Saturday, November 5, 2011

Aidil Adha dan fadhilat Qurban

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. 

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
 
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Friday, November 4, 2011

Bahaya berdua-duan mengikut kajian saintifik

 
Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui alasan ilmiah di sebalik perintah itu.

Kenapa perkara tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana ternyata berpengaruh terhadap keadaan berdua duaan tersebut?

Baru-baru ini, sebuah kajian ilmiah membuktikan sendiri tentang bahaya berdua duaan.

Para pegkaji di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang laki laki yang berduaan dengan seorang wanita menjadi penyebab utama naiknya sekresi (pengeluaran hasil kelenjar atau sel secara aktif) hormon kortisol.

Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya tegangan dalam tubuh. Walaupun subjek kajian (seorang lelaki) yang diuji cuba hanya dengan mengkhayalkan tentang seorang wanita dalam sebuah simulasi pengkajian. 
 
Namun perkara tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari mengeluarkan hormon tersebut.

"Cukup anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Dan anda akan membuktikan jika peningkatan hormon anda dalam proporsi tinggi benar-benar berlaku," inilah penemuan kajian ilmiah baru-baru ini yang dimuat pada Daily Telegraph!
 

Thursday, November 3, 2011

Kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu ?

 http://abizakii.files.wordpress.com/2010/09/islamic_wallpaper_muhammad_green_floral-1ab99wtv0ag0ks080cw8co404-2ob3lob1nvsw4440kcosg0wg8-th.jpeg?w=300&h=180
Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan . 

Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. 

Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirehat melepas rasa letih. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk suaminya. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW. 

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”. 

Wednesday, November 2, 2011

Kisah Islamnya Nicolas Anelka atau Abdul Salam Bilal Anelka



Bagi Anelka, Islam merupakan sumber kekuatan dan petunjuk dalam hidupnya.

Bagi peminat sepak bola dunia, terutama penyokong kelab Inggeris, Chelsea Football Club, tentu tidak asing dengan nama Nicolas Anelka (gambar kiri)
Anelka adalah salah seorang striker paling berbahaya apabila berada di depan mulut gawang lawan.

Anelka dikenali sebagai  striker yang sangat produktif dalam menciptakan peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada Liga Primer Inggeris ( England Primiership League /EPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi penjaring gol terbanyak ( top score ) dengan 22 gol. 
Jumlah ini lebih banyak dibandingkan gandingannya, Didier Drogba, penyerang Chelsea berasal dari Pantai Gading.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba, adalah salah satu duet  striker yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Keduanya dikenali sebagai  striker yang hauskan gol.
Anelka termasuk sebagai pemain bolasepak kelas dunia. Di kelab yang disertainya pada masa ini, Chelsea, Anelka menjadi salah seorang pemain utama jika tidak dilanda kecederaan.

Di sebalik kegarangannya dalam menjaringkan gol ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang sangat pendiam. Ia sangat jarang tersenyum ketika sudah berada di padang. 

Kadang-kadang, rakan-rakannya sering merasa serba salah ketika bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus pada permainan.

Di garis depan  The Blues, Chelsea, Anelka dikenali sebagai pemain yang tenang dalam sikapnya, namun garang di depan lawan. 

Ia juga dikenali pemain yang tenang dan tidak emosional. Keadaan ini bertitik tolak ketika masih memperkuat Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. 
Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles, Perancis, ini dikenali sebagai lelaki yang suka merajuk dan emosional.
|
Memeluk Islam
Kini, Anelka di kenali tenang, tidak tergesa-gesa, dan tidak suka  merajuk lagi sejak bermain di Chelsea. Apakah yang terjadi dengan Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya makin bijak dan tenang itu?
Dalam wawancara dengan sebuah media di England, ketika ditanyakan tentang sikapnya yang kini tenang dan lebih dewasa itu, Anelka menjawab ringan.

''Islam banyak membantu saya untuk boleh bersikap tenang dan berkonsentrasi dan memiliki semangat tinggi. Saya senang menjadi seorang Muslim, satu agama yang tenang dan saya banyak belajar dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.

Rasulullah pembawa kasih Tuhan



Lelaki berwibawa itu membariskan anak-anak saudaranya, Abbas, Abdullah, Ubaidillah, dan Kutsair.  
Ia berkata kepada kanak-kanak itu, ”Ayuh, siapa yang lebih dulu mencapaiku, aku beri hadiah.” Kanak-kanak itu dengan gembira berlarian, berlumba mendapatkan lelaki yang mereka cintai itu.
Ada yang kemudian jatuh di dadanya, ada yang di punggungnya. Lelaki yang tidak lain adalah pemimpin agung Nabi Muhammad SAW itu pun memeluk dan menciumi mereka.


