Salam,
Balik hujung
minggu lepas , penulis hadir mesyuarat agung pemuda Pas kawasan penulis.
Rasanya dah 4 tahun penulis tak dapat hadir. 2 tahun kerana tak kena tarikh
penulis balik kawasan , 2 tahun kerana penulis di luar negara.
Mesyuarat agung
pemuda tahun ini ada sikit kelainan dari kebiasaan . Kebiasaannya semua
pencalonan pemimpin pemuda negeri dan pusat diserah kepada jawatankuasa pemuda
kawasan. Trend ini dah berlaku setiap
tahun bukan sahaja untuk mesyuarat agung di kawasan penulis, malah sebahagian
besar kawasan lain di Malaysia.
Pada tahun ini, mesyuarat
agung menerima cadangan untuk perwakilan cawangan membuat undian bagi pencalonan
Ketua,Timbalan dan Naib Ketua pemuda Pas
negeri dan pusat. Bagi jawatan lain diserahkan kepada jawatankuasa pemuda Pas
kawasan.
Tiada bantahan
untuk cadangan ini, menunjukkan perwakilan cawangan mahu mengambil bahagian
dalam menentukan pencalonan pemimpin tertinggi pemuda negeri dan pusat. Lagi
pun bukan nak ambil masa yang lama untuk buat pengundian angkat tangan untuk
tiga jawatan itu.
Sebelum ini,
perwakilan cawangan sentiasa bersetuju apabila dicadangkan pencalonan jawatan
ini diserahkan kepada pemuda Pas kawasan. Kenapa bersetuju? Kerana nak cepat
tamatkan mesyuarat agung.