Wednesday, April 21, 2010

Tarik undi Melayu 40 peratus, PR menang di Hulu Selangor

Salam,


Sudah beberapa hari kempen PRK Hulu Selangor berjalan. Jangkaan telah dibuat oleh kedua2 parti PR dan BN, malah PERKOSA pun buat ramalan. PERKOSA ramal BN menang majoriti 3000 undi.

Pada awalnya , penulis tak mahu nak buat jangkaan parti mana yang menang. Tak mahu jadi macam PRK Bagan Pinang. Tapi ramai sangat yang minta jangkaan penulis, jumpa ja tanya macam mana Hulu Selangor sapa menang?

Jawapan penulis kepada yang bertanya, jika PKR dapat tarik undi Melayu lebih 40 % boleh menang. Namun, jika di bawah 40% BN yang akan menang.

Adakah Melayu undi penentu? bukan begitu. Semua pengundi Melayu, Cina , India , Orang Asli dan Undi pos boleh jadi penentu. Bagi penulis, PKR mampu menarik undi orang Cina sehingga 80 %. Semasa PRK Bukit Gantang, undi orang Cina kepada Nizar capai 85 %.

Itu calon PAS, sekarang calon PKR yang lebih terbuka bagi orang Cina dan partinya juga mempunyai pemimpin di kalangan orang Cina. Sentimen perkauman yang ditiup oleh Ubn semasa PRK ini lebih menjauhkan pengundi Cina dari BN. Malah MCA pun dah tak dapat tempat dihati orang Cina.

Orang India pula walaupun calon BN India tak semestinya akan undi calon BN. Tak boleh samakan macam di Bagan Pinang kerana semasa PRK Bagan Pinang, kedua2 kerajaan milik BN. PRK Hulu Selangor lain, kerajaan negeri milik PR.

Orang India di Selangor sudah merasai nikmat duduk di bawah kerajaan PR. Pemimpin India dari PKR dan DAP di Selangor pula adalah pemimpin yang selalu turun membantu orang India. Banyak masalah orang India yang ditinggal kerajaan Khir Toyo telah diselesaikan oleh kerajaan PR.

Orang - orang MIC di Hulu Selangor sebenarnya masih sayang kepada Palanivel, yang tak suka Palanivel hanya orang Umno. Semasa PRU 12, undi orang India kepada Palanivel masih tinggi dan undi ini tidak akan pergi kepada Kamalanathan yang dianggap calon pilihan Umno bukan pilihan orang India. Penulis jangka 55 - 60 % orang India akan diberi kepada Zaid.

Penulis juga masih anggap PKR sekarang mendapat sokongan yang tinggi dari golongan muda walaupun ramai pemimpinnya bertukar jadi katak. PRK Hulu Selangor akan membuktikan kenyataan Saifuddin bahawa setiap bulan keahlian baru PKR mencecah 40 ribu seperti yang pernah penulis sentuh.

25 April ini akan menentukan kebenarannya. Tunggulah.

Wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

Pindahkan pengundi, Ubn tak perlu tunggu persempadanan semula kawasan pilihanraya

Salam,
Apabila penulis membaca kenyataan komponen tak rasmi Ubn seperti di sini. penulis mula terfikir bahawa bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor sahaja yang dipindahkan lokaliti tempat mengundi ke Parlimen Selayang malah mungkin sudah berlaku di seluruh negara.

13,000 bukan jumlah yang kecil, malah jika sebahagian besar daripada 13,000 adalah pengundi itu adalah pengundi PR. Maka, Ubn tak perlu susah berkempen serahkan sahaja kepada komponen tak rasmi dah dapat keluarkan beribu pengundi PR.

Komponen tak rasmi Ubn bagi alasan pemetaan dibuat dan lokaliti berkenaan berada dalam Parlimen Selayang, jadi boleh tukar lokaliti berkenaan ke Parlimen Selayang. Inilah kenyataan mudah untuk lepaskan diri, hakikatnya bukan begitu.

Sebelum PRU 12, penulis dan kawan2 di Parit Buntar pernah buat bantahan kepada SPR terhadap satu lokaliti yang terletak dalam Parlimen Bagan Serai. Bukti diberi memang jelas mereka sendiri mengakuinya, tapi diberi pelbagai alasan untuk keluarkan lokaliti berkenaan.


Sehingga PRU 12 berjalan, lokaliti berkenaan masih berada dalam Parlimen Parit Buntar. Selepas PRU ke 12, barulah lokaliti berkenan ditukar ke Parlimen Bagan Serai. Penulis yakin lokaliti tidak ditukar sehingga selesai PRU ke 12 kerana menguntungkan Ubn.


Sekiranya, alasan pemetaan ini memberi peluang Ubn mencapai kemenangan melalui pemindahan pengundi. Penulis berharap, semua jentera pilihanraya jamaah dan PR wajib membuat semakan dan bantahan setiap kali daftar pemilih dibuka untuk bantahan.


Syukurlah, PRK Hulu Selangor membuka mata kita tentang taktik kotor ini. Penulis tahu, Ubn menghadapi masalah untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana kekurangan undi dua pertiga ahli Parlimen. Katak2 pun masih belum cukup, jadi inilah cara terbaik mereka untuk pindahkan pengundi.


Jentera pilihanraya jamaah dan PR kena perhati semua lokaliti yang menjadi sempadan antara dua kawasan parlimen. Hanya dengan menukar lokaliti sahaja Ubn boleh mengaut beribu undi dan mengurangkan beribu undi, tak perlu tunggu buat sempadan pilihanraya.


Kesilapan jentera PKR di Hulu Selangor adalah tak buat semakan dan bantahan semasa di buka untuk beberapa kali. Hanya bila berlaku PRK ini baru disedari. Tapi bukan jentera PKR sahaja tak buat semakan dan bantahan, jentera jamaah pun sama ja lah.


Namun, walaupun dibuat semakan dan bantahan. Mampukah jentera jamaah dan PR nak buat bantahan kalau melibatkan beribu pengundi. Kalau 13 000 pengundi dibantah, seorang pengundi RM 10.00 kiralah berapa ratus ribu RM kena sediakan untuk buat bantahan.


Semuanya menyusahkan PR untuk buat bantahan dan penulis pasti taktik kotor ini akan digunakan dengan kuasa komponen tak rasmi Ubn ini. Bila dibuat bantahan, mereka akan jawab pemindahan lokaliti dibuat mengikut undang2 pilihanraya.


Biasanya, bila PR buat cadangan untuk kebaikan dan ketelusan pilihanraya. Komponen tak rasmi Ubn akan beri alasan diluar bidang kuasa mereka. Mereka jawab begitu sebab cadangan PR tidak menguntungkan Ubn.


Habis kuasa mereka guna untuk apa ? Untuk menangkan Ubnlah. Jika ia menguntungkan Ubn, komponen tak rasmi akan gunakan kuasa mereka yang ada walaupun mendapat bantahan PR.


Penulis harap gerakan untuk pilihanraya adil dan telus perlu dihidupkan semula. BERSIH perlu diaktifkan kembali untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan telus.
 

Wassalam.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...