Salam,
Kemenangan jamaah di dun dan parlimen dalam
kawasan penulis cukup bermakna kepada petugas jentera pilihanraya kawasan yang
telah bergerak aktif sejak berakhir pilihanraya 2008.
Walaupun penulis bukanlah di antara mereka
sepanjang lima tahun kerana berada di luar negara, namun penulis dapat
merasakan kepuasan mereka menerima keputusan ini.
Penulis bersyukur kerana pilihanraya
berlaku semasa penulis sudah pulang ke tanah air. Dapatlah penulis bantu
jentera kawasan sekadar yang mampu. Bantu mana yang lemah, bagi pandangan yang
membantu berdasarkan pengalaman penulis dalam pilihanraya lalu.
Penulis dapat juga bantu jentera UPU
kampung penulis yang tak bergerak jika penulis tak balik. Adalah juga
pertandingan bendera dan banner di kampung, dapatlah atur petugas untuk PACA di
Pusat Mengundi di kampung.
Tak sentiasa berada dalam kawasan kerana
terpaksa masuk berkerja semula. Walaupun begitu sepanjang pilihanraya , penulis
memang terlibat terus dalam jentera. Ramai yang menyangka penulis berada dalam
kawasan sedangkan penulis berada di luar kawasan.
Penulis terima tugas yang diarah
menguruskan perjalanan ceramah kelompok di dua lokaliti setiap malam sepanjang pilihanraya. Penceramah yang
diundang pun ada yang tidak tahu , penulis berada di luar kawasan kerana penulis
tak bagi tahu.
Ada pandangan yang mengatakan ceramah
kelompok tak penting, tapi bagi penulis ceramah kelompok cukup penting jika
ceramah berkenaan diadakan di tempat-tempat yang majoritinya pengundi biru dan
atas pagar.
Jentera kawasan penulis mengatur ceramah
kelompok bukan menyerahkan kepada UPU. Tindakan ini cukup mengaktifkan
perjalanan ceramah kelompok setiap malam sepanjang pilihanraya.
Sesetengah kawasan menyerahkan tugas
mengatur ceramah kelompok kepada UPU. Kesannya, hanya UPU yang kuat dan aktif
sahaja mampu mengatur ceramah kelompok, UPU yang lemah sepanjang pilihanraya tidak
mampu atur walaupun satu ceramah kelompok.
Namun , jentera kawasan penulis bukan hanya
aktif mengadakan ceramah kelompok tapi babitkan semua jentera kempen. Malah,
cara berkempen kali ini mungkin ada yang berbeza dengan kawasan lain.
Pembentangan manifesto di pasar awam, pekan
sehari dan pasar malam mungkin tidak dilakukan di kawasan lain, tapi cara
berkempen sebegini meningkatkan keyakinan pengundi kepada calon jamaah.
Semua peringkat jentera aktif membantu , dari
peringkat kawasan, pemuda, muslimat, Unit Amal, Ameerah, Nisa’ hingga ke
peringkat UPU. Walaupun ada yang cuba
melemahkan semangat berjuang mereka , namun mereka tidak mudah lemah untuk
terus berjuang.
Penulis terkesan cubaan melemahkan jentera
beberapa hari selepas penamaan calon. Memang sebelum ini, banyak tohmahan
kepada calon dun kononnya tidak senyum, tua, tidak mahu bersalam. Mereka mula
mencongak bahawa jika letak calon dun ini maka keadaannya 50:50.
Bila tahu calon dun parti lawan, mereka
terus mencongak ikut hati mereka bahawa calon dun jamaah akan kalah kerana
calon dun lawan seorang yang disukai pengundi, mesra dengan semua orang
walaupun berlainan parti.
Enam hari sebelum pilihanraya, penulis
balik ke kawasan pergi tinjau beberapa UPU. Dengar cakap-cakap petugas,
kemudian penulis dengar dari AJK Kawasan bahawa keadaan pada masa itu 68:32
berpihak kepada calon dun lawan. Penulis tanya AJK Kawasan dari mana mereka
dapat data itu? Dia kata SB yang bagi.
Penulis marah kepada AJK Kawasan yang
sebarkan berita SB ini kepada petugas di UPU sehingga melemahkan semangat
mereka bekerja. Ada antara mereka yang kata, berita ini akan mengaktifkan
jentera UPU menarik pengundi mengundi jamaah.
Penulis bagi tahu, jika nak kuatkan UPU
bekerja tarik pengundi bukan sebarkan secara umum berita begini. Malah yang
sebarkan berita AJK Kawasan sendiri, UPU akan terima bulat-bulat apa yang
dicakapkan AJK kawasan . Semangat mereka akan lemah bila terima berita
sebegini.
Berita melemahkan ini bukan sahaja akan
melemahkan jentera malah melemahkan semangat pengundi yang sudah berniat mengundi
jamaah. Inilah yang lawan mahu.
Jika nak minta UPU tambah pengundi tumpu
terus kepada UPU terbabit, bagi tahu berapa bilangan pengundi yang perlu dicari
lagi oleh UPU berkenaan. Bukan sebar berita secara terbuka kepada semua UPU seolah-olah
berita itu benar.
