Surah al Baqarah:102
Alam Malaikat adalah yang alam tinggi
di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka
dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi – al Baqarah:30
Lalu mereka berkata “mengapa
Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan
memuji dan mensucikan Engkau?
Tuhan berfirman: “sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui (al Baqarah:30)
Allah telah mengajarkan Adam nama nama
benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa
sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam
mengingkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuldi dan
akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia.
Bermula kehidupan Adam dan Hawa di
dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama
Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan
bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa
keturunan Adam.
Mereka lupa tugas mereka sebagai
khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah
berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh
kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan
membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman.
Kesemua ini dicatit oleh malaikat
sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat
pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah
memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengingkari-Nya?
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika
sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga
akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengingkari Kamu.
Maka Allah berfirman lagi; Pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu.
Lalu para malaikat memilih Harut dan
Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada
Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah “Dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
.
Babil atau dikenali dengan Babylon di
Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja,
arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia
berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam
separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana
mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan
didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi
manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di
Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan
keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan
kecantikan mereka berdua.
.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku
terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah
badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan.
Tiba tiba mereka tercium aroma daging
bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera
pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke
majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera
dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu,
tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang
dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka
menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?
Lalu mereka berdua pergi duduk dekat
dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu.
Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa
kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai
sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
.
Selesai makan, mereka pun memerhati
semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di
dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan
dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama.
Itulah Zahrah ratu cantik di Babil.
Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah
melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat
dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir
membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka
mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan
berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah
dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka
memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan.
Suara iman
mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka
memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan
penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu
bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah
segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah.
Lalu mereka terus
melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis
tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah,
mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali
bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan
perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan Marut
tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah
yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan
melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu
manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah.
Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau
sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali
kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka
kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan
takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar
mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada
Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh
dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun terbenam
mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi
cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap,
kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk
menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke
atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua
makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus
menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu
dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung
kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua,
tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan
mereka.
Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan
untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan
ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik?
Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku.
Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang!
Harut; kita perlu mencari makanan.
Marut; jika kita dapat makanan
dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli
makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah,
kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup
kepada kita
Keadaan sianghari Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan
kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja,
di malam pula pesta minum arak juga terdapat di merata tempat, alunan
muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan
jahat berleluasa.
Mereka terus berjalan di kota Babil
untuk mencari kerja, dan terpandang orang ramai berpusu pusu pergi ke
istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut mengikut orang ramai pergi
ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam istana dan sampai ke dewan yang
penuh berbagai makanan dan buah buahan yang lazat.
Di hujung meja hidangan duduk seorang
lelaki dengan pakaian yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak
mempesonakan Harut dan Marut, mereka lebih tertarik kepada hidangan
makanan dan buah buahan yang lazat dan enak kerana itu saja dapat
menghilangkan kelaparan.
Lalu tuan istana menyuruh mereka duduk
dan makan, ketika mereka berdua sedang asyik makan dengan penuh nikmat,
tuan istana memerhati mereka berdua dan ia meminta khadamnya supaya
menuang arak dan persilakan mereka minum arak lalu Harut dan Marut
menolaknya dengan baik.
Tuan Istana amat terkejut kerana masih
terdapat dikalangan penduduk Babylon yang tidak minum arak.Setelah itu
barulah Harut dan Marut tahu bahawa lelaki itu adalah seorang raja yang
sedang dikelilingi oleh menteri menteri dan pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan
pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar
tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya.
Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun
daripada hadirin yang berani menjatuhkan hukuman.
Raja tidak peduli
kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut
dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar
raja tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka semua menjangka bahawa
Harut dan Marut menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran
hadirin bahawa kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya
mengetahui keadilan.
.
Harut dan Marut telah memutuskan
hukuman berdasarkan keadilan dan mengembali hak kepada empunya. Mereka
bukan sekadar menjatuhkan hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang
bersalah dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara yang lantang; beta
melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri dan
pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan hukuman
mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim.
Begitulah akhirnya Harut dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka menyerah urusan kerja kepada Allah.
.
Harut dan Marut di beri rumah yang
berdekatan dengan istana raja. Tidak ada lagi ketakutan, kesejukan,
kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta makanan dari orang
lain.
Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kerja dan
rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran Allah dan
menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati mereka
tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia yang lemah,
yang mereka hina ketika berada di alam malaikat. Kemudian datang tamu
baru dalam kehidupan mereka, yang tidak pernah dirasai sebelum. Rasa
letih, mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka.
Harut segera membuka matanya dan berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan matiii!
Marut menyahut;Kenapa wahai sahabatku?
Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa amat berat hingga tak mampu bukaa!
Marut menjawab; aku pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita!
