Saturday, January 14, 2012

Kisah meninggalkan khianat mendapat rahmat

 http://asep4212.files.wordpress.com/2010/07/1010523_dsc04790.jpg
Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi bin Muhammad Al-Bazzar Al-Anshari berkata: "Dulu, aku pernah berada di Mekah semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu menjaganya, suatu hari aku merasakan lapar yang sangat. 

Aku tidak mendapatkan sesuatu yang dapat menghilangkan laparku. Tiba-tiba aku menemui sebuah kantung dari sutera yang diikat dengan kaus kaki yang diperbuat dari sutera juga.

Aku memungutnya dan membawanya pulang ke rumah. Ketika aku buka, aku dapatkan didalamnya sebuah kalung permata yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.

Aku lalu keluar dari rumah, dan pada masa itu ada seorang bapa tua yang berteriak mencari kantungnya yang hilang sambil memegang kantung kain yang berisi wang lima ratus dinar. 

Dia mengatakan, 'Ini adalah bagi orang yang mahu mengembalikan kantung sutera yang berisi permata'. 

Aku berkata pada diriku, 'Aku sedang memerlukann, aku ini sedang lapar. Aku boleh mengambil wang dinar emas itu untuk aku manfaatkan dan mengembalikan kantung sutera ini padanya'.

Maka aku berkata pada bapa tua itu, 'Hai, kemarilah'. Lalu aku membawanya ke rumahku. Setibanya di rumah, dia menceritakan padaku ciri kantung sutera itu, ciri-ciri kaus kaki pengikatnya, ciri-ciri permata dan jumlahnya berikut benang yang mengikatnya. 

Maka aku mengeluarkan dan memberikan kantong itu kepadanya dan dia pun memberikan untukku lima ratus dinar, tetapi aku tidak mahu mengambilnya. 

Aku katakan padanya, 'Memang seharusnya aku mengembalikannya kepadamu tanpa mengambil upah untuk itu'. 

Ternyata dia berkeras, 'Kau patut menerimanya', sambil memaksaku terus-menerus. Aku tetap pada pendirianku, tak mahu menerima.

Akhirnya bapa tua itu pun pergi meninggalkanku. Adapun aku, beberapa waktu setelah kejadian itu aku keluar dari kota Makkah dan berlayar dengan perahu. 

Friday, January 13, 2012

Solat jadikan Amanda tenang


Di suatu pagi sebelum matahari menampakkan cahaya yang warnanya keperak-perakkan itu, Amanda Gormley berdiri di ruang tamu rumahnya. Pagi itu, untuk pertama kalinya, perempuan muda ini melaksanakan solat seperti yang dilakukan oleh seluruh kaum Muslimin.

Beliau berkongsi kisah, sejujurnya pertama kali mencuba sendiri solat itu, Amanda canggung kerana tidak tahu bagaimana hendak solat dengan betul terutama dalam aspek bacaan.

Lalu cara penyelesaiannya Amanda menggunakan bantuan kad flash mengenai cara-cara bersolat dan bacaannya.

"Saya berdiri ke arah yang saya yakin adalah arah kiblat ke kota Mekah. Lalu saya meletakkan tangan kanan di dada. Sedangkan tangan kiri memegang kad yang mengandungi petunjuk solat dan surah al-Fatihah itu," ujarnya menceritakan pengalaman pertamanya bersolat.

Suku-suku kata (bahasa Arab) dirasakan begitu asing dan aneh menyekat saluran tenggorok Amanda. namun seperti tangisan yang tertahan, beliau tetap berjuang untuk mengucapkan bunyi dari suku-suku kata yang asing itu.

"Tetapi, sejurus mengucapkan bacaan dalam solat itu, saya dapat merasakan seluruh roh saya memasuki sebuah dunia yang ada di luar indera saya, menembusi dimensi ruang dan waktu, dimana tubuh membebaskan jiwa.

