Saturday, July 9, 2011

Tulahan : 20 Kuning yang tidak boleh diubah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0ufjez-pIm4mZDQRbMwmqvztuxlKBp1TU26_BjjuQaup72K7SFel5hsTdwbC520kpZKvmiMQAEbXLvUlMKYrP_n3m3vVQTYKtwlLOrr76nXgRchpuJJnHlY2y40hqa1SZudhH_Zsur_s/s400/pulut+kuning1.jpg 
Pulut kuning makanan tradisi orang Melayu, nama pun pulut kuning macam mana nak ubah jadi pulut biru pekat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_1xzCFiujaQWPnSxxlPZrq3ZQ09xJ3E1iY9oV0d9lAYBV2WNHlnTlRoJmb2puPlnSkUW_J-wpDvNzcDbwCVUiyo1IomTULeQrzJz2GcLa40Uz_x32TGkltA5QHSPLHW4Sd1-02QKRKzU/s1600/p9-nasi-kuning-b%255B1%255D.jpg 
Nasi kuning masakan enak orang Melayu, dah nasi kuning mana boleh tukar jadi nasi merah perkasa

http://teguh77.files.wordpress.com/2010/02/single-yellow-rose.jpg 
Ros kuning adalah ciptaan Allah, ada ka yang rasa hebat boleh tukar jadi Ros biru ?
http://www.mrbtrading.com.my/images/product/kuningblo.jpg
Bunga Matahari banyak Malaysia, ini ciptaan Allah warnanya kuning bukan warna merah patriot

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs395.snc3/24033_334349062255_673972255_4220753_6950926_n.jpg 
Rumah Kuning adalah rumah sukan di sekolah, selain merah, biru dan hijau. Tak kan kerana tak boleh warna kuning nak tukar jadi rumah hitam . Cikgu mana yang setuju ?

Friday, July 8, 2011

10 kesan besar pemanasan global

1.Terumbu Karang Great Barrier Reef akan hilang 20 tahun akan datang
 


undefined

The Great Barrier Reef akan terima kesan teruk dari pemanasan global dan akan musnah dalam masa 20 tahun. Charlie Veron, bekas Ketua Jabatan dari Australian Institute of Marine Science, kepada The Times: 

“Tidak ada jalan keluar, tidak dapat dielak. Great Barrier Reef akan hilang dalam masa 20 tahun atau lebih. “Jika karbon dioksida semakin meningkat maka dianggarkan pada 2030 dan 2060, semua terumbu karang akan musnah” katanya.

2. Hutan Hujan Amazon akan berubah menjadi padang pasir



Amazon adalah dunia hutan hujan tropika terbesar. Namun, pemanasan global dan penggondolan hutan yang menukar peranan hutan sebagai karbon, mengubah 30-60% dari hutan menjadi padang rumput kering. Keadaan ini menunjukkan hutan boleh hilang sepenuhnya pada tahun 2050.
3. Gurun Sahara akan menjadi padang rumput
 
undefined

Pengkaji melihat tanda-tanda bahawa gurun Sahara dan kawasan sekitarnya menjadi semakin hijau kerana meningkatnya curahan hujan. Jika berlanjutan, hujan ini boleh merevitalisasi kawasan yang dilanda kekeringan, berubah menjadi kawasan untuk pertanian masyarakat.

Thursday, July 7, 2011

Tulahan : Himpunan BERSIH 2.0 - Rakyat akan jadi 'peguam' diri sendiri berhadapan polis

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB_i11-sk20E-v-EyVt8k7m4lj6DDK8wLJbgTc7ppbOgwF8fSQQEPup52j9IhXpWpLWtAf6xopM-CnIL9o_yBU0xUsHu-dAu72H5GPYIVNjr5o74yfoIHTL096dnhXp2QzL9OyPWMLqLQ/s1600/Bersih.jpg

Suatu hari anak penulis yang belajar di sekolah negara orang putih menerangkan undang-undang yang berkaitan hak-hak polis di negara orang putih itu. Penulis tanya dia, adakah wajib pelajaran itu. Beliau jawab, wajib dipelajari setiap pelajar sekolah.

Penulis terfikir, patutlah polis di negara orang putih tidak boleh bertindak sesuka hati kerana setiap rakyat tahu undang-undang. Mereka diajar sejak dibangku sekolah. Rakyat di luar negara sebenarnya sudah lama tahu hak-hak mereka. Tahu apa yang boleh dibuat, apa yang salah termasuk polis.

