Saturday, February 12, 2011

Tulahan : PAS kena wujudkan Lujnah baru kuasai media maya

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjayC1fSPo2wq67yb5VRNsBFMH1zdPbFA-dV_oGTn8E-gOdzGg4DYGL_Iwuk1BRWLbaZPeGBVcZd7Rj7T0hWMVs4TNxRXGxEWHoc1CufHRhViWoKARJEm4asdFSHCiAszqU60zCE8lW62o/s400/internet.jpg

Semalam penulis ada baca tulisan Polis Pencen mengenai kewajaran Web Rasmi Pakatan Rakyat menghadapi serangan bertali arus media massa pro BN terhadap PR. Penulis setuju dengan pandangan Polis Pencen bahawa maksimumkan peranan Harakahdaily kerana pengaruhnya besar di media maya.

Polis Pencen juga kritik laman rasmi PAS seperti Dewan Ulama dan Dewan Muslimat yang tidak dikemaskini. Malah , Polis Pencen seperti kecewa apabila mengungkapkan,

Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli.

Mungkin juga kerana Polis Pencen dah banyak menulis dan memberi pandangan membina tetapi tidak diambil perhatian mereka yang dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya, banyak laman rasmi PAS yang dibangunkan di Malaysia namun hanya beberapa sahaja yang aktif dan dikenali oleh pengunjung blog. Kenapa tak dikenali ? Sebab tak kemaskini, kalau kemaskini pun seminggu atau sebulan sekali.

Penulis senaraikan antara yang popular, Tranungkite di bawah Dewan Pemuda PAS Dungun , Buletin Online yang rasanya bawah PAS Terengganu dan Intanhijau di bawah PAS Teluk Intan.

Tranungkite memang laman popular no 1 dalam Top Ranking, Buletin Online juga ada dalam Top Ranking , Intanhijau ada dalam senarai Cenangau.

Mungkin ada yang penulis tak tahu, tapi tak mungkin pengendali Top Ranking tak tahu sebab blog-blog popular mereka masukkan dalam Top Ranking.

Pembunuh Syaidina Hamzah menebus dosa



Wahsyi bin Harb, terkenal dalam sejarah sebagai seorang hamba kulit hitam yang telah membunuh dengan kejam Sayidina Hamzah r.a., bapa saudara Rasulullah SAW.

Ketika terjadinya Perang Uhud, Hindun telah menawarkan kepada Wahsyi agar membunuh Sayidina Hamzah r.a. dan sebagai ganjarannya dia akan dimerdekakan.

Wahsyi yang memang menunggu-nunggu peluang keemasan itu telah menerima tawaran tersebut. Wahsyi segera berangkat ke medan Uhud secara sembunyi-sembunyi dan mencari-cari Sayidina Hamzah.

Akhirnya dia mengenal pasti orang yang dicari iaitu Sayidina Hamzah r.a. bapa saudara kepada Rasulullah SAW. Wahsyi mula mencari tempat yang paling strategi iaitu dengan berlindung di sebalik batu.

Friday, February 11, 2011

Ciptaan terbaru : Jam dinding guna serangga mengantikan bateri

Sekumpulan pereka dan pengkaji dari Bristol Robotics Laboratory, England berjaya membuat jam dinding yang tidak menggunakan bateri atau sumber letrik untuk bergerak.

Ia mendapatkan tenaga dari serangga yang ia “makan”.

Seperti dipetik dari Npr, 10 Februari 2011, untuk menangkap lalat, jam tersebut mempunyai perangkap yang berputar. Perangkap tersebut dilapisi madu yang pekat.

“Jam ini beroperasi seperti penangkap lalat biasa. Lalat yang tertarik akan menghampiri madu lalu mendarat di perangkap itu. Ia kemudian akan melekat di sana,” kata Chris Melhuish, pengkaji dari Birstol Robotics.

