Saturday, March 12, 2011

Kambing jadi penjaga rumah di China

Kambing putih ini menjadi penjaga rumah di China

Seorang lelaki China mengatakan bahawa dia telah melatih kambing peliharaannya untuk melakukan trik agar boleh menjadi anjing penjaga.

Zhao Huaiyun mengatakan bahawa kambing unik berusia 20 bulan tersebut akan berkelahi dengan anjing jalanan untuk melindungi rumahnya di Mianzu, barat daya China Sichuan.

Dia pun mengatakan bahawa binatang tersebut juga selalu mengingatkannya untuk mengangkat telefon ketika dia berada di luar rumah dan tidak mendengar suara telefon berdering.

Ikan unik dan aneh yang berenang terbalik

 
Ikan unik yang berenang terbalik ini namanya Synodontis. Ikan Synodontis merupakan jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika. 

Ikan aneh ini termasuk dalam kelompok catfish dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn berarti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memiliki gigi-gigi mandibular.

Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish. Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik. 

Friday, March 11, 2011

Tulahan : Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9sUL47J2LMFfFhheY5u12_rXyXW2LIvpb3_dXNGGbalMmBnDfB5TvhQNLk9lpFqaZUXu7pmxgojLowDztQmPyrTwEEG6T9Sl8t3NpvR2dF9J-JPxJ76pEYqUa_RQbBfmm9SHn_19iLZar/s400/rasuah85%25.jpg

Bersembang dengan orang atas pagar di kampung tidak sama bersembang dengan orang atas pagar berpengetahuan. Itulah kesimpulan penulis apabila diajukan dengan persoalan yang penulis sendiri sukar menjawabnya.

Apabila seorang kawan yang nampak neutral tetapi kritikal terhadap parti pemerintah dan pembangkang di Malaysia. Isunya yang dibincangkan mengenai kemampuan Gobala membeli tanah berharga RM 1.4 juta di Kelantan.

Penulis mengharap kawan berkenaan memberi respon yang positif terhadap tindakan Saifuddin mendedahkan perkara berkenaan . Penulis beritahu yang penulis tidak yakin SPRM akan siasat Gobala kerana Gobala sudah menyebelahi BN dengan mengambil contoh ADUN Kulim yang cuba dibeli.

Namun jawapannya , "sama sahaja SPRM ka, Umno ka, PAS ka. Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga". Tersentak penulis kerana sebut nama PAS . Penulis tanya apa yang sama? dia kata baru-baru ini ada laporan oleh Fauzi Muda kepada SPRM mengenai kewangan luar kemampuan pemimpin PR di Perak.

Kawan ini berkata, ada pemimpin PAS Perak yang lepas jadi wakil rakyat boleh pakai kereta mewah, ambil duit mana? bila sakit boleh duduk hospital swasta berhari-hari , ambil duit mana?.

Penulis tanya dia ada bukti ka, dia kata dia baca banyak blog , twitter, fb bukan pembangkang sahaja. Penulis kata mungkin wakil rakyat PAS itu dah memang banyak duit sebelum jadi wakil rakyat.

Kawan ini berkata, "itulah kau sama macam pemimpin PAS yang lain, kau sepatutnya pi la bagi tahu pemimpin tinggi PAS siasat wakil rakyat tu bukan dok pertahan saja, kau kata kat Umno sedangkan PAS pun sama macam Umno lindungi pemimpin yang seleweng"

Najib usaha tarik orang muda, PAS masih tercari-cari

Mulai 9/3/2011, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.


Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Setelah melihat keputusan yang ketara sokongan undi muda kepada BN,dari PRK Merlimau dan Kerdau. Najib terus tingkatkan usaha bagi manrik sekurangnya 3%-5% lagi undi muda yang akan menjadi deposit besar BN pada Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

Najib sedang melihat kecederaan BN semakin sembuh dimata pengundi muda. Beliau akan menggunakan kesempatan ini untuk terus menarik golongan muda supaya lebih mesra BN.

Ubur-ubur raksasa dua kali besar manusia di perairan China


Para pengkaji Jepun pada masa ini sibuk memantau akitiviti ubur-ubur raksasa di perairan China dan mereka mengimbau akan adanya pergerakan makhluk ini ke perairan Jepun dalam waktu terdekat yang berpotensi katastropik.

