Assalam,
Timbalan
Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan
Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar.
Maksudnya, Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh dan
bila-bila sahaja akan pecah.
Umno
nampaknya lebih selesa mengikat kerjasama politik dengan Pas dalam Maufakat
Nasional dalam masa yang sama mempunyai kerjasama politik dengan Mca, Mic dan
PBRS dalam Barisan Nasional.
Timbalan
Presiden Umno ini juga menegaskan, Umno tidak mempunyai apa-apa perjanjian
dengan PPBM dan GPS. Justeru, lihatlah betapa tidak kukuhnya , Perikatan
Nasional yang diketuai TS Muhyiddin sekarang.
Walaupun TS
Muhyiddin cuba menampakkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional
sebagai sebuah kerajaan yang kukuh. Namun, banyak tindakan sejak bermula
ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan TS Muhyiddin cukup tertekan
untuk mempertahankan kerajaan ini.
Terbaru , TS
Muhyiddin membahagikan-bahagikan GLC kepada Ahli Parlimen parti-parti dalam
Perikatan Nasional yang tidak mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi
mengelakkan beliau tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi.
Umno memang
tidak dalam dilema kerana Umno memang tidak terikat dengan Perikatan Nasional .
Apabila berlaku PRU 15, Umno hanya akan bersama Pas dan BN dalam menentukan
kerusi-kerusi yang akan ditandingi.
PBBM yang
sudah keluar dari Pakatan Harapan akan bertanding bersendirian dalam PRU 15 sepertimana
Pas bertanding sendirian dalam PRU 14. Keputusan sudah diketahui awal, PPBM
akan tewas kerana parti ini menang pada PRU 14 kerana bergabung dalam PH.
Sedangkan Pas
pun sudah serik bertanding sendirian, inikan PPBM yang masih baru dan tidak
mempunyai kekuatan akar umbi. Inilah persoalan yang bermain dalam pemikiran
pemimpin-pemimpin PBBM menjelang pemilihan PPBM pada bulan Jun ini.
Memang PPBM
masih memimpin kerajaan peringkat nasional dan dua negeri tetapi kuasa ini akan
berakhir apabila berlakunya PRU 15. Sekiranya, TS Muhyiddin yang menang PPBM
akan menerima nasib malang ini. Namun jika DS Mukhriz yang menang , PPBM
mungkin berpeluang semula bersama PH menghadapi PRU 15.
Kenapa Umno
tidak mahu mengikat perjanjian dengan PPBM? Kerana kerusi-kerusi yang
ditandingi PPBM adalah kerusi-kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas. Umno
sekarang cukup beruntung bersama Pas kerana musuh sebenar Umno sejak dahulu
adalah Pas. Malah, dalam PRU 14 banyak kerusi-kerusi yang dimenangi Umno
disaingi rapat oleh Pas bukan Pakatan Harapan.
Sekiranya,
Pas berjaya dijinakkan oleh Umno. Umno akan bergaya mempertahankan
kerusi-kerusi tersebut ,walaupun sebenarnya sekiranya Pas tidak bersama Umno dan
mengikat kerjasama dengan PH . Banyak kerusi-kerusi tersebut boleh ditandingi
oleh Pas dan Pas boleh memenangi banyak kerusi pada PRU 15.
Malah , jika
Pas berkerjasama dengan PH, Pas berpeluang mengetuai 2 buah negeri yang baru
iaitu Perak dan Pahang. Selain , mengekalkan Kelantan dan Terengganu dan pasti mudah
merampas Kedah.
Merujuk
negeri Perak pada PRU 14 , 12 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan
kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi
tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada
PRU 14.
Namun,
sekiranya Pas bersama PH , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut
kerana berada lebih tinggi daripada PH . Umno akan memberi alasan , Pas akan
diberi peluang bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PH pada PRU 14.
Perlu diketahui, kerusi yang dimenangi oleh PH adalah kerusi bermajoriti bukan
Melayu dan kerusi campuran.
Mustahil Pas
akan bertanding di kerusi bukan Melayu yang pastinya menjadi milik Mca dan Mic.
Jika Pas dibenarkan bertanding pun, bolehkah Pas menang di kerusi majoriti bukan
Melayu. Manakala, kerusi-kerusi campuran pula terutama yang majoriti pengundi Bukan
Melayu lebih 35 peratus. Peluang Pas tidak secerah kerusi-kerusi yang parti ini
berada di kedudukan kedua di belakang Umno.