Kenapa Malaysia tidak begitu ? Bukankah kerana rakyat buta undang-undang menyebabkan mereka tidak tahu yang mana salah , yang mana betul. Oleh kerana , rakyat tidak tahu undang-undang maka mereka yang tahu undang-undang mengambil kesempatan terhadap rakyat yang tidak tahu.

Polis bertindak sesuka hati terhadap rakyat sehingga melampaui kuasa mereka. Polis langsung tidak merasa bersalah kerana tahu rakyat tidak tahu undang-undang. Kenapa polis tidak berani sesuka hati terhadap peguam? Kerana , peguam tahu undang-undang.

Malah ada ketikanya dalam mahkamah, polis paling tidak suka berhadapan dengan peguam. Mereka tidak boleh lagi menggunakan kuasa mereka. Kadang-kadang peguam memarahi mereka kerana polis sendiri tak tahu undang-undang.

Himpunan BERSIH 2.0 sudah hampir berlaku dua hari lagi. Apabila melihat tindakan pemimpin UMNO mempergunakan polis untuk kepentingan politik UMNO, rasa terlalu jijik sekali.

Polis DiRaja Malaysia sepatutnya bebas dari kawalan politik UMNO tidak lagi patuh nasihat Tuanku. Nama Polis DiRaja sepatutnya ditukar menjadi Polis DiUMNO kerana polis menjaga kepentingan UMNO bukan rakyat.

Walaupun rakyat Malaysia yang cintakan pilihanraya bersih dan adil menghadapi tekanan hebat dari polis yang diperguna UMNO. Rakyat Malaysia bukan semakin takut malah semakin berani. Kenapa rakyat semakin berani? Kerana rakyat semakin tahu hak mereka sebagai rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.

Polis yang megah kerana kuasa di tangan mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka akan berhadapan dengan rakyat yang sudah banyak belajar dan tahu bidang kuasa polis.

Kali ini polis tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana rakyat yang cerdik akan menjadi ‘peguam’ bagi diri sendiri. Dulu , memang polis boleh buat sesuka hati melampaui bidang tugas mereka. Kali ini, tidak lagi malah mereka bakal disaman jika menyalahgunakan kuasa.

Peguam-peguam pun ramai yang secara sukarela akan mewakili rakyat yang dizalimi polis. Polis yang melampau bakal menghadapi saman dari rakyat. Jika didapati bersalah, polis berkenaan bakal digantung tugas atau kerja.

UMNO akan membela merekakah. Jangan harap ! Tanggunglah sendiri. Dah banyak kes berlaku. UMNO hanya mempergunakan polis, bukan membela polis.

BERSIH 2.0 sebenarnya telah menyedarkan rakyat pentingnya pengetahuan tentang hak-hak sebagai rakyat yang tidak boleh dicabul polis. Tidak seperti himpunan BERSIH tahun 2007, himpunan kali ini rakyat yang menyertainya sudah diberi penerangan tentang hak-hak mereka dan hak-hak polis.

Gelombang BERSIH 2.0 bukan sahaja mengoncang SPR yang sering menipu membantu UMNO / BN memenangi pilihanraya, tetapi mencetuskan kesedaran rakyat tentang pentingnya pengetahuan tentang hak masing-masing yang dijamin perlembagaan.

Ikuti soal jawab polis dan rakyat di bawah :

10 haiwan herbivor sangat berbahaya

Sebahagian besar orang menganggap bahawa haiwan pemakan daging atau karnivor adalah haiwan yang sangat berbahaya. Haiwan pemakan daging atau Karnivor yang bahaya malah membunuh manusia seperti Hiu, Singa, Harimau, Buaya, dan lain-lain.

Namun tidak bererti haiwan Herbivor atau haiwan pemakan tumbuhan bukan haiwan yang berbahaya. Haiwan herbivor juga kadang-kadang sangat berbahaya, boleh menjadi sangat liar dan buas semasa keadaan yang terdesak seperti semasa diserang atau semasa anak-anak diganggu.

Disini kami akan memberikan senarai 10 haiwan herbivora paling berbahaya, untuk menyedarkan manusia bahawa haiwan herbivor juga boleh menjadi sangat berbahaya.
1. Gelada Baboon

Gelada Baboon
Gelada Baboon adalah salah satu primat berbadan besar yang berasal dari daerah Afrika Timur terutama dari daerah Eithiopia. Makanan haiwan ini terdiri dari rumput dan daun.
Gelada Baboon biasa hidup damai bersama kumpulannya, namun semasa salah seekor anak atau anggota kumpulannya terancam, maka haiwan ini akan segera menyerang secara membabi-buta dengan gigi tajam dan cakaran, tidak kira manusia atau haiwan lain yang lebih besar dan buas.

