Salam,
Bulan sudah penulis ada bersembang dengan Adun kawasan
penulis. Penulis beritahunya bahawa dia kira beruntung jadi Adun di kawasan
penulis yang ramai ahli jamaah. Selepas jadi wakil rakyat, dalam masa 3 bulan
pejabat tak ramai yang datang macam tempat lain.
Penulis kemudian cerita kepadanya tentang seorang Adun
jamaah di Kuantan yang sampai sekarang, tiap-tiap hari mesti ada yang datang ke
pejabat Adun berkenaan minta bantuan. Kawasan Adun berkenaan tak macam di
kawasan penulis, kerana ramai orang keris yang susah dan melarat.
Orang-orang keris ni dah anggap wakil rakyat tempat
minta bantuan macam kerajaan. Mereka tak fikir dah bahawa wakil rakyat
pembangkang tak dapat peruntukan, yang mereka tahu minta dan minta. Penulis
bukan cerita bohong tapi, penulis dengar sendiri kuliah Adun ini dan baca buku
nukilan Adun ini.
Penulis bagi tahu Adun kawasan penulis, dana yang
disumbang kepada fakir miskin dan anak yatim di kawasan penulis setiap kali
Ramadan hampir RM 100 ribu untuk satu parlimen. Namun, Adun ini cari dana lebih
RM 200 ribu untuk satu DUN semasa Ramadan lepas.
Macam-macam ujian Adun ini hadapi sejak mula jadi Adun
sampai sekarang. Mula jadi Adun berlaku ribut, berpuluh buah rumah rosak dan
hilang bumbung. Jika di kawasan penulis, jamaah dan wakil rakat hanya mampu
bagi sedikit sumbangan kepada mangsa tapi Adun ini sanggup berusaha cari dana beratus
ribu untuk baiki hampir semua rumah yang kena ribut.
Ramai akan bertanya, macam mana Adun ini mudah mendapat
dana sumbangan luar? Kerana barakah sumbangan orang ramai yang diberi kepadanya,
tidak disimpan lama-lama. Sebaliknya , diserah kepada yang berhak ke atas
sumbangan itu. Ibarat makanan yang kita makan perlu dikeluarkan untuk masuk
makanan lain. Bacalah buku nukilannya kalau nak tahu.