Kisah benar perempuan tua dengan lembu tua

http://2.bp.blogspot.com/_MWwAfrupOxY/TPPy9kaaOII/AAAAAAAAAIQ/74DTNL2WyT0/s1600/palestinealways2_sk.jpg

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Thursday, February 10, 2011

Kisah anak derhaka di Malaysia

TIDAK cukup mengherdik ibunya dengan panggilan �anjing� dan bapanya �b*b*�, seorang pelajar berusia 16 tahun menendang kepala bapanya ketika sujud di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan.
 
Seorang lagi anak kurang ajar mengugut untuk mengebom ibunya jika dihantar ke pusat pemulihan berikutan terjebak dengan satu kumpulan samseng yang cenderung kepada kegiatan hiburan dan dadah.
 
Manakala seorang penuntut universiti yang menghadapi masalah halusinasi akibat pembabitan dengan satu kumpulan muzik bawah tanah yang tidak mempercayai Tuhan dan dadah, terlupa bahawa ibu bapanya masih hidup sehingga tidak menziarahi mereka untuk tempoh lama. 
 
Ini bukan filem, sebaliknya kisah benar yang diceritakan tiga penghuni Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai perlakuan derhaka mereka terhadap ibu bapa sendiri.  
 
Kes 1

(Azman, 16, Kedah)

SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.  
Akibat terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah tanah dan kegiatan hidu gam, saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap kemahuan saya perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan saya mengamuk dan bertindak ganas.
 
Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya lalok (khayal) akibat hidu gam berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.  

Kisah doa seorang ibu terhadap anak yang derhaka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWHUa23MSktzDWC8v2gXR9YSAULsVmf-MSy4I2iU__KtJ_7i2G_ozEp08mvzYl24kxmUDchn4R5k7qk4xBRk1GMaeOwa75uBtQflMHukZl7flTtOZRsL-nXFRIAgJL3yTONAMkYgrEndY/s1600/crying-mother2.jpg

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan.

Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram.

Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Wednesday, February 9, 2011

Kisah ahli ibadah dan pelacur cantik

Gambar hiasan
 
Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya.

Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya:

“Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

5 isteri seksi pemimpin dunia

1. Mehriban Aliyeva ( Azerbaijan )

Mehriban Arif Qizi Aliyevaborn lahir pada 26Ogos 1964, di bandar Bakuis. Dia adalah seorang doktor berkualifikasi, anggota Majlis Nasional Azerbaijan, isteri presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, UNESCO Goodwill Ambassador, ketua organisasi sosial dan budaya.

Mehriban Aliyevawas lahir dalam keluarga orang pintar kerana Ayahnya, Arif Pashayev adalah putera penulis Mir Jalal Pashayev dan meraih gelaran doktor dalam fizik dan matematik pada masa ini bekerja sebagai Rektor National Academy Penerbangan di Baku.

Ibunya, Aida Imanguliyeva (1939-1992) adalah seorang filolog terkemuka dan seorang suku Arab. Pada tahun 1982, Mehriban Aliyeva lulus dari Sekolah Menengah Umum di Baku dan ia meraih medal emas untuk kejayaan menyelesaikan pengajiannya.

Beberapa bulan kemudian dia dibawa ke Universiti Kedoktoran Azerbaijan dan kemudian melanjutkan pengajiannya di Akademi Kedoktoran Sechenov Moskow, dari mana dia lulus dengan diploma kehormatan pada tahun 1988.

Mehriban Aliyeva berkahwin dengan Ilham Aliyev pada Desember 1983. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Leyla (lahir tahun 1986) dan Arzu (lahir 1989) dan seorang putera Haidar (lahir tahun 1997). Dan Puteri tertuanya Leyla menikah dengan Emin Agalarov, anak orang yang penting di Azerbaijan Rusia Aras Agalarov dan memiliki dua putera, Ali dan Mikayil.

Tuesday, February 8, 2011

Kisah orang Cina memeluk Islam 5 tahun sudah Islamkan 20 orang


Kisah benar ini amat menarik untuk penulis paparkan dalam blog ini, dan harap kita dapat manfaatkan daripada kisah ini untuk pengajaran kita bersama.Bacalah.....

