Friday, December 31, 2010

Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxp_FRgOf39cd54kHOTeioikai1-nR50urHr6QmR7FDz5O94wY2gJ2xZb0kl2Zj44hNDr9cZVWjj_JNG7rNOsp62qNnBqBJb17_eGwjIBXrvmx1JuLcGXjiXx09UZDV322_ucNmJz5JA/s1600/babedhdhra_lokasi_ditemukannya_reruntuhan_kota_sodom_dan_gomoroh_100815214446.jpg
Gambar hiasan

Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Thursday, December 30, 2010

Kisah tukang gunting mendakwa Tuhan tidak ada

Salam,

Gambar hiasan

Bila musim persekolahan makin hampir, kedai pakaian sekolah sibuk dengan ibu bapa membeli pakaian sekolah anak. Selain kedai pakaian sekolah, kedai gunting pasti tak menang tangan sebab budak-budak sekolah masing-masing mahu memendekkan rambut.

Penulis ada cadang kepada Lujnah Kebajikan PAS kawasan penulis supaya menghargai pelajar sekolah yang hendak ke sekolah dengan membayar bayaran gunting rambut mereka di kedai gunting.

Kedai-kedai gunting kawasan luar bandar, bayaran untuk pelajar sekolah rendah paling tinggi RM 4 malah ada kedai gunting hanya kenakan bayaran RM 1 sahaja.

Seminggu sebelum buka sekolah ini, Lujnah Kebajikan terima cadangan penulis buat bayaran kepada pelajar yang gunting rambut sebab nak ke sekolah. Penulis cadang sebuah kedai, tapi Lujnah pilih lima kedai supaya adil kepada semua kawasan parlimen.

Kenapa tak buat program gunting rambut macam PAS kawasan lain buat? Sebab , mahu bantu tukang gunting luar bandar juga. Pendapatan mereka bukan tinggi, jika Lujnah buat program gunting percuma habislah pelangan mereka.

Apabila Lujnah buat kerjasama dengan tukang gunting, mereka pun rasa dihargai dan tumpang gembira. Tak kira la tukang gunting tu orang bulan atau biru , buat je kerjasama . Tak de yang tolak walaupun dia orang biru.

Penulis cerita mengenai aktiviti Lujnah Kebajikan hanya sebagai mukadimah sahaja. Penulis harap PAS Kawasan lain yang belum program ini buatlah, bukan susah pun. Walaupun kecil sumbangan PAS untuk bayaran gunting rambut ini, namun kesannya cukup bermakna.

Sebenarnya, penulis nak paparkan satu kisah tukang gunting dan seorang pelanggannya. Bacalah , ambillah iktibar dari kisah ini.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya.

Wednesday, December 29, 2010

Tulahan : 'Pertemuan gelap' mengapa berlaku setelah tahu PAS tidak tangguh pemilihan?

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHsMmoiDaPcWhEcwwIbE544f7sC_4OyNp3VI43r0UdvtRN5Ws-BcfKoHuBWf6huz4e67wxXPS5433eC2nXmwMKOEHazgtGV5SRqdCcYkGlEDyDsCzPjuSaf2TA46bJInuHzqLHACAvxds/s1600/gelap.jpg

Apabila baca artikel dalam blog ini , timbul rasa gelisah.Betulkah 'pertemuan gelap' masih berlaku sedangkan muktamar sudah memutuskan komitmen bersama Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi idea 'kerajaan perpaduan'.

Jika benar berlaku 'pertemuan gelap' mungkin pimpinan ada jawapannya. Namun, penulis musykil kenapa 'pertemuan gelap' ini diatur setelah diumumkan PAS tidak akan menangguhkan muktamar pemilihan?.

Bukankah ini perangkap Umno, memecahbelahkan pimpinan PAS, memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Jika idea ini datang dari Umno, sah lah memang ini agendanya.

Tuesday, December 28, 2010

Kisah sedih Melayu : Susukan anak 4 tahun dengan susu F& N

Salam,

http://www.fn.com.my/images_user/dairies_new/KPM_(new)_GIF_rs.gif
Anda mungkin pernah berjumpa dengan orang yang meminta pertolongan kerana hidup susah. Pelbagai persepsi negatif yang diberikan kepada orang yang meminta pertolongan ini. Tipu lah, tak mahu kerja lah, suka meminta-minta lah dan macam-macam. Kenapa ada persepsi negatif ? sebab memang ada yang berbohong susah tetapi tidak susah.