Merujuk
jadual di bawah, Pas berpeluang cerah memenangi 9 kerusi tersebut. Pas juga
berpeluang menang di Dun Temenggor dan Kota Tampan yang BN menang dengan majoriti
tipis.
Berbekal 3
kerusi yang Pas menangi pada PRU 14 iaitu Gunung Semanggol, Selama dan Kubu Gajah
, ditambah dengan 11 kerusi yang berpeluang cerah untuk menang. Pas akan
menjadi parti Melayu paling banyak memenangi kerusi dan pastinya layak dilantik
menjadi MB Perak selepas PRU 15.
BIL
|
DUN
|
PRU 14
|
MAJ BN
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
MAJ PAS+PH
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
1
|
SELINSING
|
BN
|
97
|
BN
|
3919
|
PAS
|
2
|
LUBUK MERBAU
|
BN
|
409
|
BN
|
3770
|
PAS
|
3
|
ALOR PONGSU
|
BN
|
1162
|
BN
|
3433
|
PAS
|
4
|
BOTA
|
BN
|
1822
|
BN
|
2248
|
PAS
|
5
|
BATU KURAU
|
BN
|
2308
|
BN
|
743
|
PAS
|
6
|
TRONG
|
BN
|
1898
|
BN
|
648
|
PAS
|
7
|
KAMPUNG GAJAH
|
BN
|
3345
|
BN
|
516
|
PAS
|
8
|
PENGKALAN HULU
|
BN
|
2375
|
BN
|
336
|
PAS
|
9
|
BELANJA
|
BN
|
2729
|
BN
|
142
|
PAS
|
10
|
TEMENGOR
|
BN
|
3935
|
BN
|
-
129
|
PAS
|
11
|
KOTA TAMPAN
|
BN
|
2302
|
BN
|
-
468
|
PAS
|
12
|
KENERING
|
BN
|
3268
|
BN
|
-
1436
|
PAS
|
Begitu juga
di Pahang , terdapat 20 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di
belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan
kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.
Namun,
sekiranya Pas bersama PH , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut
kerana berada lebih tinggi daripada PH. Pas berpeluang cerah memenangi 6 kerusi
tersebut. Pas juga berpeluang menang 7 kerusi yang BN menang dengan majoriti bawah
1000 undi.
Pas sudah
mempunyai 8 kerusi yang dimenangi pada PRU 14, ditambah 13 kerusi lagi pastinya
Pas menjadi parti terbesar yang layak memerintah negeri Pahang .
BIL
|
DUN
|
PRU 14
|
MAJ BN
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
MAJ PAS+PH
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
1
|
KUALA SEMANTAN
|
BN
|
474
|
BN
|
5621
|
PAS
|
2
|
CEKA
|
BN
|
202
|
BN
|
2728
|
PAS
|
3
|
TIOMAN
|
BN
|
1280
|
BN
|
1749
|
PAS
|
4
|
PULAU TAWAR
|
BN
|
587
|
BN
|
1386
|
PAS
|
5
|
SUNGAI LEMBING
|
BN
|
1968
|
BN
|
719
|
PAS
|
6
|
PADANG TENGKU
|
BN
|
1244
|
BN
|
59
|
PAS
|
7
|
JENDERAK
|
BN
|
1713
|
BN
|
-
91
|
PAS
|
8
|
PULAU MANIS
|
BN
|
2334
|
BN
|
-
233
|
PAS
|
9
|
BUKIT IBAM
|
BN
|
2478
|
BN
|
-
352
|
PAS
|
10
|
INDERAPURA
|
BN
|
2165
|
BN
|
-
359
|
PAS
|
11
|
KERDAU
|
BN
|
1934
|
BN
|
-
636
|
PAS
|
12
|
KUALA SENTUL
|
BN
|
2039
|
BN
|
-
740
|
PAS
|
13
|
GUAI
|
BN
|
3295
|
BN
|
-
748
|
PAS
|
14
|
DONG
|
BN
|
3832
|
BN
|
-
1490
|
PAS
|
15
|
BATU TALAM
|
BN
|
4320
|
BN
|
-
1879
|
PAS
|
16
|
MUADZAM SHAH
|
BN
|
4840
|
BN
|
-
2059
|
PAS
|
17
|
JELAI
|
BN
|
3507
|
BN
|
-
2209
|
PAS
|
18
|
CHINI
|
BN
|
4622
|
BN
|
-
3557
|
PAS
|
19
|
PERAMU JAYA
|
BN
|
7182
|
BN
|
-
4538
|
PAS
|
20
|
BEBAR
|
BN
|
5720
|
BN
|
-
4752
|
PAS
|
Pas juga
mengetahui bahawa musuh sebenar Pas di negeri yang diperintah oleh Pas adalah Umno
bukan PH. Semua kerusi yang dimenangi oleh Pas di Terengganu dan Kelantan
disaingi rapat oleh Umno bukan PH.