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah .

Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina.

Kisah mengagumkan kehidupan Lebah Madu

Seseorang yang meneliti segala penjuru alam semesta - dari galaksi raksasa di ruang angkasa hingga mahluk hidup di alam, dan dari tubuhnya sendiri hingga sel kasat mata – akan mendapati suatu perencanaan sempurna dalam tatanan maupun rancangannya.

Setiap jengkal alam semesta dipenuhi oleh bukti yang nyata dan pasti: FAKTA PENCIPTAAN. Beragam pekerjaan yang dilakukan para hewan dan perilaku yang mereka perlihatkan, hanya mungkin terjadi karena adanya hikmah, ilmu, pengalaman dan keahlian yang luar biasa.

Pengamatan sederhana sebenarnya sudah cukup untuk memahami bahwa sifat-sifat unggul ini bukanlah berasal dari hewan itu sendiri. Indera penunjuk arah sempurna pada burung yang bermigrasi ribuan kilometer, kemegahan arsitektur jaring laba-laba, pembagian kerja dan kerjasama luar biasa dalam koloni semut, serta rancangan geometris menakjubkan pada sarang lebah madu adalah sedikit dari beragam contoh lain yang tak terhitung jumlahnya… Allah membentangkan tanda-tanda keberadaan dan kekuasaan-Nya melalui contoh-contoh ini.

Dakwah Islam dalam industri filem Hollywood

Alhamdulillah,  Dakwah Islam Kini Menjangkau Hollywood
Filem Lie to Me yang dibuat dengan supervisi organisasi Islam Amerika Syarikat
LOS ANGELES - Penganas adalah Muslim. Begitu pula sebaliknya. Itulah yang selama bertahun-tahun digambarkan dalam filem-filem keluaran Hollywood. Namun, pada masa hadapan gambaran ini perlahan-lahan akan dikikis.

The Muslim Public Affairs Council (MPAC) yang mengerakkan dakwah di antara warga perfileman Holywood.
Pengajarnya, adalah warga perfileman yang sebelumnya pernah berjaya di pentas Emmy Awward atau Academy Awward. Mereka akan mengkaji bagaimana memastikan sesebuah filem yang menggambarkan tentang Islam dibuat.

10 kisah aneh kelahiran manusia

1. Wanita yang melahirkan pada tarikh 10-10-10, 09-09-09 dan 08-08-08


Seorang suri rumah tangga Michigan merayakan kelahiran puterinya Cearra pada 10.10.10.
diikuti kelahiran anaknya pada 09.09.09 dan puterinya yang lain pada 08.08.08, kemungkinan ini terjadi 1 berbanding 50 juta.
Barbara Soper, 36, berkata: ‘Dia si kecil keajaiban kami. Meskipun pola rapi ulang tahun anak-anak mereka, Sopers berkeras itu tidak direncanakan … Barbie Soper mengatakan pada Grand Rapids Press dia gembira kerana tarikh kelahiran anaknya sangat unik untuk ketiga-tiga anaknya.

2. Bayi yang lahir jam 1:11 pada 11-1-11

Ini adalah salah satu untuk buku-buku catatan. Seorang wanita Minnesota melahirkan tepat pukul 01:11 pada hari Selasa – 11 Januari 2011.atau 11/1/11.
Amy Zeller dan Codjo Mensah dari Eagan menyambut puteri mereka, Flora Mensah, di United Hospital di St Paul. Zeller memberitahu KARE-TV bahawa mereka melihat ke klik jam bayi lahir tepat pada masa yang tepat

Monday, February 7, 2011

Muhammad Alexander Pertz: Kisah anak kecil Amerika mengenali Islam hanya melalui buku


ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.

Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan belajar azan.

Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.