Sebenarnya, bukan semua yang berbohong. Ramai yang benar-benar susah menjadi mangsa akibat mereka yang berbohong susah. Orang benar-benar susahpun dipandang serong sedang mereka amat memerlukan pertolongan.

Bacalah kisah benar dalam web ehoza.com. Kisah seorang yang pemurah bertemu dengan seorang muda yang benar-benar susah. Bayangkan , jika orang ini tidak diberi pertolongan disebabkan persepsi negatif. Justeru , janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bantulah mereka, terutama jika kita memegang amanah kebajikan.

Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf dan merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Bacalah kisah benar di bawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.

Monday, December 27, 2010

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Salam,
gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Tulahan : Buku Jingga - Mengelabah sekarang lebih baik dari mengelabah bila parlimen bubar

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgmI6No5cXkq6sb-trEW-aZase-QFFXjU8nC1wyPoVrCibTUa4qBaI4wt2BrFCalqkclfC73GjKr8bcxPpqgr3qqXUAcn0Yxt9YrkqU2bhVVNmK16TOwchtDo91EQhRhwJ5stNXDjrQxE/s320/buku+jingga.jpg

Sejak berakhirnya Konvensyen PR ke-2 di Pulau Pinang, pemimpin Umno setiap hari memperlekehkan kemampuan Pakatan Rakyat merealisasikan janji 100 Hari Pemerintahan PR.

Sebaik berakhir sahaja konvensyen, Muhyiddin memulakan serangan terhadap janji imbuhan RM500 kepada guru. Kemudian diikuti serangan bertali arus oleh pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno. 

Walaupun serangan pemimpin Umno kepada janji 100 Hari Pemerintahan PR tetapi sebenarnya mereka lebih tercabar dengan kandungan Buku Jingga yang menggariskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Memang pemimpin Umno mengelabah seperti yang digambarkan pemimpin PR. Memang pemimpin Umno tidak senang duduk sejak berakhirnya konvensyen PR ke-2 ini.

Mengapa mereka menggelabah? Kerana mereka bimbang rakyat akan meletakkan keyakinan kepada PR memerintah negara apabila membaca kandungan Buku Jingga ini.

Sunday, December 26, 2010

Lima perkara aneh

Salam,
http://khalilullah.comze.com/wp-content/uploads/2009/09/untitled-1-berdoa.jpg

Bacalah dan ambil pengajaran daripada kisah ini.

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, 

"Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." 

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti.

Saturday, December 25, 2010

Kisah ular hitam menunggu mayat

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg03lmsBW-Xjau-PtFDRXnTOFMZetpGgVvZy4PyNL-hS0sGvlyBPFjQl5o8YoofvAzMUEYecyHx5jO03n7hrloZyXvNbM_ERzPNO2L5cC6nsErGiZtqUYhsQJ-bQ2rTtRJrp1BOk0vml4ga/s320/snake.jpeg 
gambar hiasan

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama  serta jadikan panduan  dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.  

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer  dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam  sebesar paha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
 
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain  yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Friday, December 24, 2010

Berita 40 orang buta kerana meroboh masjid

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6iZQI0DxLorn1oOuDoptFj0PUP6uXidRqcd516FsxIf7XGxOXl6TiWE211lz5Qg1eIYL3Hn69joyYHFj2nERNbLS25C2ls7bF0mh6FHx50OTB9IGSwcNLsAfsJoyP9U_w21_fUtOZGZTl/s400/2.jpg

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah..

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Ahbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelosok India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Thursday, December 23, 2010

Kisah mayat duduk bersila

Salam,

http://www.simplyislam.com/images/products/53195.jpg

Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahu kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi mayat yang membacanya.Ambillah pengajaran daripada kisah ini.

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini..