"Saya merasakan ketenangan, sebuah pengampunan dan kasih sayang yang begitu menyelubungi diri," katanya.

Dengan cahaya pagi pertama yang masih lembut sinarannya, Amanda rukuk lalu bersujud di lantai sambil menangis dan mengucap Subhana rabbial a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).

"Saya dapat merasakan juga benda dari sekecil-kecil dan sehalus atom juga turut ikut memuji Allah.

"Kerusi, permaidani tempat saya solat malah bayang-bayang saya sendiri pun seperti berzikir, 'segala puji bagi Allah'. Matahari dan cahayanya ikut berdoa bersama saya" ungkap Amanda.

Saat itu membuatkannya merasa seperti orang yang sangat tidak sempurna, kerdil dan punya banyak kelemahan. Namun pada saat yang sama juga, Amanda merasa dirinya diterima, diampuni, dicintai dan dikasihi.

Panglima Rom yang bertaubat

 http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248439_204917469549451_143371642370701_517456_7262134_n.jpg
Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Rom yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. 

Kedua orang panglima itu saling hampir sehingga kedua kepala kuda mereka saling bertemu. 

Kepada Khalid, George bertanya: "Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah."

"Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan," kata Khalid. 

"Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?" 

"Tidak!" Jawab Khalid. 

"Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?" Tanya George.

Khalid menjawab: "Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku "Saifullah" (pedang Allah)."

"Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?" Tanya George. "Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar." Jawab Khalid. 

George bertanya: "Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu menerimanya?" 

Wednesday, January 11, 2012

Keutamaan al Fatihah

 http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2011/09/Al-Fatihah.gif
Nama-nama lain Al-Fatihah : Fatihatul-Kitab, Ummul Kitab, Ummul-Qur'an, as-Sab'ul-Matsani, al-Qur'anul-`Azhim,asy-Syifa, dan Assaul-Qur'an.

Imam Ahmad bin Hambal r.a. meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, "Rasulullah saw. Menemui Ubai bin Ka'ab, namun dia sedang solat. 

Rasul berkata, `Hai Ubai.' Maka Ubai melirik, namun tidak menyahut. Nabi berkata, `Hai Ubai!' 

Lalu Ubai mempercepat solatnya, kemudian beranjak menemui Rasulullah saw. 

Sambil berkata, `Asalamu'alaika, ya Rasulullah.' Rasul menjawab, `Wa'alaikassalam. Hai Ubai, mengapa kamu tidak menjawab ketika kupanggil?' Ubai menjawab, `Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang shalat.'

Nabi bersabda, `Apakah kamu tidak menemukan dalam ayat yang diwahyukan Allah Ta'ala kepadaku yang menyatakan, `Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.' (al-Anfal:24)

Ubai menjawab, `Ya Rasulullah, saya menemukan dan saya tidak akan mengulangi hal itu.' Rasul bersabda, `Sukakah kamu bila kuajari sebuah surat yang tidak diturunkan surat lain yang serupa dengannya di dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan?' Ubai menjawab, `Saya suka, wahai Rasulullah.'

Tuesday, January 10, 2012

Kisah Harut dan Marut

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2w2pBvbpI8sRpUfeoubCaHJsVd7tG05du6H7hRJv3vxjjQIYEhTvK_gLeQ4e9jTm_AYshaDgsT_aKV3lwIBA9Q-3FnbjnqsVs6T0k88mSMU4u5PGoxLjWmCxJEiSA-HqwHLxYnVd7Ustv/s1600/269819_171597029571374_122207421177002_423755_4395554_n.jpg
Surah al Baqarah:102

Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi –  al Baqarah:30

Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?

Tuhan berfirman: “sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui (al Baqarah:30)

Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengingkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuldi dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia.

Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.

Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. 

Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengingkari-Nya?

Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”

Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengingkari Kamu.

