Apa yang kita tonton di filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah keadaannya. Yang ganas dan mengerikan, sehingga anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara berikut ini.
1. Candiru Prison (Brazil)
1. Candiru Prison (Brazil)
Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembaunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.
Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.
2. Bang Kwang Prison (Thailand)
Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.
Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)
3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)
Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.
Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.
Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.