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Wednesday, December 22, 2010

Tulahan : PAS kena jadi kekasih baru

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfXL7jbu4IYYY38K9-4PaUNbdyhCTHMtTTBUQYvttWlxbCkwfw4__Q-bjDCdSe0y3pqohsyOgv_ot7GlR8VQL4tAFjEqOdHPJRrPOr0Jb_Zvo8MOBsmvVHywKRR7orn4dLSPL37zuhlrY/s1600/rose7.jpg
Sebulan penting untuk daftar pengundi baru dah kira tamat, ada PAS kawasan yang buat dan banyak yang tak buat. Penulis dengar khabar dari kawan, di Perak banyak kawasan yang buat. Syukurlah, barulah boleh laungkan hasrat nak menang banyak kerusi.

Bagi negeri lain, tak tahu cerita lagi. Tunggu keluar daftar pemilih suku terakhir 2010 baru tahu. Nak tahu cepat kena tanya Pengarah JPN negeri masing2.

Boleh menang dengan cara daftar pengundi baru ? Nak bagi jaminan menang tak boleh, tapi orang cakap ‘sedap duduk’ la.

Sebenarnya PAS perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.

Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.

Macam mana nak menang jika hari2 media Umno dok fitnah Pakatan Rakyat macam2 dalam TV1 dan TV3. Media lain seperti akhbar, di kampung2 tak ramai yang baca. Yang ada pun di warong2 kopi dan kedai makan yang ramainya orang lelaki.

Orang lelaki yang pi warong kopi boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. Warong kopi sekarang banyak letak Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian.

Tuesday, December 21, 2010

Tolak 4 dengan 4

Salam,

http://www.clker.com/cliparts/2/b/8/4/1206566007507326711cibo00_Cibo00_-_Number_(4).svg.hi.png

Umat Islam selalu lalai dan suka memberi alasan tidak menunaikan ibadah . Penulis paparkan kisah ini untuk kita sama-sama ambil pengajaran. Bacalah.........

Di masa lampau ada dua orang mukmin dan kafir, keduanya pergi untuk memancing ikan. Si kafir jika akan mengangkat jalanya menyebut nama berhalanya, maka ia mendapat ikan yang banyak sedangkan si mukmin jika akan mengangkat jalanya menyebut nama Allah SWT namun tidak mendapat apa-apa.

Apabila hari telah hampir Maghrib barulah si mukmin mendapat ikan dan ketika diangkat tiba-tiba ikan itu bergerak-gerak dan jatuh kembali ke dalam air, maka si mukmin tidak mendapat apa-apa lagi sedangkan si kafir jalanya penuh dengan ikan.

Maka menyesallah malaikat yang menjaga si mukmin itu dan ketika ia naik ke langit, Allah SWT memperlihatkan kepada malaikat itu tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk si mukmin dalam syurga, sehingga malaikat itu pun berkata,

Monday, December 20, 2010

Tulahan : Betul kata Abang Mat Sabu - BN jadikan Malaysia negara Jakun

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCg6I7GJpdhaVTtRN2RLXSO9ezuGQGLin8k9NFG1d0jbjBk0Rz9z2AkXngqcmjWAELhb2XzzwD3eDW0hijc0yq3YZv5u6BNYYKhHd2_ueLM_hft8wsRfUNx2k0I9voeLEnT6eE3MMLgwzV/s400/BOIKOT_MEDIA.jpg

Semalam, penulis dapat tengok live Konvesyen PR ke 2 melalui TVS News. Walaupun dok jauh di luar negara, penulis dapat tengok live ini tanpa ada gangguan talian kerana talian internet di sini amat baik.

Walaupun begitu, penulis simpati dengan rakyat Malaysia yang tinggal dalam negara tapi tak dapat tengok live ini dengan selesa kerana selalu ada gangguan kerana talian internet yang teruk.

Sudahlah rakyat negara Malaysia tidak dapat liputan yang adil melalui TV di Malaysia, nak guna internet pun terlalu lemah taliannya. Hanya perwakilan PR dan rakyat yang pergi terus ke Kepala Batas dapat tengok Konvensyen ini secara langsung.

Penulis bukan nak puji negara orang tapi terpaksa puji kerana negara sendiri tak beri hak yang sepatutnya kepada rakyat. Penulis bayar 30 Dollar dapat 100 GB sebulan, tapi di Malaysia berapa GB yang kita dapat?.

Sunday, December 19, 2010

Benarkah kita berjuang ?

