Salam,
Berita jam 8.00 tv3 pada 3/1/09 ada memaparkan pandangan dari email seorang penontonnya yang mempertikaikan arahan mewajibkan tali pinggang belakang kerajaan. Beliau merujuk kepada kemalangan yang meragut 10 nyawa di Gua Musang.
Baginya, kemalangan yang berlaku bukan kerana tidak memakai tali pinggang tetapi sikap pemandu yang memandu laju.
Penulis ingin berkongsi pandangan berkaitan kemalangan yang kerap berlaku ini. Adakah kerana pemandu laju maka kerap berlaku kemalangan?. Adakah kita sedar? , banyak terjadinya kemalangan kerana pemandu tidak lepas memotong kenderaan dihadapannya.
Sebagai pemandu, adakah kita akan berada di belakang kenderaan di hadapan yang perlahan?. Jawapannya, ramai yang akan memotong. Jadi bila ramai yang memotong, ada diantaranya yang tak lepas memotong dan bertembung dengan kenderaan bertentangan. Terjadilah kemalangan.
Maka, punca utama kemalangan ialah pemandu yang memandu perlahan. Had laju 90 km/j tetapi pemandu yang perlahan memandu 50 km/j. Jika ada seratus kenderaan di belakangnya, maka 100 kenderaan ini akan memotongnya. Tak lepas memotong berlakulah kemalangan.
Sebab itu, kadar kemalangan tinggi di jalan persekutuan dan jalan negeri berbanding lebuhraya. Lebuhraya, jalannya banyak lorong. So ada ruang selesa memotong kenderaan yang perlahan. Jalan persekutuan dan jalan negeri ada dua lorong sahaja, ruang memotong terbatas dan bahaya.