Salam,
Keputusan PRK Hulu Selangor dah diketahui, PKR tewas dan Ubn menang. Ubn sepatutnya memenangi lebih daripada 6000 undi kerana majoriti untuk ketiga2 DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru semasa PRU 12 lebih 6000. Tak padan kerana Ubn dah belanja jutaan ringgit tapi majoriti kecil.
Namun, kalah tetap kalah walaupun satu undi. Ramai yang berkata populariti PKR sudah habis dengan kekalahan ini. Tapi bagi penulis, bukan PKR yang akan habis kerana DUN Batang Kali hampir ditawan dan Kuala Kubu Baru ditawan PKR. DUN Hulu Bernam di menangi Ubn dengan majoriti besar. Parti PR mana yang bertanding di Hulu Bernam? parti itulah yang patut ambil iktibar.Pimpinan jamaahlah yang sepatutnya ambil iktibar.
Bukan kerana jamaah tak bersungguh bantu PKR dalam PRK ini. Jentera jamaahlah yang banyak membantu dan bersungguh2. Tapi kerana DUN Hulu Bernam ditandingi jamaah malah 70 peratus kerusi majoriti Malayu di seluruh negara ditandingi jamaah.
Jika pilihanraya umum ke 13 diadakan hari ini, mungkin PKR dan DAP akan dapat satu kerusi di Hulu Selangor. Namun, jamaah tetap akan kehilangan kerusi Hulu Bernam kerana pengundi Melayu yang masih belum berubah.
Pimpinan jamaah semua peringkat perlu ambil tindakan segera untuk menarik sokongan orang Melayu. Andainya, trend ini tidak berubah kerusi yang akan dimenangi jamaah juga tidak berubah malah akan berkurangan sekiranya orang India beralih sokongan kepada Ubn.
Nak ambil kerusi campuran tentu dah tak boleh sebab persefahaman dengan PR perlu dijaga. Kerusi katak yang lompat juga pasti masih dimiliki oleh PKR. Buatlah berapa usul dalam mesyuarat agung jamaah minta kerusi katak yang lompat, tak kan dapat sebab kena jaga persefahaman ini.
Sebelum PRU 12, banyak kerusi jamaah yang berpotensi menang diberi kepada PKR walaupun PKR tak minta. Hari ini , sudah berputih mata dan tak perlu dikesalkan lagi. Hari ini tugas pimpinan jamaah semua peringkat jaga kerusi yang pasti ditandingi walaupun majoriti Melayu.
Tak perlu banyak berpolitik, buat kerja tambah pengundi seramai mungkin. Tak perlu canang nak calon ini nak calon nu kerja habuk pun tarak. Yang kena canang sapa tak daftar mengundi kena daftar mengundi, yang ni kena canang betul2.
Jika masih tak berubah tak tambah pengundi baru, tunggulah masa PRU ke 13. Masa tak menunggu kita, yang jadi pimpinan jamaah, yang berangan nak jadi calon, yang muka tak malu minta jawatan. Tanya mereka berapa banyak pemilih baru didaftarkan dalam kawasan mereka?
Yang pastinya, kekalahan Zaid memberi peringatan kepada PKR tetapi tamparan kepada jamaah. PKR kalah tapi jamaah yang terima bahangnya.
Wassalam.