Salam,
Balik dari luar negara, penulis dapat rasa perbezaan yang cukup ketara harga barang dalam negara terutama barang keperluan. Hanya beza 2 tahun lebih , harga barang memang mencongak naik . Duit RM 100 jika dulu boleh muat sebakul barang, kini tinggal separuh.
Siapa yang tak terasa dengan kenaikan ini? Tak kiralah
dia ahli parti apa pun pasti akan terasa. Kecualilah gajinya besar gred DG 51 hingga
pangkat JUSA dalam kerajaan.
Tapi jika sekadar pegawai kerajaan biasa, gaji memang cukup-cukup,
kadang-kadang tak cukup untuk menampung keperluan, tambah-tambah jika tinggal
di bandar.
Sesetengah sindiran kita dengar, orang kampung, orang
felda tak kisah harga barang naik sebab dah kaya-kaya, sebab tu majoriti mereka
menyokong BN walaupun PR janji turun harga barang dalam manifesto.
Yang tua-tua pangkat tok wan dan nenek mungkin tak
terasa sebab makan dah tak banyak, tak dak sangat cari pucuk paku ka, ulam
pegaga ka buat sayur . Tapi yang ada anak ramai, tak kan nak makan pucuk paku
hari-hari.
Anak-anak sekolah semua nak pakai duit, bukan boleh lepas
hanya beli pakaian seragam. Nak kena beli dan bayar macam-macam
buku , buku PBS, derma PIBG, derma sukan, derma majalah dan macam-macam derma
dok ada ( Tak boleh sebut yuran sebab kerajaan dah umum tak ada yuran sekolah).
Itu tak campur, belanja anak ke sekolah hari-hari.
Paling sikit RM 3.00, tapi la nasi lemak pun dah berapa harga? Seorang kampung
yang penulis jumpa bagi tahu, terima duit kerajaan RM 100 tapi dah keluar untuk
derma-derma sekolah dah lebih RM 200.
Tak salah kat sekolah juga, sekolah mana dapat
peruntukan beli buku PBS, sekolah mana dapat peruntukan kertas periksa. Ada
peruntukan yang kerajaan dah potong. Jadi tak dapat tidak, ibu bapa la sumber
dermanya.
Sekarang, penyokong tegar BN mungkin masih bertahan
makan kangkung kerana kerajaan dah janji nak bagi BR1M . Najib dah bagi tahu dengan BR1M tu ,
dapat tangung kehidupan selama setahun. Itu sindir kita, tapi sebenarnya
rata-rata penyokong tegar BN ini adalah mereka yang kehidupan mereka dhaïf,
susah dan mudah diperdaya dengan umpan kewangan.
Bagi mereka, pembangkang tak bagi apa-apa, tapi BN ada
juga bagi BR1M di kala mereka susah. Sampai bila penyokong tegar ini dapat
bertahan menyanjung BN ? Selagi ada umpan sekali sekala yang dilontar oleh pemimpin
mereka melalui dana kerajaan.
Namun percayalah, yang atas pagar sekarang ramai yang
mengeluh kesal memberi undi pada BN. Hanya terumpan dengan propaganda perkauman
dan agama yang ditiup saban hari, mereka terpedaya untuk beri undi. Hari ini,
ramai yang dah menyesal, ramai yang maki-maki, ada yang dah sampai tahap tak
boleh pandang muka Najib dalam TV.