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1pKO-oZ6DPWSof_HxxZUxslwtHa_3sJHYg7xHAQ_LBzqXQhOuXUBWazDGQ1NliBOT1KxQZw2sy_phSKfpEATPED9hcktPg8Ty-UTIPItrGPuyw9_UjTeBJ5mOok_901KHsbpN3nrj-E4/s400/15.jpg

Wahai orang yang beriman! Apa yang telah berlaku kepada kamu?

Apabila kamu diseru, agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba- tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi (malas)

Kenapa jadi begitu? Adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat?

Ketahuilah! Sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu, berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt.

Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan, nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih.

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39

Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini, alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri. Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan, benarkah kita berjuang?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia, meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut, kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan. Persoalannya, benarkah kita berjuang?

Benarkah kita berjuang? kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited (iltizam) dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah. Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah. Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur.


Saturday, December 18, 2010

Kisah 22 soalan dapat dijawab, satu soalan takut dijawab

Salam,


Kisah ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net yang diangkat dari http://mutiaraqaseh03.blogspot.com sebagai selingan ke arah mengajak kita berfikir dan melaksanakan tanggung jawab agama kita.Bacalah...

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Friday, December 17, 2010

Kisah bekas Paderi Kristian Melayu

Salam,

http://www.eramuslim.com/fckfiles/image/jepang.jpg

Bacalah kisah ini mudah-mudahan anda mengambil iktibar dan pedoman pada kita semua. Sama-sama kita menegakkan kebenaran Agama Islam

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi.

Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Thursday, December 16, 2010

Suruh anak orang, anak sendiri simpan kat rumah

Salam,



Penulis memang berhajat menulis isu anak pimpinan jamaah yang tak sertai jamaah. Anak pimpinan jamaah yang tak ikut program jamaah malah ada yang menjadi penentang kepada jamaah.

Semasa penulis di kampus, isu ini menjadi persoalan kepada pimpinan jamaah kampus. Mana tidaknya ada ja anak usrah yang baru2 dok tanya " apasal anak ustaz........... tak join kita, kan ayah dia AJK ................"
Apabila nak menulis teringat anak-anak yang masih kecil, nanti ada yang kata " hang boleh la, anak kecik lagi" . Tak jadi nak menulis. Syukurlah ada sahabat yang menulis isu ini.

Penulis ambil tulisan sahabat agar sama2 kita memikirkannya. Bacalah........
Sehari dua dalam minggu ini teman nak suluh ke dalam diri dan organisasi teman….dan teman tak mahu dianggap sebagai cakap tak serba bikin.

Wednesday, December 15, 2010

Kisah pelik mayat gemuk dan mayat kurus

Salam,

http://www.infobuddhist.net/wp-content/uploads/2010/10/Mayat-Adalah-Untuk-Dikubur.jpg
gambar hiasan

Penulis paparkan kisah dua mayat yang diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim berdasarkan pengalamannya. Ambillah iktibar daripada kisah ini.

Ada dua kisah yang ingin saya ceritakan di sini tapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pertama, kisah mayat orang gemuk tetapi jenazahnya terlalu ringan dan kedua, mayat orang kurus tetapi jenazahnya terlalu berat.

Peristiwa pertama berlaku kira-kira 12 atau 13 tahun yang lalu masa saya baru beberapa tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Allahyarham yang saya uruskan itu masa hidupnya berpenyakit mental. Usianya dalam 30-an dan tingginya lebih kurang macam saya.


Tuesday, December 14, 2010

Tulahan : Takutnya Ustaz Tahap Gaban

Salam,

Go to fullsize image

Ada permintaan penulis paparkan tulisan penulis pada hujung 2008 lalu. Tulisan berkaitan ustaz2 yang takut berjuang sedangkan mereka mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Kadang2 rasa kasihan kepada pejuang jamaah yang terpaksa buat kerja jamaah yang patutnya mudah jika ada ustaz gerakkan.Bacalah..
Masa nak urus kemasukan anak bongsu ke sekolah rendah Islam tempat baru penulis. Penulis dengar cerita dari isteri pasai keenganan suami kawannya hantar anak ke sekolah rendah Islam kerana takut jika mereka pindah kemana2, anaknya tak boleh dah masuk sekolah kebangsaan.

