Salam,
PRU 14 semakin hampir, ramai meramalkan akan berlaku
pada tahun 2017 . Maksudnya sudah terlalu hampir, namun pakatan pembangkang
masih caca merba disebabkan terlalu berharap kepada Pas.
PKR dan Bersatu masih mengharapkan Pas menyertai
pakatan pembangkang untuk menghadapi BN dan mengelakkan pertandingan 3 penjuru.
Pas pula semakin sombong dan angkuh untuk menghadapi PRU 14 secara
bersendirian.
BN pula walaupun sudah lemah masih boleh bernyawa
setelah rancangan memecah pembangkang melalui Pas menampakkan hasil lumayan.
Sampai hari ini, tiada keputusan mutlak mengenai kedudukan pembangkang yang
bakal wujud untuk menghadapi BN.
Pandangan penulis , Bersatu perlu memberi keyakinan
kepada rakyat dengan menyertai Pakatan Harapan . Penyertaan Bersatu dalam
Pakatan Harapan akan mengukuhkan pakatan pembangkang walaupun tanpa Pas.
Penentuan satu logo, manifesto dan pembahagian kerusi
perlu diselesaikan diantara semua parti dalam Pakatan Harapan. Biarkanlah Pas
bersendirian kerana pertandingan sebenar dalam PRU 14 adalah antara Pakatan
Harapan dan BN.
Penulis akan memberi cadangan agihan kerusi parti-parti
dalam Pakatan Harapan untuk beberapa buah negeri. Cadangan ini dibuat hasil
tinjauan kekuatan parti-parti dalam Pakatan Harapan serta rujukan parti
bertanding semasa PRU 13.