2. Bison Amerika

Bison Amerika - 10 Hewan Pemakan Rumput Yang Berbahaya bagi Manusia - www.simbya.blogspot.com
Bison Amerika
Bison adalah salah satu jenis haiwan ternak liar yang berasal dari Amerika. Berat seekor bison boleh mencapai 1 tan. Haiwan ini akan sangat berbahaya jika terdapat tanda-tanda menyakiti anak-anaknya atau jika masuk ke wilayahnya, dengan senjata utama iaitu berupa tanduk kuat, haiwan ini akan menyerang musuhnya secara membabi-buta dan secara serentak.

3. Gorila
Gorila - 10 Hewan Pemakan Rumput Yang Berbahaya bagi Manusia - www.simbya.blogspot.com
Gorila
Gorila memiliki lengan besar dan gigi taring yang tajam seperti pisau. Haiwan ini dapat berjalan lebih cepat daripada manusia, seekor gorila yang garang dapat membunuh dalam waktu beberapa saat hanya dengan menggigit serta mancabik-cabik kulit dan daging musuh yang menggangu.

Wednesday, July 6, 2011

8 tumbuhan unik yang jarang dilihat

Berikut adalah tumbuhan yang unik di alam semesta ini , jarang dilihat dan bentuknya kelihatan menakutkan, tetapi masih menarik bila dipandang.

1. Bleeding Tooth Fungus (Kulat Gigi Berdarah)


Tumbuhan ini juga disebut stroberi dan krim, jus gigi merah, dan gigi iblis.

2. Chinese Black Batflowers (Bunga Kelawar Hitam China)


Buah tumbuhan ini tergantung sehingga kelihatan seperti kelawar tidur terbalik, seperti yang gambar diatas.

3. Doll's Eye (Mata Boneka)

Disebut juga "white baneberry."

10 bandar tertua di dunia

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.

Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.

Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.

Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancung .

http://cache.virtualtourist.com/3258048-Rua_Augusta_Lisbon_Portugal-Lisbon.jpg

9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai bandar Thebe, adalah bandar indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra mengikut kepercayaan Mesir kuno. Apabila pelacongan dikenali di dunia, bandar ini sudah ramai dikunjungi pelancong, banyak pelancong di zaman Romawi dan Yunani mengunjungi bandar ini.

Luxor adalah bandar paling popular di Mesir. Bandar ini terdiri dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika bandar ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.

Bandar ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bersebelahan dengan Luxor, dan sekarang bergabung menjadi satu.


8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Bandar ini terletak 375 km di selatan Kaherah. Bandar ini adalah bandar terbesar di Mesir Kuno dan adalah bandar pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang bandar ini adalah bandar paling penting sebagai pusat pertanian dan juga bandar terletaknya universiti ketiga terbesar di Mesir.



Tuesday, July 5, 2011

10 bandar tertua di dunia

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.

Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.

Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.

Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancung .

http://cache.virtualtourist.com/3258048-Rua_Augusta_Lisbon_Portugal-Lisbon.jpg

9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai kota Thebe, adalah kota indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra, dan semenjak turisme dikenal di dunia, kota ini sudah ramai dikunjungi turis, banyak turis di jaman Romawi dan Yunani mengunjungi kota ini.

Luxor adalah kota paling populer di Mesir.Kota ini berawal dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika kota ini sering disebut sebagai musium udara terbuka terbesar di dunia.

Kota ini sebenarnya terbagi tiga bagian, Luxor yang berada di sisi timur Sungai Nil, kota Karnak dan Thebe yang berada di sisi barat sungai Nil, berseberangan dengan Luxor, dan sekarang tergabung menjadi satu.


8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Kota ini terletak 375 km di selatan Kairo. Kota ini adalah kota terbesar di Mesir Atas dan adalah kota pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang kota ini adalah kota paling penting sebagai pusat pertanian dan juga kota tempat universitas terbesar ketiga di Mesir.

5 aktor yang maut semasa pengambaran filem

Siapa tidak kenal Jacky Chan, aktor yang tak pernah mahumenggunakan jasa stuntman dalam setiap filem yang dimainkannya. Namun tidak semua aktor beruntung ketika memainkan peranannya secara langsung tanpa diganti stuntman. Berikut 5 aktor yang maut semasa shuting filem :

1. Bruce Lee

Aktor yang dilahirkan pada 27 November 1940 di San Francisco ini maut semasa menyelesaikan dubbing filem Enter (1940-11-27) The Dragon. Instruktur Martial Art ini maut di bilik mandi akibat bengkak diotaknya.

