Salam,
PRU 13 sudah terlalu hampir, penulis masih di
negara orang putih ini . Jika betul ramalan 22 Februari bubar parlimen,
maknanya penulis tiada di Malaysia pada ketika itu.
Bila makin hampir pilihanraya,
calon-calonnya untuk setiap dun dan parlimen bagi PR sudah ramai yang tahu.
Namun bagi BN, sampai sekarang orang BN sendiri masih tertanya-tanya siapa
calon yang mewakili BN.
BN tak umum awal bukan pun sangat sebab
strategi pilihanraya tapi takut bergaduh , sabotaj dan boikot sesama sendiri
jika calon diketahui awal.
Bila sudah tahu calon yang wakili PR maka
calon berkenaan sudah diperkenalkan kepada pengundi di dun dan parlimen tempat
mereka bertanding.
Bila selesai sahaja penamaan calon, PR tidak perlu lagi
ambil masa untuk perkenalkan calon kerana pengundi sudah kenal berbanding BN
yang calonnya hanya diketahui pada hari penamaan calon.
Calon dari kalangan orang tempatan tiada
masalah tapi calon luar jika tidak diperkenalkan awal tentu ambil masa lama
untuk pengundi kenal.
Bila bakal calon sudah ramai yang tahu,
maka pengundi sudah menilai awal mereka terutama pengundi muda bawah 40 tahun.
Pengundi dari kumpulan ini kritikal dalam menilai calon. Mereka mudah mendapat
maklumat tentang bakal calon melalui bacaan facebook dan blog pro PR dan BN.