Salam,
Apabila resolusi ini dikeluarkan, memberi makna Dewan Ulama melihat kerjasama PAS dalam PR menjadi punca merosotnya undi Melayu pada Pru 13. Benarkah?
Penulis mengakui bahawa memang undi Melayu
kepada PAS merosot, bahkan bukan sahaja PAS tetapi juga parti-parti dalam PR.
PKR kehilangan kerusi di banyak kawasan disebabkan faktor ini contohnya Dun
Behrang, Dun Kulim ,parlimen Bagan Serai dan Kulim Bandar Baru.
Undi Melayu yang merosot ini berlaku
apabila pengundi atas pagar Melayu di luar bandar telah beralih undi kepada BN.
Pun begitu tidak boleh dikatakan semua pengundi atas pagar beralih kepada BN
kerana pengundi atas pagar Melayu di bandar masih kekal mengundi PR. Faktor
inilah yang menjadi punca BN kalah teruk di Selangor.
Kecondongan pengundi atas pagar memberi
undi kepada mana-mana parti banyak bergantung kepada isu yang dibawa parti
politik dan ketersampaian maklumat kepada mereka. Jelas BN masih menguasai
pengundi atas pagar di luar bandar kerana maklumat dan isu yang di canang oleh
BN diterima sepenuhnya oleh pengundi luar bandar.
PR masih gagal menangkis semua serangan
berterusan BN sehingga menyebabkan pengundi atas pagar percaya dengan
proraganda BN ditambah dengan pelbagai pemberian menjelang pilihanraya termasuk
BR1M.
Parti yang paling teruk menerima kesan
akibat sokongan kepada BN di luar bandar adalah PAS. PKR kurang kerusi luar
bandar berbanding PAS kecuali di Sabah dan Sarawak.
Berbeza dengan pengundi atas pagar di
bandar yang mampu membuat perbandingan antara BN dan PR kerana mudah menerima
maklumat melalui internet.