Sehinggakan calon dun pun penulis nampak gelisah
bila berita ini disebar begitu rupa. Penulis jumpa dengan calon dun bagi
tahunya jangan percaya dengan berita-berita khabar angin. Yakinkan beliau
dengan fakta undi yang pernah penulis bagi tahunya bila berjumpa semasa penulis
balik bercuti dari luar negara.
Penulis dah bagi tahunya fakta undi pilihanraya
lalu bahawa undi orang Melayu jamaah menang. Sebelum ini kalah kerana undi
bukan Melayu tak beri kepada jamaah. Jika undi bukan Melayu beri dah banyak
kali jamaah menang.
Fakta ini bukan sahaja pernah penulis bagi
kepadanya, sebelum berangkat ke luar negara penulis dah bagi kepada jentera
kawasan supaya mereka tidak terpengaruh dengan propaganda saraf yang
melemahkan. Namun, mungkin keadaan semasa yang menyebabkan mereka terpengaruh
dengan berita saraf ini.
Penulis minta calon dun jangan risau dengan
undi Melayu dan minta beliau panggil TPJ 1 datang ceramah untuk tingkatkan undi
bukan Melayu. Penulis puji calon dun kerana terus angkat telefon TPJ 1 minta
tolong ceramah di kawasan.
Dua malam sebelum pilihanraya TPJ 1 turun
berceramah di lokaliti bukan Melayu dan
cukup berkesan meningkatkan undi bukan Melayu. Penulis juga puji kerajinan dan
kesungguhan calon dun berkempen hampir ke setiap rumah orang India bersama
jentera kempen kawasan.
Penulis minta SU jentera berbuat sesuatu melalui
facebook dan sms untuk pulihkan semula semangat petugas dan pengundi. Syukurlah
, tiga hari sebelum pilihanraya berita 68:32 sudah tidak lagi dipercakapkan oleh
petugas dan pengundi .
Hari mengundi , sebelum mengundi penulis
lawat beberapa pusat mengundi. Bila lawat pusat mengundi Cina , penulis lihat
sokongan luar biasa orang Cina berhimpun memberi sokongan di luar pusat
mengundi.
Penulis dah dapat keyakinan calon jamaah
akan menang kerana tahu undi Melayu tetap akan dimenangi jamaah. Pun begitu
penulis, tetap hubungi petugas banyak UPU untuk pastikan semua pengundi jamaah
keluar mengundi.
Bila keputusan diperolehi , ternyata
seperti yang penulis jangka calon jamaah masih kekal menang undi orang Melayu
walaupun peratusnya menurun. Jumlah undi orang Cina pula melonjak melebihi peratus
yang diterima pada pilihanraya 2008.
Undi orang India berkemungkinan 50:50 dilihat
dari sokongan mereka di pusat mengundi .Petugas hindraf juga tidak berkempen
menentang jamaah di kawasan kerana bagi mereka servis wakil rakyat jamaah
kepada orang India baik. Mereka sebaliknya berkempen menentang calon PR di dun
dan parlimen jiran walaupun mereka sendiri pengundi di kawasan penulis.
Kemenangan menambah majoriti menutup sementara
mulut mereka yang memperkecilkan keputusan jamaah kawasan memilih calon dun. Menutup
sementara mulut individu yang sering mengkritik jentera kawasan, kononnya tidak
bergerak, tidak tahu buat kerja, tidak ada strategi dan macam-macam.
Strategi memperkenalkan calon dun setahun
setengah sebelum pilihanraya sebenarnya cukup memberi kesan kerana mampu
menutup kelemahan wakil rakyat sebelum ini.
Walaupun di hari pilihanraya ,
lawan masih cuba menonjolkan kelemahan wakli rakyat lepas, namun tidak memberi kesan
yang besar kerana calon dun sudah turun awal bertemu pengundi.
Selain bersyukur kepada Allah, tahniah dan
pujian harus diberikan kepada jentera kawasan di semua peringkat . Semua petugas
ada sumbangan terhadap kemenangan jamaah termasuk yang menadah tangan berdoa
kepada Allah.
Mereka bekerja bukan hanya semasa kempen
pilihanraya. Mereka sudah buat gerak kerja pilihanraya sebaik berakhir
pilihanraya 2008. Daftar pemilih baru hingga capai angka ribu, siri ceramah
kelompok berterusan, sentiasa buat semakan pemilih baru dan tambahan di samping
gerak kerja kebajikan dan cakna rakyat sepanjang lima tahun.
Janganlah ada mendabik dada bahawa kerana
dialah calon jamaah menang, kerana dialah dalam masa sebulan telah mengimejkan
calon jamaah diterima pengundi. Allah Maha Mengetahui.
Penulis juga memuji petugas yang tidak
bersetuju keputusan meletakkan calon dun jamaah, namun mereka tetap bekerja
memenangkan calon dun jamaah. Walaupun
ada juga yang pergi bertugas di tempat calon yang disukai, tidak mengapa
asalkan mereka tidak melakukan sabotaj terhadap jamaah.
Piilhanraya kali ini memberi pengajaran
kepada kita, bahawa tidak semestinya calon yang kita rasa calon boleh menang
akan menang dan calon yang kita rasa boleh kalah akan kalah.
Kita boleh dengan
yakin berkata, calon bukan pilihan kita akan kalah, calon kesukaan kita ‘Sebelah
Kaki Ke Putrajaya’. Hakikatnya, hanya Allah penentu segalanya.
Wassalam
No comments:
Post a Comment