Di zaman pemerintahan Saidina Umar, empat orang
sahabat Nabi Muhammad telah datang kepada Amirul Mukminin untuk mengadu
hal. Mereka adalah Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas, Salman
Al-Farisi dan Abu Sufyan, bangsawan Arab yang sangat terkenal.
Apabila
Saidina Umar membuka pintunya untuk tetamunya, beliau memanggil Bilal
dahulu, setelah selesai urusannya dengan Bilal beliau memanggil Saad dan
seterusnya Salman Al-Farisi. Akhir sekali adalah Abu Sufyan.
Dalam
diam, Abu Sufyan berasa marah kerana beliau adalah orang yang terakhir
dipanggil dan terpaksa menunggu lama. Padahal seluruh tanah Arab tahu
bahawa beliau adalah dari golongan bangsawan yang kaya lagi mulia di
tanah Arab pada ketika itu.
Setelah
bertemu Saidina Umar, Abu Sufyan telah mengadu halnya kepada Saidina
Ali. "Mengapa Bilal si hamba yang hitam itu terlebih dahulu dipanggil
oleh Umar? Tidakkah Umar mengetahui bahawa akulah yang lebih mulia?
Saidina Ali menjawab, "Semasa Israk Mikraj Nabi Muhammad ke langit,
Rasulullah terdengar bunyi tapak kaki". Rasulullah bertanya kepada
Jibrail, "Bunyi tapak kaki siapakah itu wahai Jibrail". Jibrail
menjawab, "Itulah bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga".
Dengan
tenang Saidina Ali bertanya Abu Sufyan, "Adakah Rasulullah mendengar
bunyi tapak kaki mu wahai sahabatku". Abu Sufyan hanya mampu
mengelengkan kepala. "Sebab itu Bilal lebih mulia dari kamu!". Saidina
Ali menambah.
"Bagaimana pula dengan
dengan Saad bin Abi Waqas, bukahkah di cuma seorang anak kepada hamba?"
kata Abu Sufyan yang masih tidak berpuashati dengan Saidina Umar.
Saidina Ali berkata, "Takkala ibu Saad mengetahui tentang pengislaman
Saad, ibunya telah berasa malu dan memberi tahu Saad yang beliau tidak
makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan ajaran Nabi Muhammad".