Assalam,
Timbalan
Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan
Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar.
Maksudnya, Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh dan
bila-bila sahaja akan pecah.
Umno
nampaknya lebih selesa mengikat kerjasama politik dengan Pas dalam Maufakat
Nasional dalam masa yang sama mempunyai kerjasama politik dengan Mca, Mic dan
PBRS dalam Barisan Nasional.
Timbalan
Presiden Umno ini juga menegaskan, Umno tidak mempunyai apa-apa perjanjian
dengan PPBM dan GPS. Justeru, lihatlah betapa tidak kukuhnya , Perikatan
Nasional yang diketuai TS Muhyiddin sekarang.
Walaupun TS
Muhyiddin cuba menampakkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional
sebagai sebuah kerajaan yang kukuh. Namun, banyak tindakan sejak bermula
ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan TS Muhyiddin cukup tertekan
untuk mempertahankan kerajaan ini.
Terbaru , TS
Muhyiddin membahagikan-bahagikan GLC kepada Ahli Parlimen parti-parti dalam
Perikatan Nasional yang tidak mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi
mengelakkan beliau tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi.
Umno memang
tidak dalam dilema kerana Umno memang tidak terikat dengan Perikatan Nasional .
Apabila berlaku PRU 15, Umno hanya akan bersama Pas dan BN dalam menentukan
kerusi-kerusi yang akan ditandingi.