Salam,
Alhamdulillah, bertemu dengan Ramadhan sesuatu yang
disyukuri . Ramadhan tahun ini , penulis tidak lagi bersama parti lama.
Berbezakah? Ibadah tak berkurang pun walaupun
dalam parti baru, Tahajud, Dhuha, Tasbih , Tilawah dan lain-lain ibadah
tetap dilaksana sama macam Ramadhan lalu.
Tak berkait langsung ibadah kita dengan parti lama. Tak
betul jika ada dakwaan, tidak duduk dalam parti lama ibadah kita berkurang,
atau pahala kita berkurang. Jika duduk dalam parti lama pun solat lima waktu
masih tak sempurna, puasa pun tak cukup sebulan. Tidak berdosakah?
Duduk dalam parti baru, aktiviti kebajikan sama ja dengan
parti lama. Bantuan kepada orang miskin , sumbangan kepada pesakit hospital,
sumbangan dan iftar bersama anak yatim tetap dilaksanakan. Malah , tambah pula
tahun ini sumbangan kepada pelajar tahfiz. Yang untung tetap orang miskin, anak
yatim sebab makin ramai yang terima sumbangan, makin bertambah sumbangan diterima.
Mana dapat dana? Sama la macam dalam parti lama, ramai yang
bagi sumbangan sempena Ramadhan. Selagi parti kita betul, telus untuk sampaikan
sumbangan ,yakinlah Allah akan buka hati-hati hambaNya memberi sumbangan
melalui parti kita. Namun, jika tidak telus sehingga harta wakaf pun disapu,
duduk dalam parti lama pun tak boleh lari dari dosa.
Syukurlah parti lama kawasan masih mendepani agenda
kebajikan sama macam dulu. Kena faham berjuang dalam parti ni bukan semata-mata
untuk pilihanraya. Jangan hanya bercakap macam sesetengah pimpinan parti lama,
“ kita berjuang bukan hanya untuk pilihanraya” tapi program kebajikan dalam
kawasan hampir tiada. Parti baru pun sama, jika berjuang semata-mata
pilihanraya , maknanya kuranglah aktiviti kebajikan dan dakwahnya.