Salam,
Persaingan untuk jawatan Naib Presiden PAS
nampak sengit melibatkan lima calon yang masing-masing ada kewibawaannya.
Penyandang Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar, akan bersaing dengan bekas penyandang Ust.
Tuan Ibrahim Tuan Man, pencabar baru yang merupakan orang lama Ust. Abu Bakar
Chik.
Pada peringkat awal ada dua lagi yang
mendapat pencalonan disebut-sebut akan turut bertanding iaitu Ust. Idris Ahmad
dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Bagaimanapun apabila Ust. Tuan Ibrahim
mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kedua-duanya ,
mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib Presiden.
Mahfuz dari Kedah, Salahuddin dari Johor,
Husam dari Kelantan, Ust. Tuan Ibrahim dari Pahang dan Ust. Abu Bakar Chik dari
Terengganu.
Pemilihan lepas , Ust. Tuan Ibrahim
bertanding jawatan Timbalan Presiden menjadikan berlaku kekosongan . Kekosongan
ini berjaya diisi oleh Husam yang sebelum itu bertanding Timbalan Presiden.
Kali ini, Ust Tuan dan Husam kedua-duanya
bertanding Naib Presiden menjadikan persaingan yang sengit untuk jawatan ini.
Kepanasan kempen untuk Naib Presiden ini
hanyalah antara kelompok perwakilan mahukan ‘ulama’ dan kelompok perwakilan
mahukan ‘bukan ulama’. Namun , perwakilan dari kedua-dua kelompok ini adalah
terlalu kecil jumlahnya.
Perlu diingat bahawa majoriti daripada perwakilan adalah dari
kelompok yang mahu gabungan ulama, aktivis dan profesional.
Majoriti perwakilan tidak terpengaruh
terhadap kempen kedua-kedua kelompok ini. Yang banyak terpengaruh adalah mereka
yang menjadi perwakilan pemuda. Ini kerana perwakilan pemuda terdedah dengan
kempen di media blog dan facebook.
Peratus perwakilan yang melayari blog atau
facebook juga sangat kecil. Bukan kerana mereka tidak percaya media internet,
tetapi kerana mereka datang dari kawasan luar bandar, umur kebanyakan
perwakilan melebihi 50 tahun ke atas, iaitu bukan umur majoriti pelayar blog
dan facebook.
Justeru, atas faktor ini penulis menjangkakan Salahuddin dan Ust. Tuan akan mengisi
dua jawatan teratas jawatan Naib Presiden. Ust. Tuan dan Salahuddin dilihat akan menjadi
pilihan bagi ketiga-tiga kelompok ini.
Ust. Abu Bakar Chik seperti juga Ust.
Idris Ahmad dan Ust. Nik Amar pada sesi lalu bukanlah calon yang popular . Cuma
kelompok mahukan ‘ulama’ yang akan memberi undi kepadanya.
Apabila kelompok mahukan ‘ulama’ memberi
undi kepada Ust. Abu Bakar disamping Ust. Tuan dan Salahudin . Husam dan Mahfuz
pastinya tidak dapat mendapat undi dari kelompok perwakilan yang mahukan ‘ulama’.
Husam dan Mahfuz akan mendapat undi dari kelompok
perwakilan yang mahukan gabungan ulama,
aktivis dan profesional . Penentu bagi kedua-dua calon ini
mengisi satu lagi tempat adalah kelompok perwakilan yang mahukan ‘bukan ulama’.
Husam dijangka mempunyai peluang cerah berbanding
Mahfuz untuk mendapat undi dari kumpulan ini.
Jangkaan penulis untuk jawatan Naib
Presiden PAS Pusat.
1. Haji Salahuddin Ayub
2. Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Dato' Paduka Haji Husam Musa
4. Dato' Haji Mahfuz Haji Omar
5. Dato' Abu Bakar Chik
Wasalam
No comments:
Post a Comment