Ketika waktu solat tiba, Rasulullah SAW seperti biasa datang untuk mengimami jamaah. Namun, kali ini, beliau datang dan solat dengan mendukung cucunya, Umamah binti Abil ’Ash, di bahunya. Pada masa rukuk, Umamah diletakkan dan semasa bangkit dari rukuk cucunya itu diangkat lagi.


Kisah Lain
Zahir sedang berada di pasar Madinah ketika tiba-tiba seseorang memeluknya kuat-kuat dari belakang. Tentu saja Zahir terkejut dan berusaha melepaskan diri, katanya, ”Lepaskan aku! Siapa ini?”

Orang yang memeluknya tidak melepaskannya, lalu berteriak, ”Siapa mahu membeli budak saya ini?” Begitu mendengar suaranya, Zahir sedar siapa orang yang mengejutkannya itu.
Bahkan, ia merapatkan punggungnya ke dada orang yang memeluknya, sebelum kemudian mencium tangannya. Lalu, katanya riang, ”Lihatlah, ya, Rasulullah, ternyata saya tidak laku dijual.”

”Tidak, Zahir, di sisi Allah hargamu sangat tinggi,” sahut lelaki yang memeluk dan ”menawarkan” dirinya seolah budak itu yang ternyata tidak lain adalah Rasulullah, Muhammad SAW.

Zahir Ibn Haram dari suku Asyja’ adalah seorang di antara sekian banyak orang pedalaman yang sering datang berkunjung ke Madinah, berkunjung bertemu Nabi Muhammad SAW.

Di perjalanan, rombongan berhenti untuk beristirehat. Ketika mereka menyiapkan makanan, seseorang mengangkat tangan dan berkata, ”Aku yang menyembelih kambingnya.”

”Aku yang membuang kulitnya!” kata yang lain. ”Aku yang memasak!” sahut yang lain lagi. ”Kalau begitu, aku yang mencari kayu bakar!” kata pemimpin mereka, Nabi Muhammad SAW. 
Orang- orang pun serentak berkata, ”Tak usah, ya, Rasulullah, biar kami saja yang bekerja.”

Tuesday, November 1, 2011

Buat pemuja Gaddafi : Baca penghinaan manusia ini terhadap Allah, Rasulullah dan ajaran Islam

Sejak 1969, Gaddafi adalah penguasa Libya. Semua ucapan, tindakan, dan kelakuannya selama memerintah diliputi oleh TV, radio, dan surat khabar secara meluas, baik dalam skala tempatan, regional, mahu pun antarabangsa. 

Dia dengan bangga, berani, dan tanpa malu mempamerkan ucapan, tindakan, dan kelakuannya selaku pemimpin revolusi dan ‘musuh’ Barat.

Alhamdulillah, dengan semua dokumentasi tersebut, para ulama   Islam dan Persatuan-persatuan Islam antarabangsa memiliki data yang sangat lengkap tentang kekafiran dan kemurtadan Gaddafi. 

Berkali-kali para ulama Islam dan persatuan Islam antarabangsa menempuh dengan cara dialog, nasihat, teguran, dan ajakan kepada Qaddafi untuk bertaubat dan menarik kembali semua kekufurannya tersebut. 

Namun Qaddafi tetap angkuh mempertahankannya, tanpa sekalipun mahu bertaubat dan memperbaiki dirinya. Walhasil, vonis kafir-murtad untuk Qaddafi tetap disandangnya sampai saat nyawanya berpisah dengan jasadnya.

Sama seperti para taghut diktator lainnya di negeri-negeri berpenduduk majoriti muslim, pada awal revolusinya Gaddafi mempamerkan dirinya sebagai pahlawan revolusi, pejuang Islam, pembela kaum muslimin, pengusir penjajah kristian Barat, dan pendukung kuat perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman zionis Yahudi. 

Setelah ia berhasil menarik simpati kaum muslimin dan kekuasaannya telah kukuh, maka ia mulai menunjukkan jati dirinya sebagai agen zionis-kristian dan  kekafiran yang sangat kuat memusuhi Islam. 

