Sejak lama para ilmuwan bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina.Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut penyelidikan tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu aslinya.
Para ilmuwan mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam memproses tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi perkara yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang ditinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual atau olahan tanah liat.
Dan dalam penyelidikan yang diterbitkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Ini kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam dan berhasil membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat.
Kemudian olahan itu dituangkan dalam
tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah
diolah menurut ukuran yang diinginkan tersebut dibakar, lalu diletakkan
di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.