banyak muzik akan menutup hati dari seruan Allah."

Philips menyatakan, larangan itu bukan hanya untuk gitar, tapi semua aliran muzik.

"Hati yang diisi dengan muzik tidak akan memiliki ruang untuk kata-kata Tuhan," tulisnya dalam bukunya, Contemporary Issues.

Buku ini membahas persoalan-persoalan aktual umat Islam, mulai dari perkahwinan anak di bawah umur, penderaan isteri, poligami, dan membunuh kaum murtad, hingga homoseksual.

Philips berpendapat, Islam tidak melarang semua muzik. Namun, muzik yang dianjurkan adalah yang dinyanyikan kaum lelaki dan anak perempuan belum dewasa.

Friday, February 25, 2011

Kisah 'Mr. Bean' Zaman Abbasiyah

http://shots.ikbis.com/image/7835/large/Bean.jpg

Gambar hiasan
Belakang Bererti Hadapan

Abu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha* di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.

“Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu..

“Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu.

Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud.

“Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba..

“Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar..

Kisah cinta sejati seorang ibu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDmuR0HthArWsql_UEY2DC48MJHYdIvPOYmJHWUayV5gFq_zrjurHDPLSGo2ICw2VNbS5JS-LLhxoTgtxaHm6k_zRxkx83w14n6ttlo2zW3oX-yqgHAYmHmsFTsdC5pI0JiELgKhxU9MUY/s1600/munajat_by_gazoleena.jpg

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya.

Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani.

Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Thursday, February 24, 2011

Kisah duka menyedihkan pelajar perempuan Palestin

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLYBa-wDgMBz-k4AjTa-4x72C_ys4CaLBKM5WkpTprO6giOWbSs00MtAKMCfpByxxjBNQl_3yCBiHbIxIJLQ0FycWObfw1k1Gl4_iM5UkPpG846-h2zW7kgAONp_LbmwMp5Usa6qkU27T4/s400/kawan%2520kat%2520skola.bmp

Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya.

Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian .

Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti hand phone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???

Wednesday, February 23, 2011

10 negara yang tidak diakui dunia

Sepanyol, Brazil, Itali dan negara-negara lainnya dikenali di seluruh dunia karana kedudukan mereka, budaya dan sejarah. Tapi, mungkin anda tidak mengenali negara-negara di bawah ini.

Seluruh negara tersebut sangat asing di telinga anda. Bahkan mungkin baru pertama kali mendengarnya. Inilah 10 daftar negara yang tidak pernah diketahui seperti yang dikutip dari Indoblogmedia tersebut:

10. Vanuatu


90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di lluar bandar, kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan bahan pangan. 
 
Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut.

Mayat isteri berzina diserang ribuan lintah

Gambar hiasan

Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!
Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.

Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. 

Tuesday, February 22, 2011

7 keajaiban yang lebih ajaib dari 7 keajaiban dunia

 http://ghamedia.com/wp-content/uploads/2010/04/ensiklopedia-mukjizat-alquran-dan-hadis-0.jpg

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu. 

Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. 

Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu? Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak.

Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

Penemuan perairan tertua di dunia

Perairan ditemui jauh di bawah permukaan tanah di Afrika Selatan. (science20.com)

Para penyelidik menemui perairan dalam di bawah tanah yang telah terisolasi selama jutaan tahun  di Witwatersrand Basin, Afrika Selatan. Luasnya dianggarkan mencapai seluas 400 kilometer.

Pada masa ditemui, penyelidik mendapati adanya gas neon larut di air yang berasal dari celah-celah berkedalaman hingga 3 kilometer dan tidak sesuai dengan profil gas neon biasa. 

Penyelidik juga menemui tingkat salinitas atau kadar garam yang tinggi dan beberapa tanda-tanda kimia unik.

Tanda-tanda tersebut sangat berbeza dengan zat cair ataupun gas yang muncul dari bawah kerak bumi lainnya.

10 dokumen paling rahsia di dunia

1. Surat Dr David Kelly
Sealed Sampai: 2073
Surat itu tetap tidak terbuka selama seminggu yang menceritakan drama politik Inggeris berkaitan laporan inteligen yang membongkar kejahatan pemerintahan PM Tony Blair dalam kaitan dengan Perang Iraq, yang berakhir pada kematian Dr Kelly pada usia 59 tahun.

