Salam,
Minggu lepas , selepas bawa anak isteri makan angin di Melaka. Penulis terus ke Parit Buntar untuk buat kerja program Klinik Solat yang dirancang sejak pertengahan November.
Klinik Solat ini dibuat untuk anak-anak ahli jamaah di cawangan yang berumur 11 hingga 15 tahun , yuran cuma RM 5.00 untuk makan. Belanja lain ditanggung Kawasan, pemuda dan muslimat.
Ada cawangan yang hantar peserta, ada juga yang tak hantar. Tak tahu tak hantar kerana tak da peserta atau tak hebahkan perkara ini kepada ahli di cawangan. Walaupun begitu, peserta yang hadir mencecah 137 orang, kira ramai la.
Program ini jika dibuat oleh konsultan mungkin yurannya mencecah lebih RM 100. Tapi untuk anak-anak ahli jamaah yuran serendah ini tidak bebankan ibu bapa. Ada peserta yang dibayar oleh cawangan.
Solat tiang agama, ibadah pertama dan paling penting dinilai Allah. Walaupun, anak orang jamaah kalau tak solat atau tak betul solatnya hukumnya tetap berdosa.
Penulis terfikir untuk cadangkan program ini bila PASTI Kawasan anjur Kem Motivasi Solat untuk pelajar PASTI.
Peluang musim cuti sekolah perlu diambil untuk buat program ini. Penulis cadang kepada Pengerusi Lujnah Tarbiyah dan dia setuju buat.