Saturday, January 15, 2011

Adakah ini ikan keli terbesar di dunia ?

Spesis ikan keli ini dikatakan paling besar di dunia. Ikan keli ini ditangkap dalam sebuah sungai di Mukah, Sarawak. Lihatlah besarnya ikan ini seolah-olah sebesar ikan paus.

Ketam raksasa di Britain


LONDON: Memiliki kaki panjang dan penyepit berbahaya, seekor 'raksasa' laut dalam kini menjadi ketam paling besar pernah disaksikan di Britain.



KETAM LABAH-LABAH.. pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.


Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.

Tsunami darat di Queensland, apa khabar rakyat Malaysia ?



Maklumat dari sahabat - sahabat di Queensland

Banjir paling besar di Queensland. Terakhir berlaku pada tahun 1974. Queensland mengalami tsunami darat terutama di Towwomba.

Lebih 500 rakyat Malaysia kebanyakannya pelajar dan keluarga tinggal di Queensland

Banyak rumah mereka telah ditengalami air yang merosakkan harta benda. Ada rumah yang paras air banjir sehingga ke bumbung rumah.

Pelajar Malaysia yang rumah ditengelami banjir mengalami kerugian besar kerana rumah, perabut, pakaian, barangan dapur , buku-buku telah musnah.

Ramai juga pelajar Malaysia yang sedang bercuti semester berada di Malaysia , rumah mereka ditengelami air.

Friday, January 14, 2011

Kuda paling kecil di dunia

Kuda Cilik, imut dan mungil besarnya lebih besar sedikit dari kucingSecara kebetulan kuda kecil ini diberi nama Koda. Tingginya hanya 59cm.
Ramai yang menyangkanya kuda mainan atau kuda yang menggunakan bateri kerana memang ukurannya begitu kecil bila dibandingkan dengan kuda normal Hanya sedikit besar dari seekor kucing atau sepadan dengan anak anjing .
Ketika baru saja lahir besarnya hanya sebesar dengan seekor kucing dan sungguh menarik perhatian orang ketika itu. Doktor haiwan yang merawatnya Karen Stephenson mengatakan bahawa walaupun “koda” berukuran kecil namun semangatnya dan kelincahannya sepadan dengan kuda dewasa.
Kuda Cilik, imut dan mungil besarnya lebih besar sedikit dari kucingAlign Left
Anda lihat perbandingannya dengan Kuda Normal

Tuesday, January 11, 2011

Ular paling besar di dunia

nullAnaconda Hijau (Eunectes Murinus) masih termasuk keluarga Boa.Ular Amerika Selatan ini termasuk ular terbesar di dunia.

Sepupunya, Phyton, mempunyai tubuh yang sangat panjang tapi dengan tubuh besarnya, anaconda hijau, nampak 2 kali lebih besar.

Anaconda Hijau dapat hidup lebih dari 29 kaki atau 8,8 meter dengan berat lebih dari 550 pon atau 227 kg dan diameter kurang lebih 12 inci atau 30 cm.

Diantara kerabat anaconda, anaconda hijau lah yang paling besar. Ukuran tubuh betinanya lebih besar daripada yang jantan.

Anaconda hidup di rawa-rawa, air yang arusnya lemah, Kebanyakan ditemui di lembah sungai Amazon dan Orinoco. Di alam rimba, makanan mereka berupa rusa, babi hutan, burung, binatang air seperti ikan.

Tubuhnya dicipta untuk mudah berjalan di air daripada di darat. Mata dan rongga hidungnya terletak di atas kepala sehingga memudahkannya untuk menyelam dan beraksi di dalam air.

Kisah seorang lelaki dan kupu-kupu

Salam,
http://budihermanto.blogdetik.com/files/2008/11/pupae.jpg

Seorang kawan sekolah penulis beritahu beliau menghadapi masalah kewangan kerana baru berhenti kerja. Bila berhenti kerja, punca rezeki dah tidak ada. Isteri tak bekerja, anak-anak kena sekolah.

Kena pindah rumah kerana tak mampu bayar sewa tinggi, cari rumah sewa yang rendah. Dah la harga barang dah naik mengila, punca pendapatan pula hilang. Sesiapa pun yang duduk tempat dia pasti akan susah hati.

Penulis simpati dengan kawan apabila beliau minta pinjam RM20 sebab nak beli tikar getah untuk rumah sewa baru. Sehingga tahap tu kesusahannya, penulis nak tolong bank in duit dekat dia tak boleh sebab bukan dalam negara.

Penulis minta tolong kawan di kawasan penulis, tolong bank in sedikit duit untuk bantu kawan sekolah tadi. Penulis minta beliau banyak bersabar dan perbanyakkan istighfar , kerana semua ini ujian Allah.

Kehidupan seseorang manusia memang berhadapan dengan pelbagai dugaan. Sama ada dugaan dalam kehidupan peribadi mahupun dugaan dalam perjuangan. Semua dugaan ini sebenarnya mempunyai hikmahnnya walaupun kadang-kadang tidak disukai manusia.

Penulis paparkan sebuah kisah yang mempunyai banyak pengajaran kepada kita yang pastinya ada menerima dugaan dalam kehidupan. Bacalah.....

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu.

Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi.