Suaminya ni Ustaz, mengajar di sebuah universiti. Tak tahulah macam mana suaminya boleh fikir sampai tahap tu. Tapi bagi penulis bukan itu alasan sebenarnya. Yang betulnya Ustaz ni takut sebab sekolah ni dikelola oleh orang PAS, jadi kalau pentadbir universitinya tahu dia akan disingkir.

Monday, December 13, 2010

Kisah mayat bertukar wajah menjadi kaldai

Salam,

http://farm4.static.flickr.com/3124/2535430390_9e9d18bd91.jpg?v=0

Ramai yang tahu kelebihan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W . Setiap kali solat Jumaat khatib akan memperingatkan kepada makmum agar membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, tak ramai yang menjadikan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebagai amalan harian sedangkan mudah sahaja berselawat bukan memerlukan hafalan ayat yang panjang.Bacalah kisah kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan sentiasalah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji.

Sunday, December 12, 2010

Kisah tangan melekat pada mayat

Salam,
 

Penulis paparkan satu kisah benar hukuman Allah ke atas seorang wanita yang menuduh wanita solehah berzina walaupun wanita solehah sudah meninggal dunia. Bacalah dan ingatlah jangan mudah kita menuduh orang berzina tanpa bukti dan saksi.

Pada suatu ketika, di Madinah telah meninggal seorang wanita muslimah yang solehah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita untuk memandikan jenazah.

Ternyata wanita tersebut memiliki sifat dan tabiat yang buruk iaitu suka mengatakan kata - kata kotor , keji, dan jahat. Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut terus mengeluarkan kata - kata kotor dan keji.

Saturday, December 11, 2010

Tulahan : Kalau dah penting bloggers, buat la cara penting

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirhej531H1qTsH_uiqwu0aSQjYASBObvgoJtZJqxv8nTiwyg1_K-r3Iy7VxHDfxkUW7xiSwpeT1wCjMN9lbNIB2qzG7hSvN0C2YA3GMAsoiOzKIQ0S93UCrtE5QwBGQEwQodqYtp0A-K4/s1600/blogger-rakyat.gif

Bila ada tulisan dalam utusan meloya puji blogger pro Umno yang telah menguasai ranking alexa, maka ramai yang beri komen macam2. Blogger pro Umno naik megah depa dah hebat, tapi bagi penulis tak hebat mana pun.

Kalau hebat tentu anak muda rakyat Selangor tak keluar sehingga lebih 10 ribu hantar memorandum kat Yang Dipertua Agong. Kalau hebat tentu juga himpunan anjuran GAPS dapat sambutan, ni tak sampai pun berapa orang .

Anak muda yang baca blog2 pro Umno ni tak kan keluar berhimpun sokong kerajaan Selangor kalau depa percaya . Depa baca, tapi tak semestinya percaya. Macam la orang tengok berita TV3 dan TV1 , tengok la tapi tak semestinya percaya.

Sekarang orang dah cerdik, maklumat senang dicari. Tak mudah untuk blogger pro Umno ni menipu, walaupun hari2 mereka keluarkan berita tipu. Bukan blog pro Umno sahaja, blog pro Pakatan pun sama jika keluar berita tanpa fakta tak semua orang yang percaya.

Friday, December 10, 2010

Pencuri dan ayat Kursi

Salam,

http://muscom.iluvislam.com/wp-content/uploads/2009/06/ayat-kursi.bmp

Penulis paparkan satu kisah berkaitan kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur, baca kisah ini dan amalkan membaca ayat Kursi sebelum tidur .

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w.

Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah.

Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.

Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Thursday, December 9, 2010

Tulahan : Manyak tipu ini BN

Salam,


Sebelum PRU 12, orang-orang Tionghua ( Cina ) merupakan penyokong kuat BN . Mereka percaya kepada pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Pemimpin Umno menabur fitnah terhadap PAS, manakala pemimpin MCA dan Gerakan mengunakan jarum Umno ini menakutkan orang Tionghua kepada PAS.

Macam2 fitnah buruk ditabur pemimpin Umno menyebabkan orang-orang Tionghua cukup gerun bila sebut nama PAS. DAP pun tak berani berbaik-baik dengan PAS akibat fitnah ini. Pendek cerita , orang-orang Tionghua pada masa tu mengambarkan PAS seperti Amerika gambarkan Taliban.

