Salam,
Sudah lama tak menulis , banyak isu yang dah
berlaku penulis tak ulas. Kadang-kadang terasa nak
menulis juga mahu bagi pandangan sendiri. Bila tengok banyak sangat yang tak
berkenaan bagi pandangan , penulis tak mahu serabutkan lagi.
Bila berlaku isu MB Selangor
, penulis akur dengan arahan SU Agong supaya pimpinan dan ahli tidak buat
kenyataan selain yang berauthoriti.
Ramai pimpinan dan ahli yang
akur dengan arahan ini, tapi ramai juga yang tak ambil kisah seolah-olah arahan
SU Agong bukan arahan wajib.
Macam mana ahli nak ikut
arahan bila ada beberapa orang AJK Pusat yang hari-hari keluar kenyataan
melalui facebook salahkan pimpinan parti kawan, salahkan sesama pimpinan. Lagak
macam hero mempertahankan Presiden tapi tak sedar tindakan mereka menjatuhkan
reputasi Presiden di mata umum.
Sedang Ketua Penerangan pun
diam akur arahan, tapi ada AJK Pusat yang dah beraksi macam ’Ketua Penerangan’.
Hebat bercakap pasal wala’, thiqah kepada pengikut tapi diri sendiri tak wala’
kepada arahan. Tak tahu la wala’ ni tak wajib kepada orang tertentu.
Ada pemimpin di sebuah negeri
, punya nak londehkan pimpinan parti kawan sanggup bongkar kes balak, khazanah
negeri yang diberi kepada pimpinan parti kawan. Konon nak malukan, nak kata
”padan muka hampa” tapi tak sedar tindakannya telah membuka aib pemerintahan
parti sendiri.
Umno boleh senyum ada bukti
parti lawan memerintah tak telus, SPRM pun dah buka fail siasatan. PRU 14
nanti, Umno akan kempen ” tuduh Umno rasuah, tapi depa lagi teruk” . Nak marah
apa , Umno dah ada bukti, sendiri yang dedah.