Berbagai spekulasi beredar atas kematian aktor ini. Ada yang menyebutkan Bruce Lee maut di racun. Namun ada juga yang menyebutkan Lee maut akibat ganja.


Bruce Lee


Bruce Lee besama gurunya Ipman

2. Brandon Lee

Seperti ayahnya Bruce Lee, Brandon maut semasa menyelesaikan filemnya. 31 Mac 1993 di Nort Carolina Studios, Wilmington NC, merupakan hari dimana shuting filem The Crow berbaki 8 hari.

Dalam sebuah adegan, Brandon yang memegang peranan Eric Draven membawa sebuah beg. Semasa aktor lawan Michael Masse ditugaskan menembak Eric tepat di beg yang dibawanya. Ternyata pistol yang digunakan Masse berpeluru tajam dan beg Eric berisi peledak asli.


Brandon Lee


Brandon Lee


Monday, July 4, 2011

10 penjaring terbanyak di Piala Dunia


1. Ronaldo (Brazil) – 15 gol (1994, 1998, 2002, 2006).
Pemain legenda ini dikenang kerana penampilan gemilangnya di Piala Dunia 2002. Selain membawa Brazil menjadi juara, Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak dengan jaringan lapan gol, termasuk dua gol di pertandingan akhir menentang German.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnIAgTDsR-ooKmF9iKU57l_w0iv7zy1XjgxxPq1TEBqu4v-5z0RQmdLXA7lTstjTct4-3_AniDGscxqsJ1ORpCNlxYQvoBEZwGcp_KmFGKrhX_eZ8_Hx6ALBD92g-3328E-iyOqaNzvnw/s1600/gerd-muller-west-germany.jpg
2. Gerd Muller (German Barat) – 14 gol (1970, 1974).

Disebut-sebut sebagai penyerang di kotak penalti terbaik sepanjang masa. Muller menjaringkan sepuluh gol semasa German Barat mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 1970. Beliau kemudiannya menjaringkan empat gol pada 1974, termasuk gol penentu kemenangan negaranya ke atas Belanda di pertandingan akhir.


3. Just Fontaine (Perancis) – 13 gol (1958).
Seperti Kosics, Fontaine hanya tampil sekali di Piala Dunia. Namun sampai sekarang ini beliau adalah penjaring gol terbanyak dalam satu pertandingan, dengan menjaringkan 13 gol untuk Perancis yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1958.

10 haiwan dengan penampilan menarik

1. Hatchetfish

Ikan penghuni jurang ini sangat kecil (spesies terbesar hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya sangat buruk. Hatchetfish adalah bukti bahawa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram.

Ikan ini ditemui di perairan tropika dan subtropika di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).


2. Kelawar Hidung Jantung


Ditemui di hutan hujan Filipina, kelawar ini terancam pupus dan memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata oren dan tentunya hidung jantung yang membuat penampilannya seperti kartun.

Kelawar ini kebanyakan memakan buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi kadang-kadang memakan serangga.

3. Axolotl


Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Mexico, axolotl (ertinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, haiwan ini juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu.
Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibi aneh ini terancam pupus kerana pencemaran dan diburu di beberapa bahagian Mexico untuk dimakan.

Sunday, July 3, 2011

12 manusia dengan organ terbesar di dunia

Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.

1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia

Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.

2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.

3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia

Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.

10 ular paling berbisa di dunia

1. Fierce Snake atau Inland Taipan (Oxyuranus Microlepidotus )
Hidup di Australia, ini adalah ular yang paling berbisa didunia. Bisanya yang 11 omg boleh untuk membunuh 100 orang atau 250.000 tikus. Bisa ular paling bahaya di dunia ini setara dengan 750 kali bisa ular kobra.

2. Australian Brown Snake (Pseudonaja Textilis )
Hidup di Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Hanya satu per empat belas ribu bisanya boleh membunuh manusia. Ular berbisa ini mampu bergerak cepat dan sangat agresif.


3. Malayan or Blue Krait (Bungarus Candidus )
Ular berbisa ini ditemuI di Asia. Bisanya juga membunuh atau setara dengan 15 kali bisa ular kobra.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMNzKC7SJCpgITsz5WDIL02ukK_o_jaOlCwPm2c4jllDTqaEh8qphn-11dlAKxKbe__uB5FPk2HTpGGMQAj7e6AecHGZzth7ktPARJ3HfnF4l3wW_m5C4jGln_duEn6SX2oYyL_rieFJcw/s320/125628716_4a0f25aaa6.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...