Pada masa itulah, PAS Pusat wujudkan Lujnah Hubungan Antara Kaum (Sekarang Lujnah Perpaduan Nasional) . Pengerusinya Dato’ Hasan Ali bekas Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau meneroka usaha dekati orang Tionghua di Parit Buntar dengan pelbagai cara.

Wednesday, December 8, 2010

Tengok gambar dulu sebelum cerita panjang

Salam,

Tuan Guru memeluk mesra anak seorang Tionghua Parit Buntar yang melawat beliau di Rusila.

Penulis paparkan gambar-gambar lawatan orang Cina Parit Buntar ke Kelantan dan Terengganu. PAS Parit Buntar di bawah Lujnah Perpaduan Nasional dah anjur lawatan lebih 20 bas orang Cina ke Kelantan. Penulis tak sempat nak cerita, cuma tunjuk gambar dulu :


Bersama Tuan Guru di rumah beliau

Bersama ADUN Ladang Dato' Tengku Hasan di Kuala Terengganu

Bersama YDP Parit Buntar di Galas

Tuesday, December 7, 2010

Penggali kubur bercerita tentang mayat yang digali

Salam,


http://www.fotografer.net/isi/galeri/foto.php?id=45707&s=1

Penulis paparkan kisah ini sebagai teladan bersama , bacalah :

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. "

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Monday, December 6, 2010

Tulahan : Pemimpin PR gerakkan denyut nadi rakyat

Salam,

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs605.ash2/155707_180091755334711_100000016623406_653986_2339898_n.jpg

Sebulan dua ini, Umno nampaknya begitu bersemangat menunjukkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat yang merupakan pengundi. Kenapa Umno jadi begitu berani? kerana Umno rasa dah kuat , buat apa pun rakyat terbanyak masih menyokong mereka.

Selepas menang di Galas dan Batu Sapi, setelah Samy Vellu dah tak jadi ketua MIC, apabila tidak berbunyi lagi dua team dalam MCA dan blogger pro Umno pula dikatakan sudah menguasai persada maya. Umno yakin kuasa sudah kembali, maka masanya sudah tiba Umno bermarajalela.

Walaupun tak sampai sebulan naikkan harga petrol RON 97, Umno rasa tak puas naikkan pula harga petrol RON 95, gas, diesel dan gula. Umno dan komponen lain buat konvensyen tanpa sikit pun rasa bersalah, bercakap dengan megah, mempersenda PR seolah-olah PR sudah tidak bermaya lagi.

Umno lebih berani apabila setiap tindakan Umno pastinya mendapat sokongan kumpulan-kumpulan yang diwujudkan atas nama NGO. Perkasa, GAPS, Pro-ISA dan apa sahaja NGO segera diwujudkan kononnya mewakili rakyat tetapi sebenar mewakili hasrat Umno.

Setiap hari pimpinan Umno disajikan panorama indah oleh media massa kerajaan, manakala blogger pro Umno pula mendendangkan lagu merdu di alam media baru yang sudah dikuasai.

Saturday, December 4, 2010

Tulahan : TERBONGKAR - AJK MUSLIMAT PAS PUSAT DITANGKAP KHALWAT

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1yfAOGnbWCdnvAJuJfY0jebLBV9QMBBVdVjMMCkjqurzevUbmhQz8QCrydOyQJBoV_QHRWBLsmhPbV3q18fYcdWJgzdPv45HlNYrIjV3VDOv0Ehxnbz9Rx4VOx6rr3NBBKltL9I2MLdjk/s1600/pas+fitnah.png

Pertama sekali penulis minta maaf sebab letak tajuk di atas, maka akan ramai yang nak mengetahui cerita AJK Muslimat PAS Pusat ditangkap khalwat ini.

Sebenarnya inilah cara blogger pro Umno mendapat ramai pengunjung sehingga blog mereka dikatakan popular sudah mengatasi blog pro PR.

Sesiapapun bila tengok tajuk ini berminat nak mengetahui cerita sensasi ini. Trend inilah yang digunakan oleh blogger pro Umno sejak berakhir PRU 12 lalu.

