Setelah
selesai proses pemilihan kepimpinan baru UMNO, tumpuan pemerhati
politik pada masa ini beralih kepada pemilihan kepimpinan PAS yang akan
dilaksanakan di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan.
Sebagai sebuah parti politik kedua terbesar di negara ini, PAS tidak boleh mengambil ringan soal pengharapan yang diberikan oleh umum, bukan hanya oleh ahli dan penyokongnya sahaja, malahan seluruh rakyat Malaysia yang mengimpikan wajah baru politik negara yang berintipatikan integriti, kejujuran, keadilan sosial, pengukuhan demokrasi, dan pengupayaan warga.
Dengan wujudnya gelombang kesedaran politik yang makin tinggi sejak pasca Reformasi 1998, tahap pengharapan rakyat kepada kerajaan dan parti-parti politik dalam negara semakin mencabar.
Sebagai sebuah negara membangun, rancangan pembangunan samada dari sudut ekonomi dan sosial, serta persoalan hala tuju negara sentiasa menjadi ujian kepada kemampuan kerajaan yang ada, dan parti-parti politik yang menawarkan diri untuk menjadi kerajaan.

Lebih-lebih lagi
sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama (dengan tahap integrasi
yang relatifnya masih rendah), kerajaan sentiasa berdepan dengan cabaran
sukar untuk mencari garis halus penyelesaian polisi dalam banyak
perkara yang umumnya berkait dengan sensiviti kaum dan agama.
Sebagai sebuah parti yang berusaha mendapatkan kekuasaan untuk merealisasikan keadilan pentadbiran Islam, PAS harus mampu memahami pengharapan dan tuntutan ini.

Tentunya, bukan semua rakyat boleh
tergerak untuk memberi sokongan kalau PAS hanya sekadar menjanjikan
keadilan dengan menjaja di bibir semata-mata konsep Negara Islam, bahkan
Negara Berkebajikan sekiranya konsep yang dibawa tidak disokong dengan
sikap politik yang benar-benar konsisten dengan keadilan konsep seperti
dijanjikan.
Rakyat mendamba sebuah kerajaan yang diyakini dan dilihat bukan sahaja tinggi nilai integriti dan ketelusan dalam pentadbiran tapi juga mampu memandu negara untuk terus maju ekonominya dan sejahtera kehidupan di dalamnya.
Kepimpinan baru PAS terutamanya kepimpinan pelapis di kalangan pemimpin muda di dalam PAS harus tampil menyahut cabaran ini. Cabaran untuk mempersembahkan isi keadilan pentadbiran Islam dengan lebih terbuka untuk dicabar dan kemudiannya diterima oleh rakyat Malaysia.