Kejadian yang sama juga pernah terjadi pada tahun 2005. Para pengkaji laut Jepun menangkap sinyal khuatir terhadap pertumbuhan populasi ubur-ubur Nomura yang luar biasa (ubur-ubur raksasa) yang dapat membesar hingga berdiameter 2 meter dan berat 220 kg.

Para pengkaji mengatakan bahwa arus air laut dapat membawa fauna unik itu memasuki perairan Jepun. Pergerakan besar-besaran ini dipastikan akan memberikan kesan negatif pada industri perikanan Jepun kerana ubur-ubur itu melepaskan toksik yang membunuh ikan tangkapan.

Anak muda sudah lari kerana PAS gagal fahami anak muda

PAS kehilangan pengundi muda di kesemua 6 pilihanraya kecil kebelakangan ini. Undi yang dulu semasa PRU 12, PAS mendabik dada dengan berkata, kalau sekiranya SPR mendaftarkan pengundi muda yang melebihi 700 ribu orang itu, BN pasti hilang kuasa dan kerajaan.

Sekarang senarionya sudah berubah, dan perubahan amat ketara. Angka telah melepasi 55% undi muda meninggalkan PAS.

Golongan muda mudi merasakan PAS terlalu asing dari mereka. Keadaan ini diterjemahkan, kerana muda mudi Malaysia 99% celik huruf, dan lebih 85% celik Komputer, maknanya membaca dan berpengetahuan.

Saya teringat, baru ini, apabila Ustaz YDP PAS, menegaskan yang dia sengaja memakai serban dan jubah dalam perarakan cingei dan tarian Naga,' kerana nak sampaikan Dawa'ah, supaya mereka kenal Islam'.

Saya jadi terpinga-pinga, adakah Islam dikenali kerana pakaian jubah, atau Nik Aziz itu di kenali kerana amanahnya, Ibnu Sina itu dikenali kerana kepakaranya. Negara Baghdad dan Cordova di kenali kerana tamadun yang dibukti.

Thursday, March 10, 2011

10 jenis lipan terbesar di dunia

1. Lipan Galapagos

Scolopendra galapagoensis
(lipan raksasa Galapagos) yang terbesar bersaiz 30-40 cm panjang 44-46 cm.

Kawasan habibat : di Kepulauan Galapagos Island Santa Cruz, di daerah pesisir Ekuador, Peru selatan, di Kepulauan Cook.

Warna hitam raksasa lintibang di Raja. Terdapat juga penemuan jenis ini yang berukuran 62 cm.

2. Lipan Peru


Scolopendra Caribiaenensis
di pulau Curacao, Holland Anttilles telah ditemui bersaiz hingga 41-42 cm. dari individu liar.

Kawasan habitat : Karibia pulau Trinidad, Amerika Selatan, Peru, Ekuador, Brazil, the Amazon River Basin negara dan daerah.

4 kejadian aneh yang tidak boleh dijelaskan secara ilmiah

Di dunia ini banyak sekali terjadi berbagai fenomena unik yang terkadang sangat sulit dijelaskan oleh logik, bahkan sampai sekarang juga banyak sekali kejadian yang tidak boleh dijelaskan oleh logik.

Di antara kejadian tersebut, terdapat empat kejadian, yang dirakam di dunia moden (setidaknya sampai pada tahun 1518), dan semua kejadian ini sama sekali tidak dapat dijelaskan oleh logik.

1. Kematian Akibat Menari

xxxxxxx

Julai 1518, seorang wanita yang disebut bernama Frau Troffea berjalan di salah satu jalan sempit di Strasbourg, Prancis, dan mulai menari tarian yang berlangsung selama empat atau enam hari berturut-turut.

Di akhir minggu, 34 orang terikut dengan tariannya, dan dalam sebulan, peserta tarian aneh bin ajaib ini mencapai 400 orang.

Pihak kerajaan menyarankan untuk “menari lebih sering” bagi menyembuhkan para penari, tapi pada akhir musim panas, lusinan orang di kota Alsatian meninggal kerana serangan jantung, stroke, kelelahan kerana tarian yang tidak berhenti sama sekali.

Selama beberapa abad, kejadian aneh yang disebut sebagai wabak menari atau Epidemi 1518, sama sekali tidak dapat dijelaskan oleh berbagai ilmuwan mengenai apa yang menyebabkan terjadinya tarian kematian yang aneh dan ajaib ini.

