Wednesday, November 20, 2013

Tulahan : Pemilihan Timbalan Presiden - Mat Sabu difitnah, Nik Amar terima kesan




Salam,

Muktamar PAS Pusat tinggal beberapa hari lagi, cuma jawatan Timbalan Presiden penulis tidak buat jangkaan pemenang bagi jawatan ini. 

Sebelum mesyuarat agung kawasan bermula, kempen untuk jawatan Timbalan Presiden PAS sudah bermula. Serangan yang diterima penyandang jawatan Haji Muhamad Sabu terlalu hebat sehinggakan beliau membuat kenyataan bahawa kempen untuk pemilihan kali ini adalah paling buruk.

Jika sesiapa pun yang duduk ditempat Haji Muhamad Sabu akan membuat kenyataan yang sama. Bayangkan, tokoh PAS yang disegani diserang di facebook, blog dan beberapa program anjuran organisasi dalam parti.

Serangan semakin hebat apabila berlaku krisis di Syria yang melibatkan pihak Bashar Asad yang menganut Syiah dengan majoriti rakyat yang sunni. 

Dalam masa seluruh negara memarahi Bashar yang membunuh rakyatnya, dalam masa yang sama Haji Muhamad Sabu diserang bertalu-talu sebagai penganut Syiah .

Walaupun sebenarnya tuduhan sebagai penganut Syiah terhadap Haji Muhamad Sabu sudah lama berlaku tapi kesempatan semasa krisis di Syria digunakan sepenuhnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam parti.

Tujuannya, untuk memperlihatkan bahawa Haji Muhamad Sabu tidak layak di jawatan Timbalan Presiden kerana menganut Syiah. Serangan fitnah ini berterusan berlaku sehingga di musim pencalonan jawatan dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan . 

Tidak ramai pemimpin dan perwakilan PAS kawasan yang berani mencadangkan Haji Muhamad Sabu  sebagai calon Timbalan Presiden dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan ataupun dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Kawasan. 

Kenapa tidak berani? Kerana terpengaruh dengan kempen jahat terhadap Haji Muhamad Sabu dan ada yang tidak berani kerana takut dituduh penyokong atau bersimpati dengan Syiah apabila mencalonkan Haji Muhamad Sabu.

Pun begitu ada kawasan yang mempunyai pemimpin kawasan yang rapat dan mengenali susuk Haji Muhamad Sabu tetap mencalonkan pemimpin PAS itu terutama di Wilayah. Kebanyakan kawasan lain , mencalonkan Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Husam sebagai calon Timbalan Presiden.

Ramai pada mulanya beranggapan , jika Haji Muhamad Sabu tidak dipilih Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam adalah calon terbaik untuk jawatan berkenaan.

Namun,penolakan bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Husam mencerahkan kembali peluang Haji Muhamad Sabu.
Dato’ Husam sebelum itu dalam satu wacana membuat kenyataan bahawa tidak ada sebab beliau menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden.

Jika perwakilan kawasan dulunya sudah menetapkan pendirian akan mengundi Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam. Apabila keduanya menolak, majoriti perwakilan ini akan kembali mengundi Haji Muhamad Sabu kerana mereka bukan menolak Haji Muhamad Sabu cuma bagi mereka Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam lebih layak dari Haji Muhamad Sabu

Monday, November 18, 2013

Tulahan : Facebook penabur fitnah - calon disokong terpalit buruk



Salam,


 
siapa admin facebook ini? 


Semasa PRK Sungai Limau, penulis balik untuk pergi ke Sungai Limau. Bila sampai , ada sahabat bagi tahu , malam tu ada Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tanya dia, bukankah kita sedang berperang, kenapa tak tangguh aje program tu. 

Sahabat bagi tahu, dia pun tak tahu tapi yang pasti Ajk harian wajib hadir. Penulis cakap kepadanya , membantu kempen di Sungai Limau itu patutnya lebih diutamakan. Petang tu, penulis pergi ke Sungai Limau sehingga malam. Ada yang diarah pergi ke Liqa’ Fikri, kerana program tarbiyah tu wajib.

