Thursday, April 15, 2010

Sombong bukan milik kita

Salam,


Penulis jumpa blog seorang aktivis yang dah lama berjuang dan berpengalaman dalam organisasi jamaah. Izinkan penulis paparkan pandangannya berkaitan manusia sombong untuk tatapan kita bersama.
Elok juge kalinya teman nak bercakap mengenai sombongnya manusia kepada penciptanya.
Teman ni tak sombong.Lagi pun apa le yang teman nak sombongkan kerana yang ada hanya gigi dan lidah sahaja.Mungkin Allah SWT uji dengan kekayaan mungkin teman juge dalam kategori sombong.Itu yang teman takutkan.
Sombong bermaksud dirinya hebat dan terasa kelebihan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Teman nak beritahu semua bahawa penyakit sombong ini sebenornya boleh menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah dan mempertikaikan hukum – hukum yang terkandung dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud dan sekarang ini diikuti oleh pembesar – pembesar kuffar seluruh dunia.
Ada juge yang bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Teman ni bukan apa ada juge dikalangan pimpinan jamaah Islam yang teman perhatikan ego dan lagaknya melebihi pimpinan yang berfaham sekular.Mereka ni sebenarnya bangga dengan jawatan dan kadang – kadang berpura – pura dalam tindakan.Kepada yang berkenaan berikanlah kasih sayang kepada jamaah yang mereka ini hanya miliki Allah dan Rasul sahaja.
Malah ada dikalangan pimpinan tersebut yang bijak menyusun bicara kertas kerja bahawa pimpinan boleh menegur dan ditegur.Realiti sebenarnya masih ada yang cakap tak serba bikin mula melenting apabila ahli atau pengikut menegur dalam majlis - majlis tertentu.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah) Khalil Samad
Penulis harap sesetengah pemimpin jamaah yang terkenal dengan sifat sombong dan bongkak, buangkanlah sifat buruk itu. Pemimpin sebegini bukan sahaja ahli jamaah tak suka, masyarakat pun akan meluat tengok perangai buruknya.
Wassalam

Wednesday, April 14, 2010

Bantahan terhadap yahudi - Tahniah pemuda PAS

Salam,


Semarak bantahan terhadap APCO yang dipengaruhi Israel terus berkumandang. Israel dan agen2nya mesti ditentang habis-habisan kerana Najib masih perlukan khidmat APCO ini.

Pujian kepada Dr. Lolo' kerana buat laporan polis terhadap Apco, kemudian diikuti oleh Ahli Parlimen yang lain seperti YB Nasir dan YB Muhamad Husein

Kemudian Manfuz dalam blognya bagi tahu sebab beliau bangkitkan isu Yahudi sampai kena penjara. Masa itu, penulis masih tunggu kenyataan dan tindakan pemuda jamaah kerana penulis pernah tanya di sini.

Penulis bersyukur apabila pemuda jamaah buat kenyataan nak buat Laporan polis serentak seluruh negara esok dan pada 16 April akan dibuat demontrasi serentak seluruh negara.

Biar pun agak terlewat, penulis tak kisah kerana bantahan terhadap yahudi ini perlu dilakukan sepanjang masa dan setiap ketika. Tahniah! pemuda jamaah.

Penulis menyeru semua umat Islam memenuhi masjid2 negeri pada hari Jumaat ini untuk suarakan bantahan kita kepada yahudi.

Wassalam.

Tuesday, April 13, 2010

Pejuang jamaah tinggalkan maksiat

 
Salam,

Penulis kerap menerima berita baik buruk berkenaan sahabat dan ahli sejamaah. Berita ini kadang2 mengejutkan kerana penulis tidak sangka akan berlaku kepada mereka yang sama-sama berjuang.

Namun, bila penulis fikirkan kembali dan ingat semula kuliah tok-tok guru mengajar kitab. Penulis dapat katakan bahawa semua ini berkemungkinan adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang tidak disedari.

Sebenarnya, dosa dan pahala yang dilakukan mempengaruhi kehidupan. Dosa bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam termasuk ahli jamaah kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.

Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya :

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapat ilmu pengetahuan. Apabila mendengar ada kuliah agama, ada perasaan malas dan terlalu berat untuk menghadirkan diri.

2. Maksiat menghalang rezeki. Rasulullah S.A.W bersabda, " Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad). Justeru, kita perlu menyakini taqwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita.

Jika saat ini kita merasakan betapa sulitnya mendapat rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan maksiat. Kadang2 kita tidak fikir, kenapa payah nak dapat kerja atau kerja selalu tak berjaya, wang ditangan cepat habis dibelanjakan. Mengapa pula orang lain, yang selalu habiskan duit untuk perjuangan tapi rezekinya sentiasa bertambah.

3. Maksiat membuatkan kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada yang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, ' Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah dosa itu." Perasaan menjadi sentiasa berserabut, jiwa selalu kacau, tidak boleh melihat kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ibnu Abbas r.a. berkata, " Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

Sesetengahnya tidak sedar, raut muka mereka sebenarnya dipandang penuh dengan kekusutan dan ketidakceriaan. Kita sendiri boleh melihat raut wajah orang dan boleh tahu siapa yang wajahnya berseri-seri dan ceria serta siapa yang wajahnya kelam dan tidak ceria.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hati kuat, maka kuatlah badannya. Sentiasa berat hati dan rasa lemah badan terutama untuk melakukan kerja-kerja perjuangan.

6. Maksiat menghalang kita untuk taat. Orang yang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Sudah mula berani untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Sudah berani selewengkan wang jamaah, tidak takut untuk rasuah, tidak takut larangan Allah.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapuskan keberkatan.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebinasaan. Sesiapa yang melakukan maksiat akan sedar tentang perkara ini, bila buat maksiat seronok kemudian rasa bersalah nak bertaubat. Tetapi selepas itu buat maksiat yang sama kerana ketagih.

9 Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Keinginan hati untuk melakukan kebaikan lemah, tetapi cenderung melakukan keburukan semakin kuat.

Penulis memperingatkan diri penulis dan sahabat jamaah tinggalkanlah maksiat kerana maksiat yang dilakukan memberi kesan kepada perjuangan. Bertaubatlah dengan sebenar2 taubat.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...