Wednesday, March 9, 2011

Tulahan : Saman ekor, PAS pun tak bersunggguh

Salam,

http://www.star-motoring.com/getattachment/News/2010/Saman-ekor-has-to-go-on/009264918.jpg.aspx?width=427&height=286
Saman banyak untung pun banyak

Kes saman ekor dah sampai ke tahap membosankan, kerajaan pimpinan Umno tak hirau langsung kesusahan rakyat. Yang penting duit rakyat mesti dikaut sebanyaknya , peluang melalui kutipan kompaun saman ekor diguna sepuas-puasnya memeras rakyat.

Caranya mudah saja, JPJ senarai hitam kenderaan pemilik yang tak bayar saman. Jadi , rakyat tiada pilihan terpaksa bayar saman beribu RM kerana kereta, motor adalah keperluan. Tak bayar maknanya cukai jalan tak hidup, kena tahan polis kena saman lagi.

Rakyat terpaksa bayar, bukan orang PAS, PKR, DAP sahaja kena bayar. Orang Umno , MCA , MIC pun kena juga. Tak tahulah orang Umno, boleh tunjuk kad Umno maka tak perlu bayar, sebab tu mereka tak kisah.

Mungkin juga kerana kesetian tak berbelah bagi kepada Umno maka biar beratus, beribu RM melayang orang Umno rela. Bagi orang Umno biarlah hilang beratus RM kerana bayar saman , asalkan dapat RM 50 semasa pilihanraya. Itulah standard orang Umno.

Kisah seorang ahli ibadah yang menyusuri lautan


Abdul Wahid bin Ziyad menceritakan, Kami berada dalam sebuah perahu, lalu kami terlempar oleh angin hingga sampai di sebuah pulau. Kami mendapati seorang laki-laki yang menyembah berhala di pulau itu, maka kami bertanya kepadanya,

‘Kepada siapa kamu menyembah?’ Dia menunjuk kepada sebuah berhala. Kemudian kami berkata,

‘Sesungguhnya ada benda seperti ini dalam perahu kami. Benda (berhala) ini bukanlah tuhan yang patut disembah.’ laki-laki itu balik bertanya,

‘Lalu, kepada siapa kalian menyembah?’

‘Allah.’

‘Siapa Allah itu?’

Tuesday, March 8, 2011

10 bahasa paling banyak digunakan penduduk dunia

Bahasa boleh dikatakan merupakan salah satu anugerah terindah yang diberikan Tuhan kepada manusia. 
Bayangkan jika di dunia ini tidak ada bahasa atau hanya ada 1 bahasa saja, apakah mungkin para ilmuwan boleh menciptakan penemuan-penemuan vital?

Lalu, ada berapa sebenarnya jumlah bahasa di dunia? Menurut Ethnologi, pada masa ini ada sekitar 6.912 bahasa yang digunakan orang di seluruh dunia. 
Jumlah ini tentu saja masih diragukan kebenarannya kerana setiap hari ada bahasa baru yang mungkin muncul, sebaliknya ada pula bahasa yang lenyap.

Sedih bagi kita orang Melayu, bahasa Melayu tidak termasuk dalam 10 bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Namun boleh tumpang berbangga dengan bahasa Indonesia yang berada di kedudukan ke 7 kerana bahasa Melayu Malaysia dikira dalam bahasa Indonesia .

Selain itu , kita juga harus berbangga dengan bahasa Al-Quran yakni bahasa Arab yang juga termasuk dalam 10 bahasa ini. 10 bahasa ini adalah ;

10. Bahasa Perancis


 

Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia ini selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dikuasainya.

Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Jumlah penutur: sekitar 200 juta orang
Jenis Aksara: Latin

Negara Penutur: Perancis, Monaco, Kanada, Swiss, Belgium, Luxemburg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameron, Afrika Tengah, Chad, Komoro, Kongo/Zaire, Pantai Gading, Djibouti, Guinea, Guinea Katulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagaskar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, Kaledonia Baru, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Bahasa rasmi PBB.

Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: “Bonjour” (bone-JOOR).

Monday, March 7, 2011

Kisah seorang biarawati yang memeluk Islam


Meskipun kebanyakan hidupku aku habiskan di Denmark, tetapi aku sangat berbeza dengan ke­banyakan remaja perempuan Denmark seusiaku. Faham yang paling besar di negeri Denmark adalah ajaran Ateis atau Protestan.