Oleh sebab
itu, Umno mempunyai masalah dalam hubungan dengan Pas terutama di negeri yang
dikuasai Pas. Umno negeri Terengganu dan Kelantan juga mengidam untuk mengambil
semula kedua-dua negeri terutamanya Umno Terengganu.
Umno pasti
akan menuntut kerusi yang hampir sama banyak berbanding Pas kerana Umno hanya
menang 8 kerusi di Terengganu dan 10 kerusi di Kelantan. Adalah mustahil, Pas
akan memberikan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu kepada Umno. Jika
diberi pun, mungkin dua, tiga kerusi sahaja dan adakah Umno akan bersetuju?
Sekarang ini
pun, Pas tidak memberikan jawatan Exco kepada Adun Umno walaupun kedua-dua
parti ini mempunyai kerjasama politik
dalam Maufakat Nasional.
Negeri-negeri
lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka adalah
negeri yang mempunyai banyak kerusi majoriti bukan Melayu dan campuran. PH
mempunyai peluang di negeri-negeri ini lebih dari gabungan Umno dan Pas.
Umno mungkin
akan berpeluang menang beberapa kerusi majoriti Melayu tapi tidak cukup untuk
membentuk kerajaan. Pas pula lemah di negeri –negeri terutama Johor, Melaka dan
Negeri Sembilan. Undi Pas yang digabung dengan Umno tidak cukup untuk mengalahkan
PH di banyak kerusi campuran.
Malah, Pas memenangi satu kerusi di Johor bukan
disebabkan kekuatan parti itu tapi kerana calon PPBM ditolak pencalonannya. Pas
pernah memenangi beberapa kerusi di Johor dan Negeri Sembilan kerana bergabung
dalam Pakatan Rakyat.
Adakah Pas
boleh berkerjasama dengan PH? Itu kena tanya pemimpin Pas. Pandangan politik
sesebuah parti boleh berubah . Umno yang menjadi musuh Pas sejak sebelum
merdeka pun boleh menjadi rakan baik, masakan Pas yang pernah berada dalam Pakatan
Rakyat tidak boleh kembali bersama PH.
Pas keluar
dari Pakatan Rakyat adalah kerana Dap, namun Pas sekarang bersama Mca yang sama
sahaja dengan Dap . Mca juga menentang hudud, Mca juga membantah Ruu 355. Malah
, pada waktu memerintah bersama dalam Perikatan Nasional , Mca lantang menentang
usaha Pas yang mempertahankan perkahwinan bawah umur.
Mca begitu
berani melarang Perikatan Nasional disebut kerajaan Melayu Islam, Timbalan
Menteri Mca terus buat kerjasama dengan Dong Zong sebaik memegang jawatan .
Banyak lagi yang Pas akan hadapi tentangan Mca terutama selepas tempoh PKP
nanti.
Perlu juga
diketahui, Dap dan Mca serta Mic ini bertanding di semua kerusi yang majoriti bukan
Melayu. Jika Dap tidak menang Mca atau Mic akan menang , jika Mca atau Mic
tidak menang Dap akan menang. Memang parti-parti ini akan bertanding di kerusi majoriti
bukan Melayu.
Lawanlah
setakat mana pun, sebutlah berkali-kali hidup Melayu, hidup Islam . Habis
pilihanraya, kerusi majoriti bukan Melayu ini akan diwakili orang bukan Melayu
sama ada dari Mca, Mic atau Dap.
Semuanya
bergantung kepada Pas, Pas sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia .
Pas mempunyai pengalaman bertanding bersendirian, Pas mempunyai pengalaman
bergabung dengan parti lain dalam CCC, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan
Alternatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan kini Maufakat Nasional. Pas juga
pernah menyertai Barisan Nasional yang akhirnya ditendang keluar oleh Umno pada
tahun 1978.
Terpulanglah
kepada Pas, sama ada mahu menjadi parti yang memimpin dengan memenangi kerusi
yang besar atau sekadar menjadi ‘king maker’ dalam politik Malaysia.
Wassalam
No comments:
Post a Comment