Salam,
Hari
ini dah masuk pertengahan Mac, penulis cuti ada masa nak menulis tentang dakwah
di kampung dan perjuangan bersama parti baru.
Sudah
hampir tiga tahun penulis berdakwah ajak orang kampung solat, ajak orang
kampung solat jamaah di surau. Dalam tempoh itu, ada ketika ramai yang ke
surau, ada ketika kurang, paling ramai pun berjamaah di surau hanya 12 orang
pada waktu Isyak.
Ada
yang kekal solat lima waktu dan kekal solat jamaah di surau, ada yang tidak
boleh capai lima waktu tapi masih datang berjamaah di surau. Ada yang kerap
datang ke surau kemudian tidak datang dalam tempoh yang lama.
Namun
, bila masuk tahun 2017, ada seorang kawan penulis anak arwah imam tua balik
duduk di kampung. Kawan ini datang solat di surau dan bagi beberapai dea kepada
penulis untuk menarik orang kampung ke surau.
Penulis
sokong dan terima idea dia. Walaupun kemampuan agamanya kurang tetapi dia rajin
melaksanakan idea ini. Usaha ini dibantu pula dengan seorang kawan yang juga
balik duduk di kampung. Kawan ini pula tinggal hampir dengan surau. Jadi surau
ini pasti akan sentiasa berjamaah walaupun penulis tiada kerana dia boleh jadi imam jika tiada yang boleh jadi imam.
Akhirnya,
usaha kami bertiga ini menampakkan kejayaan yang amat ketara. Orang kampung dan
anak muda kampung ramai yang datang ke surau. Jamaah waktu Subuh kadang-kadang
capai lebih 12 orang. Paling ramai pada waktu Isyak , jamaah kadang-kadang
capai hampIr 30 orang sehingga tak cukup satu saf . Dah jadi macam sembahyang
tarawih bulan Ramadhan.
Penulis
tetap meneruskan mengajar setiap hari selepas Maghrib dan penulis ulang semula
mengajar bab solat kerana yang mendengar sudah ramai. Banyak ilmu yang mereka
belajar tentang solat , tentang masbuk , tentang kesalahan solat, tentang solat
jamaah, solat-solat sunat. Paling akhir ada kematian di kampung. Sudah ramai
yang boleh dan berani solat jenazah.