Sementara aku menganut agama Kristian Katholik yang sangat bertentangan dengan masyarakat Denmark.

Ayahku berbangsa Armenia Artsudzkisy dan ibu­ku berbangsa Bosnia yang beragama Islam. Ibuku mengenal Islam hanya sekadar nama sehaja. Dan ia be­lum pernah mengerti bahawa seorang wanita Muslimah itu tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang menganut agama Kristian.

Hanya setelah aku me­meluk agama Islam, barulah aku mengerti bahawa perkahwinan itu tidak diperbolehkan.

Sunday, March 6, 2011

Kisah Ketua Ortodox Turki memeluk Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1QdOl8rrjzb8HJM2Tx75GHzFPvm8L4Thk03e25vPQ8osMV0mco0xRP6AlmdXBNDu6YrjJ7IGyE5jdAKruFfCNXDFuji_zlsKrjmx3FMBTtPMFZq9JV2-t_yb1dwVrNafidemp4VUgifgd/s1600/perjalanan+menuju+hidayah.jpg

Hampir seluruh umat yang beragama tahu bahawa kitab yang diturunkan Allah kepada semua NabiNya adalah satu, tidak berbilang. Umpamanya untuk Nabi Musa as, diturunkan kepadanya Kitab Taurat, itulah satu-satunya kitab yang diikuti oleh orang Yahudi. Sementara Nabi Daud as, diturunkan kepadanya Kitab Zabur, iaitu satu-satunya kitab yang dikenal oleh Yahudi dan Nasrani. Dan sudah tentu, melalui Nabi Muhammad SAW diturunkan Kitab Al-Quran, yakni kitab yang khas untuk seluruh umat manusia.

Oleh itu, bagaimana pula Kitab Injil boleh berbilang-bilang? Sedangkan Tuhan yang menurunkannya kepada Nabi Isa as, hanya satu, serta Nabi yang menerima Injil itu juga adalah satu. Hakikat ini jelas membuktikan bahawa Injil yang ada masa kini adalah bukan Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa as.

Sesungguhnya, orang yang paling tahu mengenai Injil adalah para ahlinya. Ternyata ada di antara mereka yang mengetahui masalah itu lalu meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangannya.

Ustaz Syeikh Abdullah Khalis yang sebelum memeluk Islam bernama Abdul Masih menceritakan tentang sebab-sebab beliau memeluk Islam melalui suratnya yang disiarkan akhbar terkemuka – Al-Hidayah Al-Baghdadiyah. Kandungan surat berkenaan adalah seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah hak Allah semata, selawat dan salam untuk Rasul pilihan, Muhammad SAW berserta sahabatnya.

“Sesungguhnya saya Abdullah Khalis dari keturunan Peterix Tarquin, berasal dari negara Artioche kemudian menetap di kota Cairo, Mesir. Pada masa itu saya menganut aliran Ya’kubi Ortodox. Nama asal saya ialah Abdul Masih. Dalam agama Kristian saya telah mencapai tingkat Materix, lalu diangkat menjadi Pater Abdul Masih di kota Meridian (Turki) sebagai ketua pemimpin aliran Ortodox dan sebagai Materix di kota Diyar Bakr dan sekitarnya.

Kisah Fatima Edoh disihir kerana memeluk Islam


Sudah hampir 10 tahun Fatimah Edoh menjadi seorang muslimah, tapi ia tidak pernah melupakan perjalanannya menemui cahaya Islam. Sebuah perjalanan yang berat dan penuh tentangan, bukan hanya kerana ia seorang aktivis gereja, tapi ia juga isteri seorang pastor.

Tapi Allah Swt telah menganugerahkan hidayah Islam padanya. Bukan hanya dirinya yang masuk Islam, Fatimah juga menarik salah seorang saudara perempuannya tertarik dengan agama Islam, dan akhirnya juga mengucapkan syahadat.

Fatimah masih ingat, pada tanggal 12 April 2001, untuk pertama kalinya ia berwudu'. Setelah itu mengucapkan dua kalimah syahadat yang menandakan dirinya resmi menerima Islam sebagai agamanya.

Sebelum memeluk Islam, Fatimah adalah aktivis gereja Deeper Life Church di kota Abuja, ibukota Nigeria, sebuah negara di bahagian barat Afrika. Fatimah berkahwin dengan seorang pastor gerejanya dan dianugerahi empat anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...