Fakta menarik: Sebahagian besar artikel tentang Dr Kelly cukup banyak yang didorong dengan teori konspirasi.


2. File Shirley Mason Ardell

Sealed Sampai: Tidak terbatas

Shirley Mason Ardell /Sybil menceritakan tentang seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang pelbagai sehingga sampai terdapat 16 watak dalam satu tubuh.

Monday, February 21, 2011

Kisah astronaut wanita memeluk Islam



Ini merupakan kisah zaman sekarang. Salah seorang yang masuk Islam, dia adalah Sunita Williams (Wanita Indian pertama yang pergi ke luar angkasa untuk beberapa bulan telah kembali) menerima “ISLAM ”.

Sunita memeluk Islam kerana semasa mereka ke bulan, mereka melihat ke bumi, dan nampak semua permukaan bumi kelihatan sangat gelap (hitam), tetapi ada dua tempat di bumi yang bersinar dan terlihat seperti berkilauan.
Mereka kehairanan melihat perkara itu dan mereka ingin melihat lebih jelas dengan batuan teleskop dan mengetahui bahawa kedua tempat tersebut adalah Mekah dan Madinah. Mereka memutuskan setelah mereka tiba di bumi mereka akan menerima Islam.

10 binatang gergasi laut yang menakutkan


Spending your vacation on the beach and swimming in the sea is one of the best ways to enjoy your free time. Sea is nice and most of us love sea and its colorful life.

You can find a plenty of incredibly beautiful sea creatures that will amaze you with their beauty and colorful look. But, from a time to time, you’ll find there some of those scary and very dangerous ‘sea monsters’.

Some of those have a really sharp teeth , some of them can kill you in a minute with their venom, and some of them just look like they came from a horror movies. You better watch yourself when one of those come on your way while you are in the sea.

sea monstersl (3)
This fish lives at great depths, is known for its delicate body and huge razor-sharp teeth. “La Sabina”- a terrible predator (about 15 cm)- (GORDON AG-JONES)

Sunday, February 20, 2011

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1204.snc4/155621_176827345678534_100000538094606_508710_946933_n.jpg
Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Kisah pelik tapi benar : Pelajar di sekolah tahfiz

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsac9kEq-AXAXHCeEFnbNOhHCjKLwrp2Y2IlX-IuVtMBVp1iYarKip7VPORA54haWTwW90q0dMwzWctUuv7F6utLWsNXLehV0oQJQKd3K04twhCYpYiQoueMc2Kqa4gmD6aWMstaWFa-0y/s400/tahfiz.jpg

Gambar hiasan

Cerita dari Mak Teh pengendali sekolah tahfiz :

Ada tiga jenis orang yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Mereka ini bukan yang tak layak, tak pandai atau tak mahu.

Mereka ini adalah orang yang layak ( kami telah menerima masuk ), pandai mendapat 3, 4 atau 5 A , dan sangat berminat belajar di sekolah kami.

1. Jenis yang ada saka atau benda peliharaan Tok Nenek

Sebelum membuka sekolah ini Mak teh dan Pak haji tidak pernah tahu apa itu saka. Setelah membuka Sekolah ini pada tahun ke2 pengambilan pelajar, ada seorang pelajar yang mula-mula sekali datang berdaftar.

Ini menunjukkan pelajar itu dan keluarganya sangat minat pada sekolah kami. Malangnya dia hanya dapat bertahan 3 hari orientasi sahaja. Apabila anak-anak tahfiz mula sessi bacaan al-Quran dia mula jadi sakit.

Dia akan sesak nafas, berguling-guling kesakitan dan menjerit panggil emaknya. Kadang-kadang sakitnya itu seolah-olah orang sakit perut dan kadang-kadang seolah-olah ada orang mencekiknya.

Kamipun telefon memberitahu ibubapanya suruh datang ke sekolah melihat keadaan anak mereka. Ibubapanya segera datang untuk membawanya pulang untuk berubat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...