Semua fitnah yang mereka cipta dilepaskan supaya dipaste oleh blogger pro Umno yang lain . Fitnah ini tersebar dengan tokok tambah sehingga cerita fitnah ini menjadi seolah-olah benar.

Inilah yang dialami oleh ADUN Selinsing , Kelantan yang difitnah oleh blogger pro Umno berkhalwat. Cerita fitnah dicipta oleh orang Umno pada tahun 2002.

Blogger pro Umno membuat carian google , taip senarai bini pemimpin PAS dan jumpa cerita fitnah ini dalam mesra.net forum baca di sini

Blogger pro Umno mula mereka tokok tambah terhadap fitnah ini , disebarkan dan sekarang beredar di blog-blog pro Umno, facebook, twitter. Sekarang dah ada pula media kerajaan yang suka ambil cerita fitnah blogger pro Umno buat berita maka banyaklah cerita fitnah yang dicipta dan akan dicipta, tunggulah.

Friday, December 3, 2010

Tulahan : Macam-macam khurafat, paling popular Ancak Zambry

Salam,


Sudah terang lagi bersuluh Menteri besar Ubn Perak terlibat dalam upacara khurafat yang dipanggil Ancak. Walaupun Tok Peti Perak kata Zambry tak melakukan khurafat sebab tak niat, tapi tak kan dia tak tahu upacara tu khurafat.

Tok Peti mula2 bagi tahu upacara tu memang berunsur khurafat , maksudnya sapa2 yang duduk dalam upacara tu terbabit sama la. Kecuali la Zambry yang dikatakan 'alim' oleh orang kampung Ubn tak tahu upacara tu khurafat.

Peliknya, bila jumpa Zambry . Tok Peti umum Zambry tak melakukan khurafat sebab dia tak berniat untuk lakukan upacara tu. Mungkin bagi Tok Peti semua perkara yang berlaku mestilah bermula dengan niat, tak tahu la.

Kalau Zambry tak melakukan khurafat , yang lain2 macam mana ? Kalau ikut Tok Peti kalau tak berniat tak melakukan khurafat. Jadi semua yang ada tu tak melakukan khurafat sebab tak berniat pun.

Jika macam tu, lepas ni boleh la buat upacara Ancak lagi sebab kalau tak berniat dikira tidak melakukan upacara khurafat. Harap Tok Peti kena jelas kepada orang ramai. penulis pun dah keliru dengan fatwa Tok Peti Perak ni.

Penulis lama dah dok tunggu juga Tok Peti buat penjelasan , ramai yang dah desak dia buat penjelasan tapi dia buat tak tau ja. Ramai yang dah keliru dengan fatwa dia, jadi kena la buat penjelasan.

Orang Melayu zaman dulu banyak lakukan upacara khurafat, macam2 nama ada . Sekarang dah semakin berkurang sebab orang-orang tua yang buat upacara tu ramai yang dah meninggal dunia.

Kesedaran tentang haramnya upacara khurafat pun dah tinggi dikalangan orang-orang Melayu di kampung. Penulis masih ingat , masa kecik2 dulu penulis pernah terlibat dengan satu upacara khurafat yang dipanggil Tolak Bala.

Thursday, December 2, 2010

Berita Terkini : Qatar tuan rumah Piala Dunia 2022, Rusia tahun 2018


QATAR 2022

RUSIA 2018

Tak mengaku kedekut tapi memang kedekut

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpg

Manusia mana yang tidak marah jika dipanggil kedekut. Namun, kedekut inilah yang menguasai sifat hidup manusia termasuk ahli-ahli jamaah.

Penulis juga banyak kali berhadapan dengan manusia yang seperti ini. Memang susah hati melihat perangai mereka yang kedekut tapi marah bila dipanggil kedekut.

Bagi penulis senang saja kalau kita nak tahu kita kedekut atau tidak. Macam mana nak tahu? Bila ramai yang dok kata kita kedekut sahla kita kedekut, nak marah apa lagi. Terimalah kenyataan dan berubah la.

Penulis paparkan satu kisah teladan mengenai orang kedekut dan harap mereka yang pernah dipanggil kedekut membacanya :

Alkisah disebutkan bahwa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah.

Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar.

Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa.

Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...