Salam,
Sebelum PRU 13, sudah dapat diramal
kecondongan pengundi Melayu, Cina dan India. Penulis ada membuat analisis
ramalan penulis bagi negeri Johor
, Perlis,Melaka, N.Sembilan,Pahang dan Terengganu.
Bagi kesemua analisis ini, penulis
mengandaikan pengundi Cina akan memberi undi kepada PR sehingga 80 % untuk
calon DAP, 60 -70% untuk calon PKR dan PAS.
Pengundi India pula , penulis andaikan akan menurun sokongan kepada PR
kepada 50% ke bawah.
Manakala pengundi Melayu, penulis andaikan
sokongan akan menurun sedikit sahaja kepada PR. Kemenangan PR terutamanya PAS ,
banyak bergantung kepada berapa banyak undi Melayu yang diperolehi. Jika
sokongan di atas 40 % , kerusi berkenaan
ada peluang dimenangi jika undi orang Cina tinggi kepada PAS.
Keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan orang
Cina kepada PR tinggi mencapai 75% ke atas bukan sahaja kepada DAP tetapi untuk
PAS dan PKR. Sokongan orang India pula ternyata menurun kepada 55% ke bawah.
Andaian penulis undi Melayu akan menurun
sedikit ternyata tersasar kerana undi Melayu menurun dengan banyak terutama kerusi di
luar bandar. Apabila pengundi atas pagar luar bandar telah mengundi BN berlaku
lonjakan yang besar pertambahan undi Melayu kepada BN.