Kata Harut lagi; aku rasa kita tak mati lagi, tetapi benda lain..?
mereka menguap aaah! Aaah! Aaah! Dan
bercakap dengan suara terputus putus dan akhirnya langsung tidak dengar
lagi suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut dan Marut dengan
nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat
memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut terjaga dari
tidur, matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup sepoi sepoi bahasa
bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya matahari pagi yang
pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya
tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
.
Dengan kesegaran itu Harut dan Marut
dapat memulakan kerja sejak awal pagi. Orang ramai mula datang berjumpa
Harut dan Marut, dan meminta penyelesaian kes kes dan pertikaian yang
berlaku diantara mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan
pertikaian dengan adil dan saksama.
Orang pun puas hati dengan
pengadilan Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali dan semakin
mendapat tempat dan akhirnya mereka menjadi hakim yang terkenal dan
dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka selesai urusan
dengan orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa menunaikan solat, memuji
kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa bersyukur kepadaNya.Tidak
menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput
mereka makan bersama tetapi dengan syarat tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut
dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang ramai dengan
adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar
perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam kesibukan mereka
menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga mereka didatang dengan kes
baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan
Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun wajahnya cantik, jelita dan
senyum ceria… Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah.
Jantung mereka berdegup degup dan darah
panas mengalir keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa yang
berlaku dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan
angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah! Alangkah agungnya ciptaan
Allah!
Manakala Zahrah sedang menceritakan
kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan
awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa
yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang
mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke
arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan syahawat yang lebih kuat
untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam
hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah
selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah cerita kes
saya dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan
dengan seadilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut
segera menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu
datanglah besok.
Marut mencelah; ya saudariku! Benar
seperti yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang. Zahrah
memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan
selamat tinggal kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari
pandangan, Harut dan Marut menyesal dengan tindakan mereka.
Dengan penuh kesal Harut berkata; aaah!
Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga esok hari ! kenapa aku jadi
begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk neraka disebabkan oleh wanita
ini!Cepat kita segera bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke
majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada
malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka
berdua terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah
datang, mereka tidak akan memandang wajahnya.
Tiba giliran Zahrah,
dengan senyuman yang manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut.
Senyuman manis membuatkan Harut terlupa azamnya untuk tidak memandang
wajah Zahrah.
Begitu juga Marut terlupa taubat untuk
mengulangi dosa yang sama,bila Zahrah masuk untuk mendapatkan keputusan
kesnya. Setelah lama berbual dengan Zahrah, tanpa disedari mereka pun
menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke
atasnya diputuskan , dia pun bangun dan bergegas keluar, mereka berdua
serentak bertanya; saudari hendak ke mana?
Zahrah menyahut ; saya nak pergi sembah matahari dekat berhala, marilah ikut saya.
Harut dan Marut menjawab bersama; apa kami nak buat?
Jawab Zahrah; kamu berdua bersembahyang dengan saya.
Mereka jawab; kami sekali kali tidak sembah selain dari Allah.
Tetapi Zahrah tak peduli dan terus
pergi. Bila Zahrah dah hilang dari pandangan mereka, masing masing
menyalah diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat
janji dan azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang sama bila
berjumpa dengan Zahrah.
Lalu Harut berkata; Wahai sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah amat luas, segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut
tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada
Allah. Bila Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak
pergi ke majlis Hakim.
Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus
mengetuk pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa
mereka masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu.
Zahrah terus ke dapur mengambil minuman
untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman arak dan menjemput
Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang dihidang
Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat mereka tidak minum
hidangannya.
Harut dan Marut memujuk : Janganlah marah! Marilah kita berdamai.
“Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat kamu berdua minum hidangan saya,” jawab Zahrah.
Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba tba ada seorang
tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam rumah
Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak mereka
berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah rahsia kami.
Tanpa disedari dan
pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik tamu sehingga mati,
kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan dia nampak mereka berdua di
rumah Zahrah.
Setelah habis kesan pengaruh arak,
mereka pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa amat menyesal,
amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit
tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan
berat.
Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat?!
Harut dan Marut memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga Hari Kiamat.
Rujukan :-
Tafsir Ibnu Kathir
Tafsir Ibnu Kathir
Assalam tuan Tulahan.
ReplyDeleteKisah Harut dan Marut yang menarik. Mohon hamba copy and paste di dalam blog hamba yea. Mohon halal. Semoga dirahmati Allah. Panglima7
Salam. mohon utk nk share psl harit n marut ye. tq
ReplyDeletesemua cerita ini adalah daripada
ReplyDeletesumber israilliyyat.malaikat harut dan marut tidak pernah berbuat keji dan maksiat.sama2 kita berlepas diri dari cerita israiliyyat ini.kita pohon perlindungan Alllah daripada sumber ini.