Maka Allah berfirman lagi; Pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu.
Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah “Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
.
Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.

Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.

Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.
.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.

Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.

Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah
. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan.

Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.

Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?

Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
.
Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama.

Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.

Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. 

Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?

Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. 

Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.

Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.

Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah

Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.

Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan

Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. 

Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik?

Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku.
Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang!

Harut; kita perlu mencari makanan.

Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita

Sebiji epal dan seorang isteri

http://img98.imageshack.us/img98/6668/redapplewn8.jpg

Seorang lelaki yang saleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar pagar sebuah ladang buah-buahan. 

Melihat epal yang merah ranum itu tergolek di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. 

Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal yang lazat itu. akan tetapi baru separuhnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya. 

Maka ia segera pergi ke dalam ladang buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah yang telah dimakannya.

Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka terus sahaja dia berkata, "Aku sudah makan separuh dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya". 

Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya". 

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah kumakan ini." 

Pengurus kebun itu memberitahu, "Apabila engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam". 

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita dalam sabdanya : "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Monday, January 9, 2012

Biografi Nabi Muhammad membuatku memilih Islam

http://pts.com.my/script/phpthumb/phpThumb.php?src=/images/uploads/books/biografi_use2_COcrop.jpg
Saya bernama Yusuf Derbeshyre' .Sebelum menjadi Muslim, saya adalah apa yang anda boleh mengklasifikasikan sebagai "pemuda Inggeris pada umumnya".

Saya biasa pergi minum-minum pada malam Sabtu, dan semua hal semacam itu. Namun, semuanya berubah kira-kira lima tahun yang lalu, ketika saya pergi bercuti ke Greece (Yunani).

Biasanya, jika kita ingin bercuti, kita akan punya banyak buku dikemas dalam beg untuk dibaca. Maka, saya pun pergi ke sebuah kedai buku dan mencari sebuah buku yang baik. 

Ternyata, setelah melihat-lihat di kedai buku tersebut, dan saya tidak boleh menemui apa-apa yang saya anggap menarik. Saya masih memegang beg , dan ketika saya berpatah balik untuk pergi, saya mengetuk rak buku dan semua buku jatuh.

Kerana malu, saya mengambil semua buku, termasuk sebuah buku yang ditulis Barnaby Rogerson yang menuliskan tentang biografi Nabi Muhammad.

Saya membaca halaman pertama dan isinya menarik. Saya membaca halaman kedua. Membawanya ke meja bayaran, membelinya dan membawanya bercuti dengan saya.

Setelah membaca buku itu, saya fikir "Ya saya ingin belajar lebih banyak." 
Ketika saya kembali dari bercuti, saya mulai pergi ke masjid berhampiran rumah. 

Di sana, saya mengungkap niat untuk belajar lebih banyak tentang Islam. Dan Imam, yang membantu saya membaca syahadat, mengatakan "Nah, sejujurnya, cara terbaik untuk memahami Islam adalah menjadi seorang Muslim."

Saya tidak berfikir dua kali tentang hal itu. Saya terus bersaksi mengucap syahadat di sana dan semasa itu juga.

Sebagai seseorang yang baru memeluk Islam, anda seperti mempunyai persamaan dari para sahabat Nabi. Ini kerana mereka semua juga seorang mualaf. Dan, saya merasakan adanya persamaan dengan Hamzah, seorang pahlawan Muslim.

Sunday, January 8, 2012

Pemurnian Sirah : Umur Aisyah r.a semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w

 http://papankekunci.com/wp-content/uploads/2011/07/Aisyah-di-Balik-Tirai-Jendela.jpg
Proof 1: 

Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?

Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah. 

Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`. 

Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.

Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.

Proof 2:

Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud 

Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.

"Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Proof 3:

Pertunangan Siti Aisyah 

Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am.  

Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah. 

Semasa Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).

Possibility 4:

Siti Aisyah masuk Islam 

Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi. 

Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.

Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )