Salam
Dah lebih lima bulan penulis tak tinggal bersama
isteri dan anak-anak. Jika dulu, penulis balik dua minggu sekali ke kawasan.
Sekarang , dua minggu sekali penulis balik bertemu isteri dan anak-anak.
Yang tak faham dakwah, tak faham perjuangan, tak
boleh terima tindakan penulis tinggalkan isteri dan anak-anak.
Yang faham pula anggap penulis pindah untuk lebih
senang berjuang dengan jamaah kawasan. Mereka tidak tahu tujuan sebenar penulis
pindah.
Memang bagi yang tak faham, penulis bagi alasan nak
jaga ayah dan emak yang sudah menjangkau umur 80 tahun di kampung. Sesetengah
mereka , ada yang buat fitnah adik beradik penulis yang lain tidak jaga ayah
dan emak sebab itu penulis balik ke kampung.
Mereka salah, sebenarnya selama ini adik beradik
penulislah yang banyak jaga ayah dan emak terutama kakak dan dua abang penulis
yang tinggal dekat sekitar bandar di luar kampung.
Penulis rasa jasa mereka kepada ayah dan emak lebih
daripada penulis yang selalu berjauhan sehingga beberapa tahun di luar negara.
Benar, alasan hendak tinggal bersama ayah emak
merupakan antara alasannya tapi alasan utamanya adalah kerana mahu berdakwah
supaya mereka yang selama ini tidak sujud kepada Allah agar sujud kepada Allah.
Penulis mahu laksanakan tanggungjawab berdakwah
mengajak orang kampung penulis yang tidak solat supaya solat, penulis mahu
makmurkan semula surau kampung penulis dengan solat jamaah.
Penulis bersyukur ahli keluarga penulis kekal
dengan solat. Keluarga orang kampung yang lain termasuk keluarga orang jamaah
ramai yang tidak solat , malah kalau ada yang solat , solat mereka tidak penuh.
Jika solat waktu tak penuh, boleh bayang hanya
beberapa orang sahaja yang solat Jumaat. Itupun berselang minggu. Pulak tu
solat Jumaat di masjid kampung sebelah.
Bukan penulis tidak cuba berdakwah sebelum ini,
penulis dan abang penulis pernah cuba 15 tahun lalu tapi ada halangan dari
orang Ubn yang berpaut kepada seorang Imam tua di kampung.
Walaupun Imam tua ini bermasalah, orang Ubn tidak
kisah asal boleh halang penulis jadi imam di kampung. Selepas itu, penulis
tinggal jauh dari kampung.
Balik pun sekali sekala, tapi penulis tak tinggal
jamaah di kampung. Bila masa dekat raya, penulis salurkan bantuan kepada orang
kampung susah atas nama jamaah. Bila masa pilihanraya, penulis bagi bendera dan
poster untuk orang jamaah pasang di kampung.
Sejak pertengahan bulan enam penulis pindah ke
rumah orang tua penulis di kampung. Kebetulan pula Imam tua harapan orang Ubn
baru saha meninggal dunia. Orang Ubn terkejut bila tengok penulis ke surau
semasa kuliah seorang ustaz Ubn.