Berikut ini beberapa ucapan, tindakan, dan kepandaian Qaddafi yang merupakan kekafiran yang nyata, sehingga para ulama dan persatuan Islam antarabangsa menghukumnya sebagai seorang kafir murtad.

Syirik (menyekutukan Allah dengan selain-Nya) dan mempermainkan Allah SWT

  • Bagi Gaddafi, Allah Pencipta tidak jauh berbeza dengan parti politik pembangkang. Gaddafi menuduh Allah berbuat zalim. Dalam pertemuan dengan para pemimpin politik membahas proses ‘Teori Internasional Ketiga’ di ibukota Tripoli pada 9 Ogos 1975, Qaddafi mengatakan: “Revolusi tidak secara automatik mesti selalu berwarna ‘putih’. Ia juga boleh berwarna ‘merah’ terhadap lawan-lawannya. Musuh haruslah dibinasakan. Saya katakan kepada anda semua, agama-agama juga membinasakan para lawannya. Allah juga membinasakan para lawannya, padahal Allah juga yang telah menciptakan mereka. Jadi setiap orang membinasakan para lawannya.”

Kisah gadis Budha memilih Islam


Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian.

Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya  Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, pada Pencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk,” kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.

“Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan,” sambungnya.

Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.

Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen. 
 
Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang.
 

64 tahun terpisah akibat kekejaman Israel

Diusir secara paksa dan dengan kekerasan, dua bersaudara ini berpindah dari satu tempat ke tempat lainya menjadi pendatang. Kerinduan untuk kembali bertemu dengan ibu tercinta adalah harapan dan cita-cita seluruh Palestin dimanapun mereka berada.

Hjh Rosmiyah Abdul Hamid puteri keluarga Shufuriyah yang terusir dari tanah keluarganya dalam penderitaan, sudah lama tidak melihat negaranya, tanahnya dan tidak mencium wangi tumbuhannya.

Hjh Rosmiyah (64 tahun) meninggalkan kampungnya di Shufuriyah dan negaranya Palestin sejak tahun 1948, semasa terjadinya pencerobohan Palestin (penjajahan). Semasa itu dirinya masih kecil baru berumur 2 tahun. Sementara saudarinya, Raimah berusia 11 tahun.

Rosmiyah tidak boleh menceritakan bagaimana perasaannya semasa bertemu dengan saudaranya yang sudah lama tidak bertemu. “Saya tidak boleh mempercayai peristiwa ini. Malah saya tidak percaya akan dapat kembali bertemu dengan saudaraku dan mencium tanahnya yang sudah ditinggalkanya sejak kecil."

Monday, October 31, 2011

Khabar gembira akan lahir Nabi Ismail, khabar duka akan dimusnahkan negeri Sodom


 http://hbis.files.wordpress.com/2008/10/laut-mati.jpg
Syahdan, Nabi Ibrahim kedatangan tetamu yang belum dikenalinya. Mereka belum pernah bertemu sebelumnya. Demi menghormati tetamu, Nabi Ibrahim menjamunya dengan hidangan lazat. 
 
Namun didapati tetamu tidak berselera terhadap jamuannya, Nabi Ibrahim gementar. Ia sedar, tetamunya ini bukan tetamu biasa.

Dadanya bergetar hebat, segera ingin tahu ada apa gerangan. Ia menanyakan maksud kedatangan tetamu dengan perasaan takut yang tak tersembunyikan. “Tidak usah takut, kami memberi khabar gembira, Allah swt akan mengurniakanmu seorang putera”, jelas tetamu.

Sebagai seorang yang sangat menginginkan seorang putera, tentu khabar itu sangat menggembirakan. Tapi ia menahan rasa gembira itu, perasaanya mengatakan, pasti ada khabar lain yang tidak kurang hebat. 
 
Hati-hati ia bertanya, “Apakah masih ada urusan lain?” Tetamu menjawab tegas: “Kami diperintahkan menghancurkan negeri dimana Luth tinggal”.

Alkisah, mendengar jawaban tetamu, Nabi Ibrahim tertegun. Ia, yang dadanya penuh cinta, pengasih, dan taat kepada Allah, memberanikan diri bertanya. 

Sunday, October 30, 2011

Kisah Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah r.a. pakar dalam istirqa'


Namanya Syifa' binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. 

Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. 

Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.

Kemuliaan

Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. 

Sesuai dengan namanya Syifa' memiliki kepakaran dalam istirqa' iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. 

Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. 

Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...