Assalam,
Penulis mendengar temubual seorang mufti sebelah utara yang
memberi ulasan tentang pengkhianatan politik kerajaan baru PN. Bila mendengar
ulasan mufti penulis terus teringat satu perkataan iaitu psyche.
Psyche (baca saiki) adalah dari perkataan Greek membawa
erti kehidupan dan ruh dalaman yang menggambarkan diri seseorang atau 'self' .
Perkataan ini kemudiannya dipakai untuk menjelaskan
keseluruhan keadaan minda manusia secara sedar atau tidak. Ia juga mewakili
aspek minda kelompok yang mempunyai kuasa mempengaruhi pemikiran, tingkah laku
dan keperibadian seseorang.
Psyche dengan itu boleh dianalisis dari kata-kata,
tingkah-laku yang menterjemahkan apa yang didalam diri seseorang hasil minda
dalamannya yang berlaku samada secara sedar atau tidak.
Tingkah laku dan pertuturan adalah secara zahir boleh
menggambarkan pscyhe individu yang mewakili kelompok yang punya psyche yang
sama. Ini adalah Psyche kelompok.