Wednesday, August 29, 2012

Tulahan : "Sanggupkah bermadu dengan isteri pertamaku, Jamaah"


Salam, 

http://izzuddinyussof.com/wp-content/uploads/2012/02/baitul-muslim-dyg2.jpgBila masuk semula berjuang di medan kampus, maka timbullah semula pelbagai kenangan lama semasa berjuang di kampus tempatan.  Bukan penulis nak masuk campur tapi penulis terpaksa mendengar, melihat isu-isu ini dibincangkan  oleh adik-adik yang berjuang.

Sama sahaja dulu dan sekarang, isunya tetap sama cuma orang dan kampusnya sahaja berbeza. Isu yang sering dibincangkan adalah bagaimana mereka mahu terus istiqamah bekerja untuk jamaah hingga ke luar kampus.

Penulis melihat adik-adik ini memang serius mahu terus istiqamah, samalah macam penulis dan sahabat seperjuangan di kampus dulu. Kadang-kadang bila membaca pandangan mereka di facebook dan email , penulis tersenyum sendirian bukan nak memperkecilkan mereka. 

Tersenyum mengenangkan sahabat seperjuangan yang bercakap perkara yang sama tapi bila keluar ke medan sebenar , mereka gugur tiada tanda.

Berbincang untuk terus istiqamah, mereka akan memperkatakan tentang bagaimana untuk terus istiqamah bila sudah berada di medan sebenar. Isu BM / pasangan hidup adalah topik panas. Nak istiqamah mestilah suami / zaujah sefikrah. Benarkah begitu?

Benar , tapi ada yang tidak benar. Hatta Amir pasangannya Amirah pun boleh lesap entah ke mana bila berada di medan sebenar. Bukan melawak tapi itulah hakikatnya berdasarkan pengalaman sahabat di kampus.

Walaupun begitu, paratus pasangan sefikrah terus aktif adalah lebih tinggi berbanding pasangan berlainan fikrah. Maksudnya, jika Amir pasangan Amirah tak boleh nak istiqamah bolehlah nilai pasangan yang tak sejamaah lagilah tipis.

Pasangan hidup yang memahami perjuangan akan banyak membantu seseorang untuk terus istiqamah. Sanggupkah seorang isteri mempunyai suami yang setiap malam tiada di rumah kerana berjuang, setiap hari suami pulang 2, 3 pagi, waktu cuti suami tiada di rumah kerana program jamaah.

Sanggupkah seorang isteri menjaga anak-anak kecil di rumah, yang kerap menangis , yang nakal dalam keadaan suami sering tiada di rumah.
Sanggupkah seorang isteri merelakan masa , tenaga dan wang suami dikongsi bersama jamaah.

Dalam erti kata lain, sanggupkah isteri bermadu dengan 'isteri pertama' suami iaitu jamaah.

Monday, August 27, 2012

Tulahan : Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan

Salam, 
Beberapa tahun dulu, penulis ada cipta pengkisahan sejarah kemerdekaan versi penulis. Penulis paparkan dalam blog ini untuk tatapan bersama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBd4W0nU51HTy4rDJn_dC2qo_8JhqKUISzZ3Ju13dn_ggUzlVbF0FlskwefjjlXu9egIhc-zQYBJzVF0QCKHAE7q4ZJdrIjdoICaBjxHSXxyhQyQk0DKZEC-8KxPYwuJGIep4ln9djZm81/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

 

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.



Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.


Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.
http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.
1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.
1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.
Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.
 


1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPBLf2-H6_0zCcn99OIHintqZO8qzCCILJ6DEYmpp4kyO9a23FnaHGlaf_8icRaKtz76e_SazrouxUThqR4QOVPz5EZ7VwNerl-8h1gKHCRxzegO_9_CGae1hpypPD7NjSYkbzp-ZqgC0/s400/pangkor-treaty.jpgBermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...