Surah al Baqarah:102
Alam Malaikat adalah yang alam tinggi
di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka
dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi – al Baqarah:30
Lalu mereka berkata “mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan
memuji dan mensucikan Engkau?
Tuhan berfirman: “sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui (al Baqarah:30)
Allah telah mengajarkan Adam nama nama
benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa
sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam
mengingkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuldi dan
akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia.
Bermula kehidupan Adam dan Hawa di
dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama
Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan
bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa
keturunan Adam.
Mereka lupa tugas mereka sebagai
khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah
berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh
kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan
membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman.
Kesemua ini dicatit oleh malaikat
sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat
pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah
memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengingkari-Nya?
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika
sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga
akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengingkari Kamu.
Maka Allah berfirman lagi; Pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu.
Lalu para malaikat memilih Harut dan
Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada
Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah “Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
.
Babil atau dikenali dengan Babylon di
Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja,
arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia
berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam
separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana
mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan
didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi
manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di
Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan
keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan
kecantikan mereka berdua.
.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku
terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah
badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku!
Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak
pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan
menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan.
Tiba tiba mereka tercium aroma daging
bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera
pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke
majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera
dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu,
tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang
dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka
menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?
Lalu mereka berdua pergi duduk dekat
dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu.
Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa
kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai
sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
.
Selesai makan, mereka pun memerhati
semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di
dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan
dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama.
Itulah Zahrah ratu cantik di Babil.
Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah
melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat
dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir
membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka
mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan
berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah
dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka
memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan.
Suara iman
mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka
memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan
penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu
bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah
segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah.
Lalu mereka terus
melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis
tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah,
mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali
bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan
perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan Marut
tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah
yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan
melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu
manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah.
Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau
sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali
kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka
kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan
takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar
mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada
Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh
dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun terbenam
mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi
cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap,
kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk
menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke
atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua
makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus
menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu
dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung
kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua,
tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan
mereka.
Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan
untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan
ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik?
Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku.
Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang!
Harut; kita perlu mencari makanan.
Marut; jika kita dapat makanan
dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli
makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah,
kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup
kepada kita