Pada tahun ketujuh sebelum hijrah, ketika
itu Rasulullah saw. sedang dalam kesusahan kerana tindakan kaum Qurasy yang
menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah
menyebabkan beliau sentiasa perlu bersabar.
Dalam suasana seperti itu,
tiba-tiba terpercik cahaya memancar memberikan hiburan yang
menggembirakan. Seorang pembawa berita memberitahu kepada beliau, “Ummu
Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.”
Wajah Rasulullah berseri-seri
kerana gembira menyambut berita tersebut.
Siapakah bayi itu? Sehingga, kelahirannya dapat mengubati hati
Rasulullah yang sedang duka, berubah menjadi gembira ? Itulah dia,
Usamah bin Zaid.
Orang tua Usamah
Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dengan
kelahiran bayi yang baru itu. Kerana, mereka mengetahui kedudukan kedua
orang tuanya di sisi Rasulullah.
Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi
yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya
Ummu Aiman adalah bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab.
Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, selagi ibundanya masih
hidup. Dia pulalah yang merawat sesudah ibunda wafat. Kerana itu, dalam
kehidupan Rasulullah, beliau hampir tidak mengenal ibunda yang mulia,
selain Ummu Aiman
Rasulullah menyayangi Ummu Aiman, sebagaimana layaknya sayangnya
seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap, “Ummu Aiman adalah
ibuku satu-satunya sesudah ibunda yang mulia wafat, dan satu-satunya
keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini.
Adapun bapanya adalah kesayangan ) Rasulullah, Zaid bin Haritsah.
Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia
memeluk Islam.
Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan
segala rahsia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah
tangga beliau dan orang yang sangat dikasihi dalam Islam.
Kegembiraan Kaum Muslimin dan Sayangnya Rasulullah SAW kepada Usamah
Kaum muslimin turut bergembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid,
melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu
boleh terjadi kerana tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah juga
mereka sukai.
Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi
yang sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb”
(kesayangan anak kesayangan).
Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi
itu dengap panggilan tersebut. Kerana, Rasulullah memang sangat
menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati.
Usamah
sebaya dengan cucu Rasulullah, Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan
berkulit putih tampan bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip
dengan datuknya, Rasulullah saw.
Usamah kulitnya hitam, hidungnya penyek,
sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun, kasih sayang
Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza.
Beliau sering mengambil
Usamah, lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian, diambilnya pula
Hasan, dan diletakkannya di paha yang satunya lagi.
Kemudian, kedua
anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya, lalu berkata, “Wahai
Allah, saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka!”
Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu hari Usamah
tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah
menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah, tetapi tidak mampu
melakukannya.
Kerana itu, beliau berdiri mendapatkan Usamah, lalu beliau
hisap darah yang keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu, beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan hingga hatinya
merasa tenteram kembali.
Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil, tatkala sudah
besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam, seorang pemimpin
Qurasy, pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah.
Hakam
membeli pakaian itu di Yaman dengan harga lima puluh dinar emas dari
Yazan, seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari
Hakam, sebab ketika itu dia masih musyrik.
Lalu, pakaian itu dibeli oleh
beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu
kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah sentiasa memakainya pagi dan
petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Ansar sebayanya.
Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia
sudah kelihatan pada dirinya, yang memang pantas menjadikannya sebagai
kesayangan Rasulullah.
Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai,
takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.
Dikisahkan bahawasanya pada suatu hari, terjadilah pencurian dimana
pelakunya adalah seorang wanita ternama dari bangsa Quraisy, maka kaum
Quraisy pun terlena, apa yang semestinya diputuskan terhadap wanita
tersebut sedangkan hukuman untuk pencuri adalah potong tangan.
kemudian
mereka ingin bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW namun ketidak
beranian yang mereka miliki membuat mereka mundur langkah dan maju
langkah. Hingga terbitlah dihati salah seorang diantara mereka bahawasanya
orang yang paling berani untuk menanyakan hal ini adalah Usama, kerana
dia adalah orang yang paling dekat dan paling dikasihi oleh Rasulullah
saw.