Dua hari selepas itu, penulis bersama YDP, TYDP dan wakil rakyat sebelum ke Sungai Limau pergi dulu ke jemputan kenduri kahwin dalam kawasan. Sebelum keluar dari kenduri kahwin salah satu jemputan, bertembung dengan seorang AJK Kawasan yang baru sampai. 

Setelah bersalam dengan semua, AJK kawasan ni terus ke belakang kereta nak bagi tahu sesuatu kepada penulis. Penulis ingatkan dia nak sembang mengenai cawangan atau keahlian tapi dia nak sebut tak puas hati kerana dalam Liqa’ Fikri , salah seorang pembentang hentam ahli parlimen kawasan penulis.

Penulis tanya dia tahu mana, dia bagi tahu dengar dari seorang AJK kawasan baru dilantik yang pergi ke pergi ke Liqa’ Fikri. Dia pun AJK Kawasan yang baru dilantik. Penulis bagi tahu dia, sabar nanti PAS Kawasan akan ambil tindakan sewajarnya. 

Penulis juga bagi tahu, bukan salah Pesuruhjaya kerana yang anjur program Liqa’ Fikri adalah Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tak mahu dia pandang serong kepada Pesuruhjaya yang baru jadi wakil rakyat di kawasan.

Penulis sebelum ini dah beberapa kali dengar rungutan AJK Kawasan ke Liqa’ Fikri yang setiap bulan pembentang yang dijemput menghentam beberapa AJK PAS Pusat. Yang terbaru ini lebih keras, siap sebut nama ahli parlimen kawasan penulis.

Bayangkan betapa terkejut dan terkelirunya AJK Kawasan penulis yang baru dilantik pergi ke Liqa ‘ Fikri nak dapat input tarbiyah, tapi didedahkan dengan tuduhan terhadap ahli parlimen kawasannya. 

Jika benar salah ahli parlimen kawasan penulis kenapa tak diadu kepada lembaga tatertib PAS Pusat, mengapa tidak diadu kepada Majlis Syura supaya Majlis Syura panggil ahli parlimen kawasan penulis. Ini tidak, dituduh dan dihukum dalam program lujnah tarbiyah tanpa diberi ruang beliau membela diri.

Habis keliru ahli PAS yang hadir terutama yang masih baru hadir ke Liqa’ Fikri. Selepas itu , tersebarlah kekeliruan yang dibangkitkan pembentang. 

Sunday, November 17, 2013

Tulahan : Pemilihan Naib Presiden - Salahudin, Ust. Tuan hampir pasti, Husam, Mahfuz tidak selamat



Salam,
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioUrsslRuQW3LxiHzvIh1qxDn8Pl32RJi66HPOT7YciSWdnTmw8JIelmuGkU338AvAiGs95ZHbhBg0nVDslsnWTzN-PzlKlKlaPiG5iDxtUQ9K-qlpYeHn1f09JJ6d-co8U1VnOxw_982d/s1600/calon+naib+presiden.jpg
Persaingan untuk jawatan Naib Presiden PAS nampak sengit melibatkan lima calon yang masing-masing ada kewibawaannya. Penyandang Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar,  akan bersaing dengan bekas penyandang Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man, pencabar baru yang merupakan orang lama Ust. Abu Bakar Chik.

Pada peringkat awal ada dua lagi yang mendapat pencalonan disebut-sebut akan turut bertanding iaitu Ust. Idris Ahmad dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Bagaimanapun apabila Ust. Tuan Ibrahim mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kedua-duanya , mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib Presiden.

Mahfuz dari Kedah, Salahuddin dari Johor, Husam dari Kelantan, Ust. Tuan Ibrahim dari Pahang dan Ust. Abu Bakar Chik dari Terengganu.

Pemilihan lepas , Ust. Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden menjadikan berlaku kekosongan . Kekosongan ini berjaya diisi oleh Husam yang sebelum itu bertanding Timbalan Presiden.

Kali ini, Ust Tuan dan Husam kedua-duanya bertanding Naib Presiden menjadikan persaingan yang sengit untuk jawatan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...