Saturday, July 7, 2012

Doa restu seorang ibu


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgarQQUAn15vQPArD6E1bY0D885wtDOJMWWDATdpM6nFZE0RU_WLqal39qnFxLFz-ynPUqTDOQQzPbbz2RR7nXxodOs375J_ajs4PX6XUa6dquktZEON9B4D1JFLUA2r5tLm20f5d9TsQk/s1600/doahar5.gifSejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.


Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Thursday, July 5, 2012

Tulahan : Semakin hari Najib tangguh, semakin kuat gelombang rakyat mahukan pilihanraya


Salam,

http://greencastle.files.wordpress.com/2012/06/hijau1jun.jpgBahang pilihanraya makin panas malah makin lama Najib menangguhkan pembubaran parlimen, semangat rakyat semakin membuak-buak marahkan Umno/Bn. 

Sahabat jamaah dari kawasan bagi tahu penulis, setiap aktiviti yang jamaah kawasan anjur mendapat sambutan luar biasa. Jika dulu ceramah yang menarik kehadiran ramai hanya jika penceramah popular PR yang datang ceramah.

Namun sekarang, letaklah siapa pun penceramahnya. Rakyat akan keluar untuk memenuhi kawasan ceramah. Bukan hanya ceramah perdana, ceramah kelompok pun boleh capai kehadiran lebih 500 orang. 

Baru ini, jamaah kawasan ada buat program tarbiyaah Solat Hajat dan Tahlil Perdana. Dulu program tarbiyah begini kurang sangat sambutannya, tapi baru-baru ini belum pun sampai tarikh program dah penuh penyertaannya. Inilah gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno/bn.

Bukan hanya di kawasan penulis, malah di seluruh negara. Dari utara Perlis sehingga selatan Johor, himpunan hijau catat kehadiran luar dugaan. Tak pernah kehadiran sebegitu ramai sebelum ini di Johor, tak pernah seramai itu di Pahang. 

Itu di negeri kubu Umno, jangan cakap la di negeri kubu jamaah  seperti  Kelantan , Kedah, Terengganu . Terengganu antara yang nampak jelas lonjakan rakyat menolak Umno/bn, hanya tunggu bubar parlimen sahaja untuk jamaah kuasai Terengganu.

Maknanya, selagi Najib tangguh bubar parlimen, semakin kuat gelombang rakyat bersama PR. Rakyat sudah tidak sabar menunggu tarikh mengundi untuk jatuhkan Umno/bn. 

Ini semua dalam pengetahuan Najib. Maklumat perisikan yang Najib terima mengerunkannya, sebab itulah tarikh pembubaran parlimen sentiasa ditangguh bagi mencari jalan menghalang gelombang rakyat atau sekurang-kurangnya meredakannya.

Wednesday, July 4, 2012

Kisah pemerintah umat Islam menjadi kuli di pasar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFmebh7NWETL_xJGUqxs9wIke1yFu7DEQV4vZMYpSnSZ2Jhy2fYkrBgPw_Pt821SkGon33NIvsGkWUqSurcH9anp3oBBpTT1wCBveQv1buX0cfFiDLMmFv5YL5Ii7Su1-8vNZSUwDYtYg/s1600/umar-2.jpgDi antara banyak peperangan yang paling dahsyat adalah Perang Khandaq. Semasa itu kaum Yahudi Madinah melakukan pengkhianatan dengan musyrikin Mekah yang terdiri atas berbagai golongan, dan bergabung menjadi satu untuk menghancurkan umat Islam di Madinah.

Halangan dilakukan oleh tentara gabungan itu, didukung dengan sabotaj dari dalam oleh orang-orang Yahudi. Umat Madinah sudah mulai dihinggapi kelemahanan dan putus asa, kelaparan dan kehilangan semangat, sementara setiap masa tentera musuh bakal menyerbu dengan sengit.


Dalam kekalutan itulah muncul satu nama ke permukaan, nama yang tadinya tidak terlalu diperhitungkan milik seorang mualaf muda kelahiran negeri Parsi. Ia adalah Salman yang dikenali al Farisi sesuai tanah tumpah darahnya. Pemuda ini menyarankan agar digali parit panjang dan dalam mengelilingi kota Madinah.


Rasulullah menyambut cadangan itu dengan gembira. Dan itulah awal kebangkitan semangat umat Islam untuk mempertahankan kedaulatannya dan awal kehancuran musuh-musuh umat Islam.


Sejak itu nama Salman al Farisi meningkat naik. Di zaman pemerintahan Umar bin Khattab, Salman mendaftarkan diri untuk ikut dalam ekspedisi ketenteraan ke Parsi. Ia ingin membebaskan bangsanya dari genggaman kezaliman Kisra Empayar Parsi yang mencekik rakyatnya dengan penindasan dan kekejaman. Untuk membina istana Iwan Kisra sahaja, ribuan rakyat jelata terpaksa dikorbankan, tidak setitik pun rasa kasihan terselit di hati sang raja.


Di bawah pimpinan Panglima Sa’ad bin Abi Waqash, tentera muslim akhirnya berhasil menduduki Parsi, dan membawa rakyatnya dengan bijaksana menuju kedamaian Islam. Di Qadisiyah, keberanian dan keperwiraan Salman al Farisi sungguh mengagumkan sehingga kawan dan lawan menaruh menaruh hormat padanya.


Tapi bukan itu yang membuat Salman menitiskan air mata keharuan pada waktu ia menerima kedatangan utusan Khalifah dari Madinah. Ia merasa jasanya belum sebesar mana, namun Khalifah telah dengan teguh hati mengeluarkan keputusan bahawa Salman diangkat menjadi amir negeri Madain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...