Sunday, December 22, 2013

Tulahan : Antara parit dan tanjung



Salam,


Bulan sudah penulis ada bersembang dengan Adun kawasan penulis. Penulis beritahunya bahawa dia kira beruntung jadi Adun di kawasan penulis yang ramai ahli jamaah. Selepas jadi wakil rakyat, dalam masa 3 bulan pejabat tak ramai yang datang macam tempat lain.

Penulis kemudian cerita kepadanya tentang seorang Adun jamaah di Kuantan yang sampai sekarang, tiap-tiap hari mesti ada yang datang ke pejabat Adun berkenaan minta bantuan. Kawasan Adun berkenaan tak macam di kawasan penulis, kerana ramai orang keris yang susah dan melarat.

Orang-orang keris ni dah anggap wakil rakyat tempat minta bantuan macam kerajaan. Mereka tak fikir dah bahawa wakil rakyat pembangkang tak dapat peruntukan, yang mereka tahu minta dan minta. Penulis bukan cerita bohong tapi, penulis dengar sendiri kuliah Adun ini dan baca buku nukilan Adun ini.

Penulis bagi tahu Adun kawasan penulis, dana yang disumbang kepada fakir miskin dan anak yatim di kawasan penulis setiap kali Ramadan hampir RM 100 ribu untuk satu parlimen. Namun, Adun ini cari dana lebih RM 200 ribu untuk satu DUN semasa Ramadan lepas.

Macam-macam ujian Adun ini hadapi sejak mula jadi Adun sampai sekarang. Mula jadi Adun berlaku ribut, berpuluh buah rumah rosak dan hilang bumbung. Jika di kawasan penulis, jamaah dan wakil rakat hanya mampu bagi sedikit sumbangan kepada mangsa tapi Adun ini sanggup berusaha cari dana beratus ribu untuk baiki hampir semua rumah yang kena ribut.

Ramai akan bertanya, macam mana Adun ini mudah mendapat dana sumbangan luar? Kerana barakah sumbangan orang ramai yang diberi kepadanya, tidak disimpan lama-lama. Sebaliknya , diserah kepada yang berhak ke atas sumbangan itu. Ibarat makanan yang kita makan perlu dikeluarkan untuk masuk makanan lain. Bacalah buku nukilannya kalau nak tahu.


Penulis dah banyak kali cakap perkara ini di kawasan penulis, penulis bagi tahu bila sumbangan yang diberi oleh orang ramai, disalurkan kepada yang berhak. Allah akan membuka hati manusia memberi sumbangan dan menambah sumbangan.

Namun, masih ramai yang tak faham dan buat-buat tak faham. Payahnya nak dikeluarkan sumbangan kepada yang memerlukan sedangkan masih banyak dana sumbangan yang disimpan. Benar, jangan terlalu mudah dikeluarkan tapi jika ada yang berhak tidak menerima haknya. Apa kita nak jawab dihadapan Allah kelak?

Jangan takut dana kebajikan semakin kurang kerana Allah akan memberi pertolonganNya. Yang penting kita sebagai pejuang Islam kena yakin kepada pertolongan Allah. 

Buktinya, sudah ada iaitu Adun jamaah yang penulis ceritakan tadi. Walaupun , diuji dengan banjir besar yang melanda penduduk dalam Dun yang diwakili. Namun, lihatlah beliau mengendalikannya, lihatlah betapa ramai yang memberi pertolongan dan sumbangan.

Terkini, penulis pun rasa malu apabila Adun ini dapat memberi sumbangan pakaian sekolah kepada lebih 500 pelajar miskin dan anak yatim dalam Dunnya. Sedangkan, kawasan penulis satu parlimen hanya mampu beri sumbangan kepada 200 pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun.

Sepatutnya, wakil rakyat jamaah di mana sahaja kena contohi Adun ini. Tak kira susah dan sukar macam mana pun beliau tetap akan berusaha bantu rakyat di kawasannya. 

Sesetengah wakil rakyat, bila dah jadi wakil rakyat mula nak tunjuk lagak. Satu penggal ok lagi, bila naik dua penggal dah mula tak mahu ambil tahu masalah rakyat. 

Urusan hanya yang nasional-nasional, bila bagi tahu masalah rakyat macam-macam alasan. Letih la, banyak urusan luarlah, ada persidangan dewanlah. 

Bila dah lama jadi YB, mula nak pakai kereta besar-besar, mula nak guna keistimewaan pakai cermin gelap. Mula nak melancong sana, melancong sini. Rakyat dah mula dilupa kerana dok ingat mai pilihanaraya, dia akan menang lagi.

Sampai ada yang dok tunjuk kuasa dengan staff sendiri, tak hormat dah staffnya tu tua daripadanya. Bila nak marah, tinggi suara dengan staff. Bukan apa , kerana rasa staff dok makan gaji dengannya. Bila sendiri buat salah, diletaknya kesalahan kepada staff.

Hinggakan kadang-kadang, gajinya dah masuk dibiarnya staff tertunggu-tunggu bila YB nak bagi gaji. Dia ingat, staff tak ada anak bini nak bagi makan, dia ingat staff ada duit macam dia. Sedangkan staff berharap dengan duit gaji tu nak selesaikan urusan kewangan anak bini.

Harap tiadalah wakil rakyat jamaah yang berperangai sebegini. Namun, jika ada tunggulah masanya kerana Allah Maha Adil.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...