Apabila ada sahabat yang bertanya, macam mana jamaah kawasan
penulis boleh menang dan tambah majoriti sedangkan kawasan penulis mempunyai
pengundi Melayu yang tinggi majoritinya. Penulis bagi tahunya, sebab jamaah
kawasan penulis jaga cawangan dan sentiasa tambah ahli. Bila itu dilakukan undi
tegar jamaah akan bertambah, undi atas pagar akan mengurang.
Sesetengah kawasan anggap pengurusan cawangan dan penambahan
ahli tak penting. Banyak kawasan yang berterabur pengurusan cawangan dan
keahliannya. Jika tak percaya, pergilah ke Pejabat Agung kemudian semak
pengurusan cawangan dan keahlian setiap kawasan.
Ada kawasan yang memberi penekanan kepada kerja-kerja
pilihanraya tetapi terlupa tentang kepentingan menambah cawangan dan ahli. Ada
juga kawasan yang banyak program tarbiyahnya tetapi tarbiyahnya itu tidak
disertai dengan pengamalan. Tarbiyah ok, cawangan lingkup, ahli tak bertambah.
Bila berakhir pilihanraya , maka semua buat post mortem dan
terdengarlah suara-suara pimpinan jamaah menyeru ahli memperkasakan parti. Sudah ada yang mula bercakap pentingnya
penambahan cawangan dan ahli. Baguslah jika disertai dengan tindakan dari
pimpinan yang bercakap, malanglah jika hanya bersemangat bercakap tetapi tiada
tindakan.Selepas ini, penulis harap tiada lagi YDP kawasan , pimpinan Negeri dan Pusat cakap berdegar-degar di hadapan pimpinan dan ahli bawahan supaya memperkasakan parti. Namun, bila semak di Pejabat Agung status cawangan dan keahlian di kawasan yang mereka pimpin. Jawapannya, sungguh mengecewakan.
Penulis tidak cakap kosong kerana penulis tahu kawasan mana
terutama di Perak yang bermasalah. Jika nak tahu lanjut, pergilah semak di
Pejabat Agung.