Fanatik Yahudi tunjuk perasaan tidak puas hati ramai gadis Yahudi meminati pemuda Palestin

http://static.republika.co.id/images/jaffa_salah_satu_film_yang_mengisahkan_fenomena_kawin_campur_110131082155.jpg

Keluarga campuran Palestin-Israel sekarang menjadi sasaran tembak baru Israel. Akhir-akhir ini, kumpulan Yahudi nasionalis yang fanatik, mengadakan aksi demonstrasi di jalanan menentang pernikahan campuran ini.
Jumlah gadis Yahudi yang memilih suami dari kalangan Palestin makin bertambah jumlahnya di wilayah mereka.

Dalam tunjuk perasaan di Bat Yam, mereka membawa pelbagai sepanduk berupa penentangan terhadap perkahwinan campuran ini.
"Gadis Yahudi Hanyalah untuk orang Yahudi", demikian antara lain bunyi sepanduk itu.

Pasangan Yahudi-Palestin memang tidak umum di Israel. Namun jumlah mereka kini terus bertambah, kebanyakannya dari mereka yang berasal dari latar belakang liberal.

51 perkara tentang Barrack Obama Presiden Amerika


Ada manusia mengkagumi Presiden Amerika ini. Ada yang berharap beliau bukan seperti Presiden Amerika yang lain. Ada yang berfikir bahawa beliau tidak akan bermusuh dengan Islam.

Ada ketua negara yang membayar berjuta-juta wang rakyatnya kepada pelobi semata-mata hendak bertemu dengannya.

Sebelum berharap kepadanya, bacalah Lima puluh perkara tentang Barack Obama yang ditulis oleh Jon Swaine, wartawan Telegraph. Kemudian fikirlah , boleh dipercayaikah manusia ini:

1. Gemar menyimpan koleksi komik “Spider-Man” dan “Conan the Barbarian”.

2. Dikenali sebagai “O’Bomber” pada masa SMU kerana pandai bermain basket.

3. Namanya bererti “orang yang diberkati” dalam bahasa Swahili.

4. Hidangan kesukaannya adalah linguini udang masakan isterinya Michelle.

5. Meraih Grammy tahun 2006 untuk kategori versi audio bukunya, “Dreams From My Father”.

6. Bertangan Kidal, dia adalah presiden kidal ke-6 selepas perang.

7. Telah membaca semua buku Harry Potter.

8. Mempunyai satu set sarung tinju merah bertanda tangan Muhammad Ali.

9. Semasa remaja, dia bekerja di kedai aiskrim Baskin-Robbins, tapi sekarang dia sudah tidak boleh makan aiskrim lagi.

10. Kudapan kesukaannya adalah batang coklat-kacang penuh protein.

Sunday, February 6, 2011

Kenapa badan perlu disamak dengan tanah apabila bersentuh dengan anjing ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUKxNJpczdjxY8QLUBoceBBMwXScNNInD66F_NpQ5VHwO6myr4POBi92wnzBRW-JYmy7K6tS8iD6JlG-Fcnbm-BUM7UiPSMbpj5AX3i0T5k8sxTj44obvXGfFAz6yqAI5AzxYrlg_7N1AR/s320/dog-lick.jpgBagi anda yang muslim akan terkejut sedangkan perkara ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu.

Ilmuwan membuktikan bahawa Virus anjing ini sangat lembut dan kecil.

Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat pada badan manusia.
Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair. Dalam hal ini tanah berperanan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada badan. Perhatikan sabda Rasulullah berikut :
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,
Sucinya badan seseorang jika dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.


Tangan kanan tidak mampu diangkat kerana engkar ajaran Nabi Muhammad

1001 Kisah Teladan (Ambil Hikmahnya)

Kisah-kisah orang yang meremehkan atau tidak mahu menurut ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan akibat yang mereka peroleh di dunia.

Terdapat sebuah riwayat yang diriwayatkan oleh Muslim.

عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ حَدَّثَنِى إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

Dari Ikrimah bin ‘Ammar, (beliau berkata) Iyas bin Salamah bin Al Akwa’ telah berkata bahawa ayahnya mengatakan kepadanya ,ada seorang lelaki makan dengan tangan kirinya berhampiran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Makanlah dengan tangan kananmu.” 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...