Alam memang indah, tetapi juga dapat membahayakan dan kadang-kadang,
benar-benar buruk. Berikut adalah daftar 10 cara paling mengerikan
di mana haiwan dapat membunuh anda.
10. Disambar elektrik
oleh belut elektrik
Belut elektrik adalah salah ssatu jenis penghuni bahaya di sungai Amerika
Selatan. Bukan hanya satu, tapi tiga organ khusus untuk menghasilkan
arus elektrik cukup kuat (600 volt, kadang-kadang lebih) cukup untuk menjadikan pengsan atau membunuh manusia dewasa.
Perkara ini diyakini sebagai
penjelasan bahawa banyaknya orang hilang yang sedang berenang di sungai
Amazon dan Orinoco, disebabkan kerana mereka menjadi terkejut
oleh belut elektrik lalu tenggelam. Banyak dari kematian ini sering
disalahkan pada serangan oleh haiwan pemangsa seperti piranha atau
caiman.
9. Tercekik
oleh python / anaconda
Phyton dan anaconda tidak berbisa. Haiwan ini mempunyai gigi yang sangat
tajam untuk mencengkam mangsanya, tetapi bergantung pada pembelitan untuk membunuh.
Ini bererti, haiwan ini melilit mangsa dan
melemaskan sehingga mangsa yang malang tidak mempunyai ruang untuk bernafas.
Setiap kali mangsa cuba menarik nafas, ular mencengkam lebih kuat..
Lilitan mematikan ini begitu kuat sehingga darah tidak boleh
mengalir.
8. Ditenggelamkan dan dikoyak
oleh buaya
Di antara haiwan pemangsa besar, buaya adalah yang membunuh sejumlah
besar orang setiap tahun. Haiwan ini sering dikatakan beberapa binatang
yang melihat manusia masih sebagai mangsanya.
Buaya mempunyai teknik
membunuh yang terkenal, iaitu “putaran maut”. Buaya memegang mangsanya
dengan rahangnya (biasanya leher), menyeretnya ke dalam air dan
memutarkan tubuhnya, ini biasanya cukup untuk memotong-motong tubuh mangsa yang malang.
Bahagian yang paling menakutkan adalah bahawa buaya benar-benar tidak
peduli jika mangsa masih hidup atau mati ketika mulai memakannya.
7. Digigit menembus otak
oleh jaguar
Cara membunuh jaguar berbeza dengan keluarga lainnya sesama kucing
ataupun singa, yang biasanya menggigit leher mangsa sehingga
mematahkannya , melainkan menggigit melalui tengkorak dan menembus
otak, menyebabkan kematian mangsa .
Ini kerana taring panjang
dan tebal, dan rahang sangat kuat untuk melakukan tindakan ini (sebenarnya,
gigitannya lebih kuat dari pada singa atau harimau itu, relatif
terhadap ukurannya).