Katak terbesar di dunia

Burung helang menjadikan tikus makanannya, itu biasa terjadi dalam dunia haiwan. Tetapi, jika katak yang menjadikan tikus makanannya, itu merupakan peristiwa luar biasa.

Begitulah yang terjadi di Afrika. Katak mempunyai “hobi” memakan tikus.


Katak Afrika merupakan sejenis katak paling besar di dunia. Dengan permukaan tubuh kasar dan licin, umumnya katak jenis ini memiliki sifat agresif dan temperamen.

Karnivor amfibia itu boleh melompat sejauh 12 kaki dan memiliki gigi taring yang kuat digunakan bertarung.

Senior Tropical House Keeper di Taman Binatang Newquay, Inggeris, Dan Garrick yang setiap hari memberi makan katak raksasa menyatakan, katak Afrika merupakan sejenis katak serakah.

Monday, January 10, 2011

Kisah hidup Sang Murabbi pengasas PKS



Filem ini berkisah tentang perjalanan dakwah Ustaz Rahmat Abdullah. Berawal dari persepsi positif Ustaz Rahmat muda tentang profesi guru, yang merupakan rekfleksi cita-citanya saat masih duduk di bangku sekolah dasar. Setiap kali ditanya orang, apa cita-citanya, ia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru!. Filem tidak rugi untuk ditonton oleh pejuang jamaah Islam. Boleh ditonton di youtube.

Ust. Rahmat Abdullah Sang Murabbi Pengasas Parti Keadilan Sejahtera

SIRI 1

Ust. Rahmat Abdullah, yang seringkali dipanggil Bang Mamak oleh penduduk Kampung Kuningan ini juga dikenali dengan panggilan syeikh tarbiyah oleh jamaahnya lahir di Jakarta 3 Julai 1953.

Meskipun lahir dari pasangan asli Betawi/Jayakarta, namun ia selalu menghindari sebutan Betawi yang dianggapnya berbau penjajah Belanda.

Beliau lebih bangga menyebut Jayakarta, kerana baginya itulah nama yang diberikan Pangeran Fatahillah kepada tanah kelahirannya.

Satu sikap yang tak lain lahir dari semangat anti kolonialisme dan imperialisme, serta kebanggaan (izzah) terhadap warisan perjuangan Islam.

Pada usia 11 tahun, Rahmat kecil meneruskan hidupnya tanpa asuhan seorang ayah, kerana pada masa itu beliau telah menjadi seorang anak yatim.

Ayahnya hanya mewariskan pada dirinya perusahaan percetakan-Sablon, yang diusahakan bersama kakak dan adik untuk menampung semua perbelanjaan dan beban hidup yang mesti ditanggungnya.

Meskipun begitu, Rahmat bukanlah remaja yang cengeng. Walaupun harus bekerja membanting tulang mencari rezeki, ia tetap tidak mahu tertinggal dalam pendidikan.

Beliau memulakan pendidikan awalnya secara rasmi apabila masuk ke sekolah Dasar Negeri di Daerah Kuningan, yang pada masa itu masih merupakan perkampungan Betawi, belum ada bangunan-bangunan pencakar langit.

Ular terkecil di dunia ditemui di Pulau Karibia, Barbados

ular.jpg

Ular terkecil, itulah pandangan ilmuwan Amerika pada spesies yang ditemuinya di bahagian timur Pulau Karibia, Barbados sebelum ini. 

Ular tersebut tidak lebih empat inci atau 10 sentimeter panjangnya apabila  mencapai usia dewasa.

S. Blair Hedges, Pakar Biologi Evolusi Penn State University yang mengetuai kajian itu juga pernah menemui kadal terkecil di republik Dominika, juga katak terkecil di Kuba. 

Menurut Hedges, ular tersebut ditemui sedang hidup melata di balik batu dekat hutan Barbadia.

Sunday, January 9, 2011

Kisah seorang ulama mencari jodoh di sarang pelacuran

Salam,
Kisah seorang kiai yang mencari jodoh dari tempat pelacuran
Penulis paparkan kisah seorang ulama yang mentadbir pondok agama di Indonesia. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, inilah yang berlaku kepada ulama yang bernama Kiyai Marwan ini.

Kisah ini juga memberi iktibar kepada kita bahawa sasaran dakwah perlu meluas sehingga ke sarang pelacuran sebagaimana yang dilakukan oleh As-syahid Imam Hasan al-Banna.Bacalah......

Kiyai Marwan, adalah seorang ulama dari Nganjuk. Kiyai ini sudah hampir umur lima puluh tahun usianya, tetapi masih membujang.

Keinginan untuk mempersiapkan diri sebagai ulama sehingga tidak menghiraukan urusan dunia termasuk wanita, menyebabkan beliau membujang sehingga hampir umur 50 tahun.

Namun, soal keperluan tuntutan nafsu syahwat, tetap menganggunya setiap hari. Tambahan memikirkan, siapa yang akan meneruskan pondok agamanya sekiranya beliau tidak ada waris atau anak lelaki.

Dengan segala kekurangan pada diri sendiri dan gemuruh jiwanya, akhirnya Kiyai Marwan melakukan istikharah, memohon petunjuk kepada Allah, siapa sesungguhnya wanita yang menjadi jodohnya?

Beliau mendapat petunjuk dalam istikharahnya. Petunjuknya ialah agar Kiyai Marwan pergi ke sebuah tempat pelacuran terkenal di daerahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...