Proof 1:
Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?
Semua
ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum
kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang
bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah.
Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan
2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`.
Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman
dan Siti Aisyah.
Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610
Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.
Proof 2:
Umur
Siti Aisyah waktu perang Uhud
Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal,
tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic,
Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas:
Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i
Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka
bergerak.
"Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang
hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur
15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak
dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Diriwayatkan
oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq
wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw
tidak membenarkan saya untuk mengikuti
peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu
peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab
umur saya sudah 15 tahun.
Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta
didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.
2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610
3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Proof 3:
Pertunangan Siti Aisyah
Menurut
sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke
Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada
tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am.
Abu
Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am
yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar
disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am
kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah.
Semasa Siti Aisyah
berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi
Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14
tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).
Possibility 4:
Siti Aisyah masuk Islam
Muhammad
saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah
adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw
berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi.
Maka jika Siti Aisyah masuk
Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin
dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.
Jika kita mengambil umur Siti
Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )
Possibility 5:
Surah
Al Qamar
Diriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:" Siti
Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang gadis" ketika surah Al
Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al
Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah).
Ini
menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu
sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka
paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623
Masehi adalah 14 tahun
Possibility 6:
Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra)
{Menurut
Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar
al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha,
al-Riyadh, 1978}"} Fatimah (ra) dilahirkan
ketika Kaaba di perbaiki.
Ketika itu Rasulullah saw berumur 35
tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebih tua dari Siti Aisyah (ra)
"Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada
605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623
Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak
Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti
Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari
Fatimah )
Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu
kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti
Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi
Possibility 7:
Umur
Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`
Ibnu Hajar Al Asqalani
mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg
654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer
mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir,
Vol 8, Pg 372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma
wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun.
Asma`
adalah 10 tahun lebih tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi}
695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah
umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur
Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun
Possibility 8:
Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?
Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;
1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun
2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 46 = 27 tahun
Apa yang kita dengar ialah Aisyah berkahwin masa umur 6 tahun atau 9 tahun.. sesetengah pendapat mengatakan penyelewangan fakta sejarah bahawa umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah 16 tahun atau 19 tahun. wallahualam..
hafizhilmi
BUKAN SALAH KRISTIAN DAN ORANG BARAT MENGHINA NABI SEBAGAI HOMOPHILIA ATAU SEKS KPD KANAK2.!!! IA NYA SALAH OSTAD2 YANG FAIL MATEMATIK
ReplyDeleteUMUR SEBENAR UMUR SAYYIDATINA AISYAH KETIKA BELIAU MASA BERKAHWIN DGN RASULULLAH ADA LAH 16 TAHUN
ReplyDeleteDAN MASUK KE RUMAH NABI SEWAKTU BERUMUR 18 TAHUN..BERDOSA ATAU TIDAK OSTAD2 ALIM ULAMA YANG SEBAR FITNAH UMUR SAYYIDATINA AISYAH MASA MASUK RUMAH NABI IA LAH PADA UMUR 9 TAHUN?!!
OLEH KERANA KEBEBALAN OSTAD DAN ULAMAK LAH NABI DIHINA SEBAGAI PENGGANAS KANAK KANAK..LUKIS KARTUN LUCAH NABI.LUKIS BUDAK KECIL MENJERIT..KERANA DI ROGOL DGN GANAS OLEH ORANG TUA!!
ReplyDeleteDGN RIWAYAT INI RAMAI LAH PULAV LAH LELAKI GATAL YG IKUT SUNNAH KAWIN BUDAK UMUR 9 TAHUN!!