Salam,
Semalam penulis baca dalam Cenangau ada blogger Umno yang kritik PAS Parit Buntar. Penulis selidik blog ini rupanya dah banyak kali dia hentam tapi sebelum ini banyak dia serang Adun Titi Serong. Mungkin Adun Titi Serong pun tak tahu jadi dia tak jawab, mungkin juga dia malas nak layan.
Tapi bila dia sentuh PAS Parit Buntar, mungkin ada yang bagi tahu Cenangau maka dah dijawabpun dalam blognya. Blogger Luncai Umno ini banyak membuat serangan tanpa bukti, yang selalu dia tulis dengar dari orang Parit Buntar.
Bolehlah kita andaikan bahawa dia hanya main tulis ikut sedap hati dia, kemudian cakap orang Parit Buntar bagi tahu dia. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang berlaku di Parit Buntar.
Penulis cadang kepada blogger ini, turun la ke Parit Buntar buat siasatan dan dapatkan bukti. Pi jumpa orang kampung , pi warong kopi dengar apa yang mereka sembang. Jangan jumpa orang Umno sahaja, begitu juga jangan jumpa orang PAS sahaja. Sebab jawapannya kita dah tahu.
Pi jumpa orang atas pagar, jumpa anak muda yang kurang ambil hal politik, jumpa pekerja kilang. Lebih mudah penulis syor dia buat soal selidik dan bagi soal selidik tu kepada orang Parit Buntar sebagai responden secara random.
Hasil soal selidik tu bentang dalam blog, boleh juga PAS Parit Buntar guna, sebab blogger Umno ini pun tak percaya kepada Umno Parit Buntar.
Boleh kot blogger Umno ni buat, kalau tidak tuduh atas angin macam selalu dia buat sapa nak percaya. Macam Cenangau kata kat dia, terjun dengan labu-labunya. Ikut kau lah Luncai.
Tuduhan Luncai Si Blogger Umno ini tersasar jauh berkenaan program kebajikan di Parit Buntar. Cenangau dah jawab, penulis tambah dan paparkan Wawancara Khas antara Wartawan Sinar Harian dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang diadakan pada tahun 2010. Bacalah wawancara ini........
Menyedari peranan PAS sebagai parti yang mengutamakan kebajikan, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.
Lujnah ini tidak menjadikan alasan PAS sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat. Malah selepas pilihanraya umum ke 11 (2004), Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar telah menetapkan agenda kebajikan untuk bergerak dalam masyarakat.
Penerusan program ‘ Kami Prihatin’, penubuhan Dana Kebajikan Parit Buntar dan Skim Penyayang telah mencetuskan gerakan kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang.
Bagi mendapat penjelasan lanjut berkaitan program kebajikan yang dilaksanakan di Parit Buntar. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dengan Ahmad Azhar Haji Sharin Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar.
Ahmad Azhar seorang peguam adalah juga Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pernah menjadi ADUN Titi Serong sekitar tahun 1999 hingga 2004.
SH : Selaku Pengerusi Lujnah Kebajikan, Bagaimana saudara mengerakkan Lujnah ini sehingga aktif mengadakan program kebajikan kepada penduduk di Parit Buntar
AA : Sebenarnya, Lujnah ini digerakkan oleh satu jawatankuasa yang mengabungkan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.
Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap bulan bagi merancang program-program kebajikan disamping berbincang untuk menambah dana kebajikan.
Setiap Ahli Jawatankuasa Lujnah memainkan peranan mengaktifkan Lujnah. Contohnya, ada Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan menguruskan program Khidmat kesihatan, ada yang menguruskan Skim Penyayang dan tugas-tugas lain.