Salam,
Dua hari selepas PRU 13, penulis buat
analisis keputusan peti undi kampung penulis. Hanya bertambah 1 undi berbanding
pilihanraya sebelumnya. Bn tambah majoriti hampir dua kali ganda berbanding pilihanraya
sebelumnya.
Bila penulis buat semakan kenalpasti
pengundi, didapati ramai pengundi yang undi Pas semasa pilihanraya dulu mengundi bn kali
ini. Mereka ini adalah kumpulan pengundi atas pagar yang ada di mana-mana peti
undi di seluruh negara. Pengundi India di peti undi kampung penulis juga
dikenalpasti mengundi Pas hanya 40 % berbanding 60 % pada pilihanraya lalu.
Penulis bandingkan keputusan di peti undi
Melayu kawasan penulis. Keadaannya sama, undi Pas bertambah tapi undi bn bertambah
lebih besar dan majoriti undi Pas menurun hampir di semua peti undi Melayu.
Selain Terengganu, jelas di negeri lain pengundi
atas pagar Melayu di luar bandar pada PRU 13 telah kembali semula kepada bn setelah
memberi undi kepada parti-parti dalam PR pada PRU 12. Itulah sebabnya, ramalan
PR akan menang di kerusi majoriti lebih 65% Melayu tidak menjadi kenyataan.
Pas hanya menang jika undi Melayu kepada Pas
melebihi bn, bila ditambah undi orang Cina maka Pas menang termasuk di kawasan
penulis. Kerusi-kerusi lain yang undi Melayu kepada Pas hanya mencapai 40 % ke
bawah, Pas tewas dengan majoriti kecil walaupun undi orang Cina kepada Pas cukup
tinggi.
Inilah pentingnya pendaftaran pemilih baru
dikalangan anak ahli dan penyokong Pas bagi menambah pengundi tegar Pas. Pas
kawasan penulis membuat kerja ini sebaik PRU 12 berakhir, ribuan yang
didaftarkan. Pengundi baru inilah yang menampung lompang ditinggalkan pengundi
atas pagar yang lari ke bn.
Ini juga sebabnya, walaupun undi bn
bertambah akibat penambahan pengundi atas pagar. Undi Pas setiap peti undi di
kawasan penulis juga bertambah kerana daftar pemilih yang dibuat oleh Pas
Kawasan.
Mengapa Pas kawasan lain yang juga banyak
membuat daftar pemilih tetap tewas? kerana pemilih baru yang didaftarkan tidak
dapat menampung lompang yang ditinggalkan pengundi atas pagar. Kawasan ini
mempunyai pengundi sedia ada Pas yang kecil.
Penulis bagi contoh Dun Rungkup yang
mempunyai 23% peratus pengundi Cina, 9 % India dan 66 % Melayu masih tewas majoriti
613 undi berbanding majoriti 454 pada PRU 12. Berbeza dengan Dun Titi Serong
Rungkup yang mempunyai hanya 17% peratus pengundi Cina, 8 % India dan 75 %
Melayu menang dan bertambah majoriti dari 1149 pada PRU 12 kepada 1794 pada PRU
13.
Dun Titi Serong menang kerana pengundi
sedia ada Pas besar berbanding Dun Rungkup. Sekalipun Dun Rungkup juga mungkin
mendaftar pemilih baru yang banyak seperti Dun Titi Serong. Undi kepada Pas di
peti undi Melayu Dun Rungkup masih tidak mampu mengatasi undi bn berbeza dengan
Dun Titi Serong.
Bagaimana nak tambah pengundi sedia ada Pas
? Disinilah dapat dilihat kepentingan cawangan Pas yang banyak dalam satu-satu
dun, selain penambahan ahli baru Pas.
Justeru, jika nak tambah pengundi sedia ada
Pas, Pas mana-mana kawasan perlu menambah seberapa banyak cawangan dan ahli baru
Pas terutama mereka yang berada atas pagar.
Selain itu, cawangan Pas sedia ada perlu
diaktifkan dan ahli baru Pas mendapat penerangan dan tarbiyah secara langsung
atau tidak langsung dari Pas. Ahli baru Pas yang berada dalam persekitaran Pas melalui
penerangan dan tarbiyah akan kekal menyokong Pas tidak seperti pengundi atas
pagar.
Pas kawasan yang mempunyai jumlah cawangan
yang kecil bukan sahaja bermasalah untuk menubuhkan Unit Peti Undi (UPU).
Malah, akan gagal menguasai pengundi atas pagar yang dikepung dengan sumber
maklumat hanya dari bn.
Penulis ambil contoh Perak, kecuali Dun Sg
Rapat yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu 41 %, Melayu 59%, Pas menang
di 4 kerusi dun lain kerana pengundi sedia ada Pas di dun-dun ini besar.
Pun begitu kerusi-kerusi yang majoriti
pengundi Melayu 85 % ke atas , cawangan yang banyak juga ada tidak mampu menyaingi
lonjakan undi atas pagar kepada bn. Contohnya, Baling yang mempunyai pengundi Cina
hanya 5% , ratusan cawangan tetap gagal mempertahankan kemenangan.
Akibat pengundi atas pagar Melayu di luar
bandar lari ke bn pada PRU 13, ramai yang menyimpan impian ‘Sebelah Kaki ke
Putrajaya’ terpaksa menangguhkan impian hingga PRU 14. Itupun jika, pengundi
Cina kekal bersama PR dan pengundi atas pagar Melayu di luar bandar kembali
mengundi PR.
Trend pengundi atas pagar luar bandar
Melayu di luar bandar jika ikut teori layunan sepatutnya menyebelahi PR pada
PRU 14.
PRU
|
Sokongan
Pengundi Atas Pagar di Luar Bandar
|
Kesan
|
PRU 1990
|
Pembangkang
|
Pas
rampas Kelantan
|
PRU 1994
|
bn
|
Pas
hilang banyak kerusi Parlimen dan kerusi dun di Kelantan
|
PRU 1999
|
Pembangkang
|
Pas
menang banyak kerusi parlimen, kukuh di Kelantan dan rampas Terengganu
|
PRU 2004
|
bn
|
Pas
hilang Terengganu , hanya beza 2 kerusi dengan bn di Kelantan
|
PRU 2008
|
Pembangkang
|
Bn
hilang majoriti 2/3 di parlimen, PR kekal Kelantan, rampas 4 negeri dan
Wilayah
|
PRU 2013
|
bn
|
Impian
PR rampas Putrajaya tertangguh
|
PRU 14
|
?
|
Sungguhpun begitu, trend ini janganlah
dijadikan angan-angan oleh PR. Kemenangan akan tertangguh lagi jika banyak
perkara tidak diselesaikan. Jangan dok ada berangan ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’,
tup-tup bila mai PRU 14 , meleleh air liur dan menitik air mata tengok bn dok
kampui lagi.
Mengapa pengundi atas pagar luar bandar
Melayu di luar bandar menyokong bn pada PRU 13? Ada sebabnya……..
Wassalam
No comments:
Post a Comment