Salam,
Pada hari kedua selepas penamaan calon, terdengar
sembang seorang aktivis kawasan dengan seorang adik dari jamaah kampus yang datang
membantu kempen. Adik ini melahirkan rasa tak puas hati terhadap calon PKR dun
Sg Acheh yang katanya mungkir janji. Adik ini bersungguh sokong PAS masuk
bertanding di dun Sg Acheh kerana calon PAS layak sebab Ketua Pemuda Negeri.
Semua hujah adik ini sama sahaja dengan
hujah PAS tempat lain yang berkrisis pasal calon dengan PKR. PKR tiada petugas,
PKR tiada jentera, PAS yang buat kerja , PAS dah buat kerja lama. Jika dengar
hujah itu , memang ahli dan petugas PAS di bawah yang dah dok rasa pengalaman
dengan PKR akan setuju sangat-sangat. Memang tidak dapat dinafikan.
Penulis pada mulanya senyum mendengar rasa
tidak puas hati adik ini. Senyum kerana penulis juga pernah merasai pengalaman
kerusi yang PAS dah buat kerja, dah buat daftar pemilih beribu, dah habis
puluhan ribu buat program tiba-tiba diserah kepada PKR kerana mahukan gelombang
Anwar.
Walaupun dah ditunjukkan bukti kerja buat
jentera PAS, yang dun lain di Perak pun tak boleh nak tandingi usaha jentera
PAS di dun ini. Kerusi ini tetap juga diserah kepada PKR yang tiada jentera,
tiada petugas.
Bila dah berhenti adik ini meluahkan rasa
tak puas hati, penulis tanya adik ini. Siapa yang mungkir janji? Bukankah
kerusi dun Sg Acheh diputuskan pada peringkat akhirnya oleh Majlis Pimpinan
Pakatan Rakyat diserahkan kepada PKR. Kenapa calon PAS tetap masuk bertanding
sedangkan sudah tahu kerusi itu diputuskan milik PKR?
Adik ini bagi tahu calon PAS dapat watikah
dari Presiden. Penulis bagi tahu dia, walaupun ada watikah dari Presiden tapi
watikah itu diberi sebelum mesyuarat terakhir Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
memutuskan kerusi itu milik PKR. Bila dah dibuat keputusan bersama watikah ini
outomatiknya batal.(Pada masa itu, penulis tidak tahu watikah ini dikeluarkan
selepas mesyuarat akhir)
Penulis bagi tahu adik ini, tak kira siapa
calon PAS . Ketua Pemuda Negeri ka, Pesuruhjaya PAS ka kena patuh kepada
keputusan bersama Pakatan Rakyat yang Presiden PAS turut menandatangani sebagai
ketua parti.
Adik ini bagi tahu , calon PAS dun Sg Acheh
dah berkempen lama, dah banyak buat kerja. Penulis tanya adik ini, berapa
jumlah pemilih baru yang didaftar oleh Pemuda PAS Penang , oleh PAS Penang
sejak berakhir PRU 12? Dia tak dapat jawab.
Penulis minta dia semak dari dapatan jumlah
pemilih yang SPR keluarkan setiap kali berakhir setiap suku dari berakhir PRU
12 hingga PRU 13. Bila semak baru akan tahu , Pemuda PAS Penang dan PAS Penang
buat kerja atau tidak ?